شيشخط
Memaparkan catatan dengan label IPT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IPT. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Ogos 2008

Pertandingan Wajadiri 2008 Di-UTM,Skudai Johor(3)


Selepas jer bertanding,keputusan dia pun keluar..kami tak menang pun hehe...tapi pengalaman berbaloi jugak dapat dikatakan..dapat tau bagaimana utk memajukan diri pada masa akan datang nanti..lepas jer bertanding,kami semua bermalam kat UTM since time malam tu ada dinner beramai2..bila dapat bilik jer.,memang best, terus rebah dan berehat secukupnya..


Hostel ni lah yang kami bermalam dan nampak tak bantal dan tilam tu..mecam best jer...


Dinner jam 8.30 mlm start,tp kitorg sampai agak lewat sekitar jam 9.20 agaknya..sampai2 jer terus makan dan melihat persembahan dan mendengar ucapan para penganjur ,YDP PSSCUH Johor dan president PSSCUH.Gambar kanan,macam org korporat pulak..


Dah menjamu selera,kitorg pun santai dan ambik gmbr lagi cket2..kami didalam gaya formal.Lepas jer makan, balik ke hostel pintu bilik si Aizat dan Amri takleh bukak,kena setel pintu tu baru kitorg boleh tido dengan lena..tgh tdo tu,rencananya nak bangun awal dan bertolak balik kenilai jam 9,last2 kitorg terlajak tido dan bangun pukul 1 petang..maklumlah,penat..ehehh..

Bersiap nak balik masa ni..=) tapi sebelum balik tu,kitorg ada jumpa member kat sini yg org johor..thanks Zana sbb bawak kitorg pusing2...

Dinner kat rumah zana dan solat dulu..sekitar jam 10 malam..kitorg berangkat kembali ke Nilai dan sampai kul 2 pagi..alamak,esok kelas jam 8 pagi lah pulak...

Pertandingan Wajadiri 2008 Di-UTM,Skudai Johor(2)

Ni sambungan daripada entri sebelum ni.Bila jurnal plan balik,Pertandingan tu start 10++ pagi, nak kena double check penyertaan pukul 7.30 pagi,lepastu pembukaan majlis pukul 8.30 pagi...wah..jam baru pukul 6.30 pagi..apa-apa pun,kitorg cari UTM dulu melalui peta yang mereka kirimkan sebelum ini.Si Nazrin lead dan Firdaus di belakang..cari2,sampai jugak..tersangat besar jugak UTM ni..sukanya dapat masuk..hehe..

Difikir2,better kitorg breakfast dululah kat dewan makan kat sana...makan sambil snap gambar lagi..haha..lepas makan jer,kitorg pergi ke-dewan Iskandar shah utk register,time kat sini,kami transform dgn memakai uniform khas utk bertanding..



Dah siap pembukaan, kami semua bersiap untuk warming-up satu badan dan melakukan kaedah asas dan membuat sedikit art yang ringan utk mengingati kembali latihan yg dibuat sebelum ini.


Gambar ni Jurnal agak suka,ambik semangat ramai2 dan kembali bertanaga selepas itu. Saingan memang hebat2 belaka..dan Jurnal sendiri ada membuat sedikit kesilapan dalam menerima serangan dari lawan...tapi pandai2 cover jugaklah..Kalau ada video,boleh lah jurnal share tapi wat masa ni,tak diupload lagi..huhu..

BerSambung pada Entri yang selanjutnya..(Jurnal mengantuk cket...)


Pertandingan Wajadiri 2008 Di-UTM,Skudai Johor(1)

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam..Kali ni Jurnal ingin berkongsi sedikit pengalaman/memori manis yang Jurnal alami minggu lepas dan rasa sayang kalau tak dikongsi bersama pembaca dalam weblog ni. Jurnal ada pergi ke UTM,Skudai Johor utk mewakili institut Jurnal dalam wajadiri 08.Pertandingan ni adalah pertandingan peringkat IPT,sekolah2 dan Pusat Latihan diseluruh Malaysia dan ini adalah kali kedua Jurnal mengikutinya dan sebelum ini adalah di-MMU.Dalam 9 peserta dalam rombongan tersebut adalah, Jun,Amri,Aizat,Asri,Hannan(member yang mewakili dari USIM),Effa,Firdaus,Nazrin dan Jurnal sendiri.kami bertolak pada hari sabtu July 26hb,2008 pada 2 pagi..budget pukul 1 pagi,last2 pukul 2 pagi pulak..ehehh..kitorg lepak dekat Bistro Palma dekat luar inti jer..

Member Jurnal rileks jer sambil menunggu member yg lain sampai dan makan..gambar kat kanan pulak,kitorg dah bersiap nak bertolak..doakan selamat tau..


Gambar ni pulak,gambar candid...dan kanan ni,kitorg bergmbr utk menghilangkan mengantuk..oh ya,utk pengetahuan,jurnal tak tdo selama 2 1/2 hari sebab busy mempersiapkan DMP dan latihan utk pertandingan ni jgk..semangat luarbiasa tuh..Sambil dalam perjalanan tu,kami bertukar cerita dan lawak utk menghilangkan ngantuk driver especially si-Nazrin nih..gelak sakan semua...haha..


Kiri: Time ni rasanya jam 5 pagi..kitorg stop dekat RnR,mandi dan solat subuh kat sini...lepastu,pakai pakaian institut yg berwarna biru muda nih..

Bergambar satu kumpulan sebelum sampai ke UTM...

BerSambung pada entri yang satu lagi..

Rabu, 30 Julai 2008

Esok adalah Viva kepada Jurnalcomot

Malam ni gelisah sangat dalam menunggu presentation viva jurnalcomot.Oh ya,saper yang tak tau maksud viva ni adalah,bagi budak dari fakulti komputer khasnya dari inti.Kami diwajibkan mencipta satu sistem untuk mendapat honour dalam sijil tu nanti.paling koman,kena dapat B,kalau D pulak cuma dapat general degree secara automatiknya sbb benda ni pihak coventry ambik berat.kat sini Jurnal dah siap 2 report dan dah dihantar dah..apa2 pun,semoga jurnal berjaya menempuhi presentation sekejap lagi.


Selasa, 15 Julai 2008

Debat Di-Digital Society

Harini,jurnalcomot ada debat tentang "marketing in world wide web" dan jurnal didalam pihak menyokong tentang title tersebut. Kiranya,satu subjek ni, jurnal dah kira senang hati sikit untuk buat seketika ni..hehe..nanti exam,terseksa lagi.

So far,team berdebat dengan baik dan jurnal harap lulus dalam assignment ni nanti.Nak tengok suasana dalam kelas debat jurnalcomot macammaner,tengok pic kat bawah yer...


Kiri:Ni team si Lip dan Ramadhan against mahmoud,abbas and munir..pasal "open source" Jurnal kat belakang,snap gambar gitu sebab team jurnal dah habis awal.=P
kanan:Khusyuk sungguh member jurnal ni

Kiri:Ni classmate jurnalcomot dari first sem jurnal disini sampai sem terakhir sekarang ni.Mereka present keesokan hari nanti. Ibrahim Rabiu,Ibrahim toro dan abdul hafiz.
Kanan: Ni team mate jurnal,Nigel tengah sms dan Taylor pulak fokus kat depan.

Kiri:Alamak,ni jurnalcomot tgh memakai kacamata Ibrahim..haha..dan habis debat so dengar kat belakang jer lah dengan memikirkan next assignment nak dihantar tak lama lagi.kelakar sungguh gaya jurnalcomot.
Kanan:Ini Sadiq,kitorg panggil dia professor sbb dia berdebat sambil menulis dan laju bercakapFuiyyoo!!

Isnin, 7 Julai 2008

Jurnalcomot di-Paintball Challenge 2008 di-iNTI-UC,Nilai

Salam,pada entri kali ni Jurnalcomot ingin berkongsi bersama kawan bloggers dan lainnya tentang satu event yang baru sahaja di-alami. Kalau di-lihat pada entri yang lepas,ada entri pasal event paintball bukan dan untuk pengetahuan,event paintball ini telah di-organised dan inspired oleh saudara Komeng dibawah persatuan Malay Culture Society di -inti.

Event berlangsung di padang bola inti pada 4,5 dan 6 June dan pada 4hb tersebut,hanyalah sessi klinik paintball kepada peserta dan kepada yg takde pengalaman tu kenalah datang utk mengetahui Do's & dont's dia dan utk memahami rules dia.Gambar kat bawah ni time selepas sessi dia, sambil tu tengok2 dan pasang sedikit strategi.

Saya aka Jurnalcomot di-hari kejadian(June4th,2008)

Pertandingan di-jalankan pada ke-esokan harinya dalam sekitar jam 9 pagi dan team Jurnal sendiri dikenali sebagai 'Dancing Doriyaki' dimana diwakili oleh saya,Reha,Dayah,Emma dan Inaz. Kalau team yang lain pulak ada infidel,giler-gantang,gila-ganas,suicidal-king,gengkhis-Khan,TBC dan etc.

Pre-battle,bersama kumpulan Jurnalcomot, "Dancing Doriyaki"SWAT 'Dancing Doriyaki' perasaan tengah nervous nih...

Tengah hendak berperang paintball..berjuang..Tengah diserangi dengan hujan Palette..sakit gak kena tembak tapi best
Fuhh!! macam tak caya jer..
Ini kumpulan Giler Gantang bersama Infidel
Round pertama tu memang nervous tapi bila dan di jerit "Game-on" oleh Marshall,dah hilang perasaan nervous tersebut. Masing-masing memberi saingan yang hebat dan yang paling penting,masing-masing have Fun. Disini,Jurnalcomot ada berkongsi sedikit foto daripada event tersebut.
Antara member pada hari kejadian tersebut,happy jer..
Team TBC (To Be Confirm) beraksi...perghh!
Kalau nak tau Komeng,dia yang berdiri kat tengah2 tu..
Sesi bergambar Paintball Challenge 08!
Saudara Komeng officially founder paintball pertama dikawasan inti dan nilai,kredit kepada Komeng atas usaha dan semangat yang dikongsi bersama.Sekarang ni,Jurnalcomot sendiri mempunyai rasa addicted kepada sukan Paintball ini.

Kredit Foto kepada Reha ^_^


::Tahniah Yusuf Jamal::Gambar kat atas ni pulak,bonus sedikit..pada date yang sama,ada majlis convocation dan ex-roommate(sebelah kanan) jurnalcomot ada disini dan dari jauh dia datang pulak tu,dari Brunei so Jurnalcomot pun merakam gambar dengan Yusuf dan kawan dia dan Jurnalcomot dengan kesan comot setelah di-tembak berkali2 pulak tu.

Congratulation kepada Yusuf kerana berjaya mencapai satu level,sekarang nak proceed ke-satu level di-satu kawasan kajang pulak lepas ni.Tahniah bro! Dia ni lah member Jurnalcomot yang sentiasa makan bersama,bergurau bersama,berpuasa bersama,bershopping bersama,berjalan bersama dan bersuka dan duka bersama.

"I wish you a Best of Luck in Future Undertaking Yusuf."

Isnin, 16 Jun 2008

Tulisan Jurnalcomot: Jurnalcomot Di-INTI-UC CARNIVAL 2008

Jurnalcomot berkata: Sabtu lepas,tempat institut Jurnalcomot belajar iaitu Inti-UC ada proram larian amal dan jugak Inti Carnival.Jurnalcomot sendiri ada terlibat dengan aktiviti disana dan terlibat didalam larian amal sepanjang 5Km di-sepanjang kawasan Nilai dan Melati sahaja,tak kurang jugak dengan peserta yang lain seperti 3km dan 10km. Jurnalcomot berjaya dengan sukses jugaklah larian amal tersebut walaupun ditangga 50 pelari ke-atas.=P Oh ya!,larian tersebut bermula jam 7.35a.m dan tamat hampir dalam pukul 10pagi.

Bila lari-lari ni,teringat pulak kenangan semasa sekolah rendah dan menengah..berlari pusing2 kawasan kampung dan tak sangka,berpeluang lagi didalam IPT.

Jam 10 pagi pulak,Jurnalcomot bersiap untuk bermain kompang untuk mengiringi para tetamu vip iaitu preseident + Vice Chancellor dari intisj,Pjcad,genting dan etc. Pernah tak melihat,kompang bergabung bersama african Drum,solar drum dan bangghara?? Kami berjaya bergabung pada saat itu.Quiet proud jugak..hehe sbb jarang dapat peluang macam ni walaupun tak pandai main kompang sangat.

Kemudian,Jurnalcomot sendiri ada membuat pertunjukkan silat bersama kawan2,bukan silat sahaja,malahan dari Nunchaku,Judo,Taekwando dan Aikido turut serta dan disusuli dengan persembahan cultural dari negara Vietnam,India, dan etc. Lepas tu pulak,Jurnalcomot usha2 student lain membuat persembahan dan sesi bergambar ada dibawah yer.Selesai sahaja majlis,makan minum time krn diluar,persatuan lain membuka gerai sedikit dan Jurnalcomot bermain game kecil-kecilan seperti rodeo,dan melihat kawan bermain panah. Sebelum hari kejadian tersebut,Jurnalcomot sibuk dalam menguruskan hal-hal seperti yang dinyatakan diatas tadi..Harap2,dengan sedikit Jurnal dari Jurnalcomot sini dapat memberi sedikit informasi tentang apa yg Jurnalcomot alami.
Tamat jugak larian 5km...hehe..muka selepas larian nih..hehe..masih semput,tak cukup nafas lagi..
Acap,Pali,komeng dan Jurnalcomot,bergambar sat..kenangan iNTI carnival 2008
Mendapat sijil penyertaan participant,hehe..kira okay la tu..
Terpegun,ni semasa acara opening..Kumpulan Cheerleader wat opening..Leng-lui ,leng-chai semua ada..Selesai membuat demo didalam MPH ,bergambar kenangan..jarang dpt peluang smart mcm ni..Afiq,Saya a.k.a Jurnalcomot,Firdaus,Amri,Junaidi,Marwan...

(Kredit Foto silat kepada Junaidi,blog beliau adalah mengenai 'diam itu suatu hikmah')