Hilang dan Jumpa Jurnalcomot adalah Weblog Mingguan anda.Jurnalcomot dari Malaysia dan sebarang perkongsian emailkan sahaja...(Kerana 1/10 apa yang berlaku di permukaan dunia ini amat menarik untuk diketahui) Jurnalcomot Memberi Anda Informatif Yang Menyenangkan Hidup Anda.BENAR.
Jumaat, 27 Julai 2012
Rabu, 18 Julai 2012
Subject: Masalah dengan komputer baru
1. Di situ ada butang 'start' tetapi tiada butang 'stop'. Tolong check ni ya.
2. Di menu kami jumpa 'Run'.Salah seorang dari kawan saya klik 'Run' dan terus berlari. Jadi kami minta anda buatkan menu 'sit', jadi kami boleh klik sambil duduk.
3. Satu keraguan adalah samaada mana-mana 're-scooter' didapati di sistem? Saya mencari hanya tetapi hanya jumpa 're-cycle', tetapi saya mempunyai sebuah skuter pada rumah saya.
4. Terdapat butang 'Find' tetapi ia adalah tidak berkerja dengan betul. Isteri saya hilang kunci pintu dan kita cuba satu bahagian mengesan kunci dengan ini butang'Find', tetapi adalah tidak dapat bagi mengesan. Tolong membetulkan masalah ini.
5. Anak-anak saya belajar 'Microsoft word' kini beliau mahu belajar 'Microsoft sentence', jadi bila anda nak provide ni?
6. Saya membawa komputer, CPU, tetikus dan papan kekunci, tetapi terdapat hanya satu ikon yang menunjukkan 'MY Computer': bila anda akan menyediakan bakinya spt CPU dll?
7. Mengejutkan apabila di 'My Pictures' takde satu pun gambar saya, jadi bila anda nak masukkannya dalam tu?
8. Di situ ada 'MICROSOFT OFFICE' bagaimana dengan 'MICROSOFT HOME' sedangkan saya menggunakan PC ni kat rumah sahaja?
9. Anda menyediakan 'My Recent Documents'. Bila anda akan menyediakan 'My Past Documents'?
10. Anda menyediakan juga 'My Network Places'. Minta tolong sesangat jangan sediakan 'My Secret Places'. Saya tak mahu isteri saya tahu ke mana saya pergi selepas pulang pejabat.
Dan yang akhir sekali dari saya kepada Bill Gates :
Tuan, bagaimana nama anda Gates sedangkan anda jual WINDOWS?
Diterjemah dari blog TODAY'S JOKE
Jumaat, 6 Julai 2012
Pelancong Korea dan Pegawai Imigresen
Pegawai : “Nama?”
Pelancong : “Pak Yu.”(sebutan dalam loghat Taiwan)
Pegawai Imegresen merasa amat marah dan menjerit, “FUCK YOU!, jangan main-main dengan saya. Sekarang sebutkan nama penuh kamu!”
Pelancong: “Pak Yu Tu.”
Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun
Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.
Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)
Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..
Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!
Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun
Sabtu, 12 Februari 2011
Meniru 100%
Ajoi sedang menduduki ujian bulanan. Oleh kerana semalam Ajoi tak sempat nak study, dia panik kerana tak dapat jawab kertas jawapannya masih kosong walaupun masa ujian sudah lama berlalu. Ajoi akhirnya mendapat inspirasi untuk meniru rakannya, Sumardi kerana masa ujian sudah hampir tamat. Kononnya darurat la tu.
Setelah di ‘psst’ beberapa kali dan merasa boring, akhirnya Sumardi memberikan kertas jawapannya setelah diminta oleh Ajoi.
Sumardi : (berbisik) “Cepat eh!!”
Dengan rakus, Ajoi menulis jawapan di kertas ujiannya dengan meniru jawapan Sumardi 100% dan selang beberapa minit kemudian kertas jawapan Sumardi dipulangkan semula. Tak berapa lama kemudian waktu ujian telah selesai dan semua kertas jawapan dikumpulkan di meja guru.
Beberapa hari kemudian result ujian diberi kelas oleh cikgu mereka. Semua nama pelajar di panggil seorang per seorang. Tapi hanya nama Ajoi yang tidak dipanggil oleh cikgu kelasnya.
Ajoi : “Cikgu! Nama saya takde ker?”
Guru : “La.. masa ujian tu awak ada datang ker?”
Ajoi : “Ada cikgu, kebetulan hari tu saya tak ponteng hehe”
Guru : “Pada saya memang takde kertas jawapan awak punya, cuba awak cari sendiri, mana tau termasuk kelas lain punya”
Ajoi datang ke depan kelas dan memeriksa satu per satu mencari kertas jawapannya.
Ajoi : “Ini Cikgu!”
Guru : “Ini bukan kertas ujian awak”
Ajoi : “Iyer cikgu, ini tulisan saya.”
Guru : “Cuba awak baca namanya!”
Ajoi : “erkk..Sumardi!!?? ”
kredit:isuhangat.net
Sabtu, 5 Februari 2011
Teknik Menyelamatkan Diri Dari DiPerkosa
Seorang wanita bercerita dengan kawannya tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.
Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”
Kawan Mangsa: ” ishh ngerisnya…”
Mangsa: “Lepas tu aku tengok dia semacam ajer aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. ”
Kawan Mangsa: “saspen nih”
Mangsa: “dah kita perempuan mana nak sama dengan tenaga lelaki,kemudian dia dapat mendekati aku”
Kawan Mangsa: “pastu ko buat aper supaya selamat?”
Mangsa:”Aku pun terus angkat kain aku…”
Kawan Mangsa: “Hah?”
Mangsa: “Tepat jangkaan aku…. dia pun melondehkan seluar dia…”
Kawan Mangsa: “Lepas tu aper terjadi?”(tak sabar)
Mangsa: “Seperti teori bodoh, orang yang mengangkat kainnya akan lari lebih laju dari orang yang melondehkan seluar dia….jadi aku selamat…”
Kawan Mangsa: …oh.
Admin: Sekadar lawak semata-mata tapi mana tau boleh dijadikan contoh.
Teknik Menyelamatkan Diri Dari DiPerkosa
Seorang wanita bercerita dengan kawannya tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.
Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”
Kawan Mangsa: ” ishh ngerisnya…”
Mangsa: “Lepas tu aku tengok dia semacam ajer aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. ”
Kawan Mangsa: “saspen nih”
Mangsa: “dah kita perempuan mana nak sama dengan tenaga lelaki,kemudian dia dapat mendekati aku”
Kawan Mangsa: “pastu ko buat aper supaya selamat?”
Mangsa:”Aku pun terus angkat kain aku…”
Kawan Mangsa: “Hah?”
Mangsa: “Tepat jangkaan aku…. dia pun melondehkan seluar dia…”
Kawan Mangsa: “Lepas tu aper terjadi?”(tak sabar)
Mangsa: “Seperti teori bodoh, orang yang mengangkat kainnya akan lari lebih laju dari orang yang melondehkan seluar dia….jadi aku selamat…”
Kawan Mangsa: …oh.
Admin: Sekadar lawak semata-mata tapi mana tau boleh dijadikan contoh.
Khamis, 3 Februari 2011
Ajoi dan Puntung Rokok
Pada satu hari, Ajoi dan Sumardi pergi melancong di resort Sri Intan, Port Dickson. Di resort tersebut terdapat swimming pool yang sederhana besarnya. Kalau dah jumpa swimming pool apa lagi Ajoi dan Sumardi takkan melepaskan peluang untuk terjun berenang.
Selepas 4 jam setengah main air, Ajoi dan Sumardi naik ke atas dan mula melepak tepi kolam sambil Sumardi menghisap rokok.
Seberapa ketika mereka berdua kelihatan bertengkar sehingga ternampak petugas resort itu. Dia pun datang untuk meleraikan pertengkaran tersebut.
Petugas: “Kenapa ni encik? Bergaduh kat sini?”
Ajoi: “Ni ha …kawan saya ni mencampakkan puntung rokoknya ke dalam kolam.
Petugas: “Ya ini memang satu kesalahan kerana mengotorkan kolam ni..”
Ajoi :” Kotor jer takper boleh dibuang, nanti ko takde kerja pulak..”
Petugas: “La…abis ya encik beriya-iya marah dia ni kenapa?”
Ajoi: “Aku takut kolam ni terbakar… nanti tak boleh berendam lagi…
Sumardi: tersengih-sengih..
Petugas : terkedu..
Sabtu, 29 Januari 2011
Kerani Yang Malang
Pada satu hari, Ajoi pergi ke Pejabat Pos Seremban yang tujuannya untuk mengirim surat kepada Sumardi di Sarawak.
Sampai di pejabat pos, Ajoi nampak macam terpinga-pinga dan lama berdiri sambil memegang kertas , sampul surat. Lepas setengah jam Ajoi buat muka bodo camtu, dia dihampiri oleh kerani Pos yang pun dah boring sebab tak ramai pelanggan yang datang kerana ramai dah menggunakan email dan membayar bil secara online.
“Boleh saya bantu Encik?” tanya kerani tersebut. “Kalau nak beli stamp di mana?” tanya Ajoi.
Kerani tersebut membawa Ajoi ke kaunter untuk membeli stamp.
“Ada lagi yang saya bantu Encik?” tanya kerani cemerlang tersebut.
“Oh ya, tolong tulis alamat dan nama kawan saya ni…” sambil mengeluarkan sekeping kertas yang mengandungi alamat Sumardi dari koceknya dan sampul surat.
Kerani tersebut dengan senang hati menulis nama Sumardi dan alamatnya.
Ajoi: “Errr, encik bleh tolong saya lagi…?
Kerani Pos: “Boleh jer encik… saya pun tengah free ni.Tolong aper lagi Encik?”
“Kalau gitu tolong tuliskan surat ni sekali, saya tertinggal cermin mata la..” kata Ajoi sambil menghulur dua-tiga keping kertas.
Lepas tu mamat kerani tu menulis surat seperti yang dicakapkan oleh Ajoi.
Nak dekat dua jam juga baru hampir selesai menulis surat tersebut.Maklumlah tanya khabar jer dah setengah muka surat, isinya satu muka surat, penutup dan pantun jer dah satu muka surat juga.
Kerani tu macam dah tak tahan lagi, maklumlah dah lama tak menulis, 2-3 muka pulak tu. Jari pun dah naik lenguh, baju pun dah tersinsing ke lengan dan dahi pun dah naik berpeluh walaupun dalam air-cond.
Namun begitu, oleh kerana hormat dengan Piagam Pelanggan yang tertampal di dinding, dengan nada sopan dia bertanya Ajoi.
“Dah siap encik?”
Ajoi menjawab, “Ada sikit lagi,di bawah tanda tangan saya, tulis camni…..”
“*P/S: Maaf ya bro,tulisan buruk giler“
Sabtu, 22 Januari 2011
Isnin, 17 Januari 2011
Kisah Lucu
Ajoi: (sambil menangis) Wak, mak aku dah meninggal..
Sumardi: Aku turut bersedih bro..
Kemudian handphone Ajoi berbunyi, dia mengangkat kemudian dia menangis semakin kuat
Sumardi : Kenapa Joi?
Ajoi: Kakak aku telefon, mak dia pun meninggal…
2. Ajoi dan wife tersayang
Ajoi: Yang, abang dah jemput kawan abang si Pancis dan awek dia datang ke rumah untuk makan malam ni.
Wife Ajoi: Abang biar betul, rumah kita bersepah, pinggan tak cuci, baju pun bersepah belum basuh dan saya tak pandai masak makanan yang sedap.
Ajoi: Iyer, abang tahu sangat tu..
Wife Ajoi: So, naper abang ajak diaorang datang?
Ajoi: Abang nak suruh Pancis fikir dulu sebelum bernikah..
3. Ajoi dan baby
Wife Ajoi: Bang…! baby kita makan suratkhabar tu!
Ajoi: Suratkhabar yang mana?
Wife Ajoi: Yang bawah meja tu la bang..
Ajoi: Ohhh.. tu takpe…. tu suratkhabar lama, abang dah baca..
4. Ajoi dan anaknya
Sumardi: Anak aku kalau kirim email mesti aku kena buka kamus..
Ajoi : Wah dasyatnya anak ko mesti speaking London..
Ajoi: Anak aku lain pulak, kalau dia kirim email mesti aku kena buka dompet..
Himpunan Cerita Lucu Ringkas Dan Padat Ajoi
1. Burung mati dan Ajoi.
Ajoi sedang berjalan-jalan dengan isterinya di tepi pantai.
Tiba-tiba, wife Ajoi berkata, “Bang,bang… tengok, ada seekor burung mati…”
Ajoi itu mendongak ke langit sambil berkata.. “Mana…?”
2. Uban nenek Ajoi
Semasa kecil, Ajoi menegur emaknya yang sedang melipat baju.
Ajoi: ” Mak, kenapa rambut emak makin banyak beruban?”
Mak Ajoi: “Setiap kali ajoi buat nakal, uban mak akan tumbuh sehelai, sebab tu makin banyak..”
Ajoi diam, kemudian dia menyambung lagi
Ajoi: Mak…
Mak Ajoi: Ya..
Ajoi : “Rambut nenek tu semuanya dah beruban kan?”
3.Ajoi,Ajoi,Ajoi…
Seorang wanita ke Pejabat Pendidikan untuk memohon biasiswa pelajaran.
Wanita: “Tolonglah encik, anak saya ada sepuluh orang”
Pegawai: “Ok saya akan cuba, siapa nama anak-anak kakak?”
Wanita: “Ajoi, Ajoi , Ajoi , Ajoi, Ajoi, Ajoi, Ajoi, Ajoi, Ajoi, dan Ajoi.”
Pegawai: “Hah? Semua nama anak kakak sama? Akak tak pening ker?”
Wanita : “Oh tidak encik, malah makin senang kerja saya.”
Pegawai: “Contohnya?”
Wanita: kalau diaorang main luar, saya hanya panggil..Ajoi masuk!, semua akan masuk. Kalau nak panggil diaorang semua makan, saya cuma cakap, Ajoi makan! Semua anak saya akan datang ke meja makan!”
Pegawai: “Hmm, tapi macamana kalau kakak nak panggil seorang jer?”
Wanita: “Ah no problem encik, saya cuma memanggil nama bapa dioarang jer..”
4:Haram berkahwin wanita satu pejabat
Ajoi dan Sumardi yang baru balik dari solat jemaah Isyak di Masjid berborak-borak sambil berjalan.
Sumardi: Aku nak kawin la Joi
Ajoi: Alhamdulillah, dengan budak mana bai?
Sumardi: Satu pejabat joi..
Ajoi: Ish mana boleh kawin satu pejabat… haram tuh!
Sumardi: (mula hangin) ko jangan memandai buat hukum sendiri la Joi!
Ajoi: Betullah! Sengal2 aku selalu dengar ceramah agama tau!
Sumardi: Ko ni dah belajar ajaran sesat agaknya
Ajoi: Takde la bai, lu tanyalah mana-mana ustaz pun.
Sumardi: Ok, ok cuba ko cakap sebab apa haram?
Ajoi: Islam suruh kawin paling ramai 4 orang jer… kalau dah satu pejabat ko yang ada 20-30 org perempuan tu kan ke haram?
Sumardi: siot terkena lagi aku……
Makan Bayi
Ajoi semasa berumur 4 tahun datang dekat kepada perempuan yang sedang mengandung semasa ke klinik bersama ibunya.
Dia ingin tahu dan bertanya wanita itu, “Mengapa perut mak cik besar sangat?
Apakah ada baby dalam perut mak cik?”
Wanita : “Ya adik.”
Kemudian Ajoi, dengan wajah yang tak faham bertanya lagi “Apakah dia baby yang baik dan comel?”
Wanita itu berkata, “Oh,Insyallah…Baby dalam perut mak cik ni memangnya baik dan sangat comel.”
Ajoi kelihatan semakin terkejut, dia bertanya lagi…
“Jadi kenapa mak cik memakannya?”








