شيشخط

Ahad, 28 September 2008

Jangan Show off

Perlawan jalanan, ajaran pertama: Jangan Show off...hehe..tengok klip kat bawah ni.

Kad Raya Dari Member Jurnalcomot..Trimas Mr.Azman dan Along Arman..

Terima kasih kepada Along Arman dan Mr.Azman diatas pemberian kad raya yang special.Jurnalcomot pun dapat jugak walaupun Jurnalcomot tak dapat me-reka kad raya sendiri lagi.Apa2 pun,jrnl akan bersyukur dan hanya doa yg jurnal mampu berikan kepada semua member2 blog, inti-uc,kawan2 sekolah dan kenalan jrnl.Hidup mesti cool...ehehh..
Kat bawah ni kad raya yg di reka khas oleh saudari Along Arman..comel kan kad raya along..=)

Yang dibawah ni adalah otai blog satu malaysia,tak bukan iaitu mr.azman aka mr.kreuger..

Yang kat bawah ni pulak kad raya kepada ehem..ehem..tadaa..isinya pun tak dapat diterangkan disini..hehe..

Kepada kawan blogger yg lain,semoga dihujung dibulan ramadhan ini kita isi dgn perkara yg bermakna dan hargailah ia kerana bukan senang nak jumpa bulan Ramadhan yang mulia ini..=)

Rabu, 24 September 2008

Rutin Jurnalcomot bulan puasa...

Sepanjang bulan puasa ni,setiap jam 4 petang jrnl mesti jemput adik jrnl balik dari sekolah. Kalau lewat menjemput adik jrnl,mesti dia merajuk nnt..eheh..gambar kat bawah ni tgh tunggu adik tersayang balik la ni..hehe..


Dah siap balik sekolah,masa utk jrnl bantu kelu.arga membuat keje kat kedai makan di-miri sana.Jrnl selalunya balik agak lewat dalam pukul 11.30 malam gitu,kadang2 penat jgk,nasib baik semua happy-go-lucky termasuk customer dia sekali.


Dekat kedai sini,jrnl suka menyakat adik2,mak dgn pembantu kedai (wandi,syamsul,k.rina,neni dan pak badeng) Kalau dah siap keje,kitorg sumer main2 dan belajar shuffle cket2..hehe..bawah ni jrnl bergambar lucu cket..hehe..

Panasnyer arini..tengah ambik angin kat luar sini sambil snap gmbr suka2..hehe..sini la jrnl lepak malam2..depan kedai ni pulak ada muara..kalau angin tiup,,sejuk rasanya,kalau angin ribut,terbang kerusi meja dibuatnya..hehe...


Pagi ni jurnal ada interview keje..time ni(jam 3.42am) jgklah tgh siapkan resume..huhu..padan muka jurnalcomot sendiri,sebab tak buat awal2..ehehh..

Jumaat, 19 September 2008

Itik Berkaki Ayam


P
etani dari China,Fu namanya ada itik yang aneh,dia berkaki ayam dan takut kepada air!

Fu beli itik pd bulan jun yang lepas tp tak perasan keanehan kakinya selepas sepuluh hari,seperti mana diwartakan oleh Laibin News.

Chinese farmer Fu Haien has a strange duck: it has chicken feet and is afraid of the water! Dia mula perasan apabila itik tu berkelakuan aneh dari spesis dia sendiri dan apabila dicek,kaki dia macam ayam.ehehh..itik tu pun tak pernah join berenang dkt sungai dgn geng dia.


Khamis, 18 September 2008

Shampoo kutu


Nak cuci rambut anda..datanglah ke Fuji yer...

Gambar Bigfoot Dahulu Dihidupkan Pergerakannya



Gambar yang di-rakam pada masa dahulu oleh Roger Patterson and Bob Gimlin telah di-frame dan di-hidupkan utk gambaran lebih jelas.

Nak lihat kesudahannya,klik pada pautan disini.

Isnin, 15 September 2008

Si Badak Yang Marah


Takutnyer,Hippotamus ni jugak di-kenali sebagai haiwan yang mengancam manusia dia Afrika sana jika dibandingkan dengan singa dan sebagainya,Lariiiiii........Aaaaaaaaaaaaaa....

Adakah Ini Satu Bye-bye Kepada Si-Aye-aye?

Kenalkan si-Aye-aye,haiwan yg di-percayai yang tidak cantik dikatakan tp bagi Jurnal,si-aye-aye ni okey jer. Haiwan ini juga adalah antara haiwan yang terancam dan kita juga bakal kehilangannya tak lama lagi.Bolehkah ia di-bawa kembali daripada pupus begitu sahaja?



Kredit sumber: scienceray

Ahad, 14 September 2008

Jumaat, 12 September 2008

Bagaimana Hendak Tunjuk Kegembiraan

Bagaimana hendak tunjuk yang anda gembira dan teman di sekeliling suka dengan anda.Senyum...dengan senyuming,anda pasti happy sentiasa,kalau penat bersenyum dan terasa sakit di muscle pipi anda,cuba kaedah ini..ehheh.semoga berjaya...chayo!

Ambik getah dan klip..


Wat macam gambar kat bawah ni


Tadaa..anda boleh senyum waktu makan,minum,bercerita,dan macam2 lagi..selamat mencuba..ehehh..!!


Khamis, 11 September 2008

Budak Sekolah Perempuan Pecah Rekod Dunia Dengan Membiarkan 25 Siput Mengesot Di-Mukanya

Tak perlu gerakan slow motion atau untuk me-replay apabila hendak melihat rekod terbaru ini.Tania,nama gadis ini dan berumur 9 tahun dan amat menyayangi haiwan telah membenarkan 25 ekor siput mengesot di-atas wajahnya yang comel itu..ehehh..diatas matanya,hidungnya dan mulutnya.
Tania bercita2 ingin menjadi ahli gimnastik Olimpik suatu hari nanti.


Ini hanyalah detik permulaan


Masa kat Aussie dulu,sebelum Tania 9 tahun baru 15 siput.


Tania kena bertahan selama 10 saat dengan tiada seekor siput pun jatuh.

Jurnalcomot berkata:Tania,leh letak 3 siput lagi sbb ada ruang kosong.Cket lg..huhu..

Isnin, 8 September 2008

Beruang Warna Hijau


Sebenarnya bukan keseluruhan dia berwarna hijau,tapi hanyalah beruang kutub dimana badannya diliputi dengan lumut didalam kandangnya di zoo Higashiyama di Nagoya,di Jepun pada September 6,2008.3 beruang berubah warna pada Julai lepas dan menimbulkan banyak persoalan dari pelawat dengan mengadaikan haiwan tersebut demam,kata pihak zoo terbabit. (AP Fo/Kyodo News, Shuzo Shikano)

Tag Gambar Rujuk Kepada Mr.kreuger

Jurnal dapat Tag dari mr.azman pasal foto close up(dekat rabun,jauh clear atau vice-versa gitu..)..hmmm..betul ker tak yer cara Jurnal merakam foto ni..



Nanti mr.azman aka mr.kreuger komen ek..eheh..=)

Sabtu, 6 September 2008

Tag Ramadhan Al-Mubarrak Dari War IRC2 Team 2008 (Mr.Azman aka Kreuger)



Pagi ni sambil tunggu nak sahur,bila bukak blog,Jurnalcomot dapat TAG dr Mr.Azman .Thanks mr.azman aka Mr.Kreuger sbb memberitahu ada Tag utk Jurnal disini.

TAG dari mr.azman ini Jurnalcomot dpt tahu Konsepnye adalah "Marilah kite merapatkan silaturrahim dibulan Ramadan. "

Dalam Weblog ni,apa yg kita mampu buat,kita buat sahaja utk merapatkan silaturrahim macam TAG ini.Dalam TAG ni pulak ada arahan,mcm kat kat bawah dengan kaler merah dia bertulis...

Copy gambar kat atas tu and post kat blog korang Teruskan mencari mangsa seramai 5 org..(nak lebih pun takpe) Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka


Mudah dan dengan coolnya sekali boleh buat jgk bukan,dan dengan ini,Jurnal ingin menTAG members blogger untuk bulan Ramadhan kali ini dan anda adalah...

1) Life is so Complicated - Along Arman (Jurnal bg kat along jugak walaupun along dah dpt)

2) ~ Komeng ~ -komeng jgk nama dia,hehe..

3) Discovering My Enigmatic Life - Jun (Member Jurnalcomot dari inti-uc)

4) Pieces of Me;BabyJane

5)Dancing with myself..and i will tap, tap as fast i can... - Cendawanintim

6)Lepak dan Download - Yanti

Khamis, 4 September 2008

Apa jurnalcomot buat time poser?

Sekarang ni Jurnalcomot takde kuliah,dah habis dah study dari inti sebulan lepas dan sekarang ni tengah nak cari keje atau nak ikut kursus keusahawaan agaknya tapi rasanya lepas raya agaknya,,hehe..sekarang Jurnal berada di miri sarawak dan tengah balik kampung..eheks..best! tapi tak dok diam sbb family sini ada wat cafe dan catering.Balik dari Terengganu,kl dan nilai,kalau tak silap 28hb lepas,Jurnal sampai miri jam 6 ptg dan siap2 terus ada keje menanti..malam tu Jurnal kena wat meja dgn abah,adik2 dan member yg ada.

Jurnal tgh wat meja...ehek...dah lama tak guna tenaga utk bertukang...


Ni gambar poser yg ke-2,sambi menunggu sungkai atau berbuka poser,ambik gambar sat,,

Inilah Jurnalcomot dengan meja yang memanjang bersiap dan siap dgn hidangan buffet yg di-sediakan(dah habis berbuka..ahaks),sambil memegang buluh(hiasan)di tangan..

Letak baliklah...takleh wat meriam pun.wat lemang boleh...tapi tu coming soon..

Saper ada member kat miri sarawak sini,datanglah kat U-ssof cafe and Catering (UCC)kat sini yer...Jurnalcomot tunggu,dekat dengan waterfront sini lagi..murah jer,dewasa RM14 dan budak kecil RM6...yang kat Brunei pun ada,kat serusop..datang jgn tak dtg...reservation contact jer Jurnalcomot yer..jgn malu2..hehe..

Selamat berposer kepada sumer..

Rabu, 3 September 2008

Selasa, 2 September 2008

Orang Patung Dekat Masjid India

Hari sebelum puasa lepas, jurnalcomot ada pergi ke masjid india nak beli pakaian raya.Tiba-tiba terjumpa satu benda yang dusuk depan masjid lepas tu dia tak bergerak dan warna silver kilat gitu,Kiranya jadi tumpuan orang ramai lah katakan.Bawah ni gambar dia.

Jurnal ada contribute singgit jer kat tempat letak duit dia.lepas tu dia buat sign 'best' kat tangan dia dan jurnal pun follow jer..hehe,,