شيشخط

Rabu, 30 Julai 2008

Esok adalah Viva kepada Jurnalcomot

Malam ni gelisah sangat dalam menunggu presentation viva jurnalcomot.Oh ya,saper yang tak tau maksud viva ni adalah,bagi budak dari fakulti komputer khasnya dari inti.Kami diwajibkan mencipta satu sistem untuk mendapat honour dalam sijil tu nanti.paling koman,kena dapat B,kalau D pulak cuma dapat general degree secara automatiknya sbb benda ni pihak coventry ambik berat.kat sini Jurnal dah siap 2 report dan dah dihantar dah..apa2 pun,semoga jurnal berjaya menempuhi presentation sekejap lagi.


Salam Israk Mikraj

Peristiwa Isak Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

(Kredit Kepada : http://fullfilth.blogspot.com/)

Bintang Jupiter

Bintang Jupiter..Jurnal tak berapa pandai buat olahan pasal Jupiter ni,tapi ada sedikit gambar utk di-kongsi bersama.






(Kredit kepada :Boston)

Senjata Yang Besar

Jangan Tekan Punat Merah



Jangan Tekan Punat Merah.......Jangan....

Menara Lego paling Tinggi Di-Dunia

Fu-Yoh!! Tingginyer...

Mempersiapkan menara Lego tertinggi Di-Dunia

Pandangan Menara Lego dari Jauh


Berdiri megah dengan ketinggian 29.3 meter (92.12 kaki),ianya dibina dengan 465,000 lego brick dan ianya siap dibina di Toronto. Kejadian Menara tersebut telah masuk dalam rekod dunia iaitu tak bukan Guinness Book of World Record. Menara tersebut siap dengan pantauan professional LEGO buiiders Per Knudsen & Erik Therkelsen yang diterbang khaas dari Billund,Denmark. Yang menariknya, pembinaan tersebut telah disiapkan dengan bantuan kanak2 dan keluarga yang melawat C.N.E fairgrounds.

Rabu, 23 Julai 2008

Bagaimana Hendak Menari Baik Punyer...

Alfonso mengajar bagaiman hendak menari dengan baik..hehe..


Jurnalcomot berkata: Tarian yang lucu,hehe...

Selasa, 22 Julai 2008

Polis di-Russia

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Menyaksikan bagaimana Polis di-Russia menjalankan tugas mereka.Seperti bukan polis pulak bila di-lihat..hehe..

Isnin, 21 Julai 2008

Bumi Dan Bulan Seperti Yang Di-Lihat Dari Marikh


Foto ini di-rakam pada Oktober 3,2007.Jarak planet Bumi dan Marikh ada
lah 142
Juta Kilometer.

Carta Emosi Steven Seagal


Ini adalah rupa emosi Steven Seagal,sama jer..terrer Aikido dia ni..

Ahad, 20 Julai 2008

Basikal Potong Rumput


Basikal ini di-cipta dengan menggunakan basikal buruk dan mesin potong rumput yang rosak.

(Kredit kepada Neatorama)

Jumaat, 18 Julai 2008

Senaman Sambil Online

Kepada Rakan weblog dan para pelayar internet masa sekarang.Jurnal ada berkongsi sedikit informasi yang baik.Since kita banyak menghabiskan melayar internet dan duduk lebih lama,mesti kurang senaman ye tak? Disini ada sedikit tips bersenam utk kita berlatih sambil menunggu webpage tu fully download,rajin2 lah kita wat sedikit gerak utk tubuh kita ni. Klik kat sini utk mendapat gambaran yang jelas.

Khamis, 17 Julai 2008

Illusi

Kalau bercerita tentang nak sprank atau menghiburkan penonton.Jepun mempunyai idea yang sungguh unik.Saksikan kelebihan mereka pada video dikongsikan bersama.


Haunted Mansion Inti

Malam semalam,sempat jugak Jurnal singgah dekat rumah hantu dekat inti ni . Rencana memang ada nak pergi tapi since kebetulan dengan Yassin dan afiq ajak makan burger jap,kitorg melencong utk menghilangkan sedikit tekanan dan take a fun horror experience.Since Jurnal dan Yassin sem terakhir,ni dikirakan antara kenangan yang dapat diingat bila pergi rumah hantu yang lain.


Tengah sambil tunggu turn tu,ada hantu berjalan2 meng-usha2 kami yang diluar ni..hehe..Jurnal snap gambar di time dia kat depan,tak lama lepas tu,dia usha jurnal kembali..hehe..seram sbb dia jeling..bukan takut tau..hehe..


Bergambar bersama Yassin,(afiq,gambar ko tak dapat letak kat sini sbb tak nampak muka pun..haha)sambil tunggu nak masuk,kitorg disini dihiburkan dengan citer movie seram.Good initiative STACT.

Rabu, 16 Julai 2008

Padam Cookies??


Kenal Cookies monster dari sesame street?

Jalur

Ingin tahu apaakan terjadi pada Jalur dibawah ni.Klik pada pautan ini.

Selasa, 15 Julai 2008

Debat Di-Digital Society

Harini,jurnalcomot ada debat tentang "marketing in world wide web" dan jurnal didalam pihak menyokong tentang title tersebut. Kiranya,satu subjek ni, jurnal dah kira senang hati sikit untuk buat seketika ni..hehe..nanti exam,terseksa lagi.

So far,team berdebat dengan baik dan jurnal harap lulus dalam assignment ni nanti.Nak tengok suasana dalam kelas debat jurnalcomot macammaner,tengok pic kat bawah yer...


Kiri:Ni team si Lip dan Ramadhan against mahmoud,abbas and munir..pasal "open source" Jurnal kat belakang,snap gambar gitu sebab team jurnal dah habis awal.=P
kanan:Khusyuk sungguh member jurnal ni

Kiri:Ni classmate jurnalcomot dari first sem jurnal disini sampai sem terakhir sekarang ni.Mereka present keesokan hari nanti. Ibrahim Rabiu,Ibrahim toro dan abdul hafiz.
Kanan: Ni team mate jurnal,Nigel tengah sms dan Taylor pulak fokus kat depan.

Kiri:Alamak,ni jurnalcomot tgh memakai kacamata Ibrahim..haha..dan habis debat so dengar kat belakang jer lah dengan memikirkan next assignment nak dihantar tak lama lagi.kelakar sungguh gaya jurnalcomot.
Kanan:Ini Sadiq,kitorg panggil dia professor sbb dia berdebat sambil menulis dan laju bercakapFuiyyoo!!

Isnin, 14 Julai 2008

Jangan Lakukan Ini Di-Rumah Anda


Satu persembahan di Russia,di rakam p\oleh television china di festival sarkas Monte Carlo.Aksi teraksi memang diluar jangkaan.

Jumaat, 11 Julai 2008

Bila Anda Jadi Jutawan??

Kalkulator Jutawan akan mengira berapa lama anda boleh jadi jutawan.Ops,semestinya inflasi turut menyebabkan duit sejuta kita ini kurang menyerlah dimasa depan nanti.

Isikan kotak kosong dengan informasi wang simpanan anda,belanja bulanan anda,umur anda dan Kalkulator jutawan ini akan memberitahu ,di-umur berapa anda akan menjadi Jutawan.


Jurnalcomot berkata: Jurnalcomot mencuba dengan mengisikan data yang paling minima dan agak2,jurnalcomot jadi jutawan dalam masa 33 tahun 1 bulan.Sekarang umur jurnalcomot 23 dan akan menjadi jutawan pada usia 56 tahun nanti.Huhu..kena berusaha lagi nih..berjuang!!

E-Kalkulator


e-Kalkulator adalah online Kalkulator.Ia adalah satu unit pertukaran,penyelesaian equation,mempunyai fungsi saintifik,boleh menyelesaikan nombor yang ko0mpleks dan ianya ada 100% percuma.Cubalah =)

Onomatopoeias

Onomatopoeias adalah satu kata atau satu kumpulan kata yang menggambarkan suatu bunyi yang menerangkan punca bunyi tersebut seperti 'Click','Bunk','Clang' atau bunyi haiwan seperti 'meow'.Oh ya,website ni berbahasa Spanish dan onomatopoeias ni di-petik dari komik Batman.


Jurnalcomot berkata: Saper yang minat design mungkin dapat membantu mencantikkan grafitti mereka nanti. Teringat pulak masa tengok Batman kat Star world dan Star plus dulu2 huhu..Batman dan si-Robin yang tegas..

Rabu, 9 Julai 2008

Iklan Vs Realiti

Satu website German yang di-kenali sebagai PUNDO3000 membuat kajian dan pemerhatian terhadap 100 jenis produk dengan mebandingkan gambaran pada pakej produk dengan isi di-dalam kotak tersebut.





Jurnalcomot berkata: Biasala nak menarik perhatian pembeli...kalau pakejing dia Best mesti beli punya.

Rekod Dunia Dengan Urut Kaki

2016 peserta mengambil bahagian (1008 reflexologi dan 1008 pelawat) telah merekod rekod dunia yang baru di-Taiwan pada 1 Julai yang lepas dimana mereka menerima rawatan tersebut serentak.

Pelawat yang sukarela menerima rawatan tersebut datangnya daripada Jepun,Korea,Singapura,Malaysia,Hongkong dan selainnya.

Program ini dilaksanakan oleh sektor perlancongan Taiwan dengan mempromosikan kesihatan melalui Refleksologi dimana dapat menyihatkan Tubuh badan kita secara am-nya.


Isnin, 7 Julai 2008

Jurnalcomot di-Paintball Challenge 2008 di-iNTI-UC,Nilai

Salam,pada entri kali ni Jurnalcomot ingin berkongsi bersama kawan bloggers dan lainnya tentang satu event yang baru sahaja di-alami. Kalau di-lihat pada entri yang lepas,ada entri pasal event paintball bukan dan untuk pengetahuan,event paintball ini telah di-organised dan inspired oleh saudara Komeng dibawah persatuan Malay Culture Society di -inti.

Event berlangsung di padang bola inti pada 4,5 dan 6 June dan pada 4hb tersebut,hanyalah sessi klinik paintball kepada peserta dan kepada yg takde pengalaman tu kenalah datang utk mengetahui Do's & dont's dia dan utk memahami rules dia.Gambar kat bawah ni time selepas sessi dia, sambil tu tengok2 dan pasang sedikit strategi.

Saya aka Jurnalcomot di-hari kejadian(June4th,2008)

Pertandingan di-jalankan pada ke-esokan harinya dalam sekitar jam 9 pagi dan team Jurnal sendiri dikenali sebagai 'Dancing Doriyaki' dimana diwakili oleh saya,Reha,Dayah,Emma dan Inaz. Kalau team yang lain pulak ada infidel,giler-gantang,gila-ganas,suicidal-king,gengkhis-Khan,TBC dan etc.

Pre-battle,bersama kumpulan Jurnalcomot, "Dancing Doriyaki"SWAT 'Dancing Doriyaki' perasaan tengah nervous nih...

Tengah hendak berperang paintball..berjuang..Tengah diserangi dengan hujan Palette..sakit gak kena tembak tapi best
Fuhh!! macam tak caya jer..
Ini kumpulan Giler Gantang bersama Infidel
Round pertama tu memang nervous tapi bila dan di jerit "Game-on" oleh Marshall,dah hilang perasaan nervous tersebut. Masing-masing memberi saingan yang hebat dan yang paling penting,masing-masing have Fun. Disini,Jurnalcomot ada berkongsi sedikit foto daripada event tersebut.
Antara member pada hari kejadian tersebut,happy jer..
Team TBC (To Be Confirm) beraksi...perghh!
Kalau nak tau Komeng,dia yang berdiri kat tengah2 tu..
Sesi bergambar Paintball Challenge 08!
Saudara Komeng officially founder paintball pertama dikawasan inti dan nilai,kredit kepada Komeng atas usaha dan semangat yang dikongsi bersama.Sekarang ni,Jurnalcomot sendiri mempunyai rasa addicted kepada sukan Paintball ini.

Kredit Foto kepada Reha ^_^


::Tahniah Yusuf Jamal::Gambar kat atas ni pulak,bonus sedikit..pada date yang sama,ada majlis convocation dan ex-roommate(sebelah kanan) jurnalcomot ada disini dan dari jauh dia datang pulak tu,dari Brunei so Jurnalcomot pun merakam gambar dengan Yusuf dan kawan dia dan Jurnalcomot dengan kesan comot setelah di-tembak berkali2 pulak tu.

Congratulation kepada Yusuf kerana berjaya mencapai satu level,sekarang nak proceed ke-satu level di-satu kawasan kajang pulak lepas ni.Tahniah bro! Dia ni lah member Jurnalcomot yang sentiasa makan bersama,bergurau bersama,berpuasa bersama,bershopping bersama,berjalan bersama dan bersuka dan duka bersama.

"I wish you a Best of Luck in Future Undertaking Yusuf."

Jumaat, 4 Julai 2008

Bagaimana Hendak Menyembunyikan Gajah




Jurnalcomot berkata: Perasan tak apa yang ada kat atas ni..hehe..