شيشخط
Memaparkan catatan dengan label Silat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Silat. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Ogos 2008

Pertandingan Wajadiri 2008 Di-UTM,Skudai Johor(3)


Selepas jer bertanding,keputusan dia pun keluar..kami tak menang pun hehe...tapi pengalaman berbaloi jugak dapat dikatakan..dapat tau bagaimana utk memajukan diri pada masa akan datang nanti..lepas jer bertanding,kami semua bermalam kat UTM since time malam tu ada dinner beramai2..bila dapat bilik jer.,memang best, terus rebah dan berehat secukupnya..


Hostel ni lah yang kami bermalam dan nampak tak bantal dan tilam tu..mecam best jer...


Dinner jam 8.30 mlm start,tp kitorg sampai agak lewat sekitar jam 9.20 agaknya..sampai2 jer terus makan dan melihat persembahan dan mendengar ucapan para penganjur ,YDP PSSCUH Johor dan president PSSCUH.Gambar kanan,macam org korporat pulak..


Dah menjamu selera,kitorg pun santai dan ambik gmbr lagi cket2..kami didalam gaya formal.Lepas jer makan, balik ke hostel pintu bilik si Aizat dan Amri takleh bukak,kena setel pintu tu baru kitorg boleh tido dengan lena..tgh tdo tu,rencananya nak bangun awal dan bertolak balik kenilai jam 9,last2 kitorg terlajak tido dan bangun pukul 1 petang..maklumlah,penat..ehehh..

Bersiap nak balik masa ni..=) tapi sebelum balik tu,kitorg ada jumpa member kat sini yg org johor..thanks Zana sbb bawak kitorg pusing2...

Dinner kat rumah zana dan solat dulu..sekitar jam 10 malam..kitorg berangkat kembali ke Nilai dan sampai kul 2 pagi..alamak,esok kelas jam 8 pagi lah pulak...

Pertandingan Wajadiri 2008 Di-UTM,Skudai Johor(2)

Ni sambungan daripada entri sebelum ni.Bila jurnal plan balik,Pertandingan tu start 10++ pagi, nak kena double check penyertaan pukul 7.30 pagi,lepastu pembukaan majlis pukul 8.30 pagi...wah..jam baru pukul 6.30 pagi..apa-apa pun,kitorg cari UTM dulu melalui peta yang mereka kirimkan sebelum ini.Si Nazrin lead dan Firdaus di belakang..cari2,sampai jugak..tersangat besar jugak UTM ni..sukanya dapat masuk..hehe..

Difikir2,better kitorg breakfast dululah kat dewan makan kat sana...makan sambil snap gambar lagi..haha..lepas makan jer,kitorg pergi ke-dewan Iskandar shah utk register,time kat sini,kami transform dgn memakai uniform khas utk bertanding..



Dah siap pembukaan, kami semua bersiap untuk warming-up satu badan dan melakukan kaedah asas dan membuat sedikit art yang ringan utk mengingati kembali latihan yg dibuat sebelum ini.


Gambar ni Jurnal agak suka,ambik semangat ramai2 dan kembali bertanaga selepas itu. Saingan memang hebat2 belaka..dan Jurnal sendiri ada membuat sedikit kesilapan dalam menerima serangan dari lawan...tapi pandai2 cover jugaklah..Kalau ada video,boleh lah jurnal share tapi wat masa ni,tak diupload lagi..huhu..

BerSambung pada Entri yang selanjutnya..(Jurnal mengantuk cket...)


Pertandingan Wajadiri 2008 Di-UTM,Skudai Johor(1)

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam..Kali ni Jurnal ingin berkongsi sedikit pengalaman/memori manis yang Jurnal alami minggu lepas dan rasa sayang kalau tak dikongsi bersama pembaca dalam weblog ni. Jurnal ada pergi ke UTM,Skudai Johor utk mewakili institut Jurnal dalam wajadiri 08.Pertandingan ni adalah pertandingan peringkat IPT,sekolah2 dan Pusat Latihan diseluruh Malaysia dan ini adalah kali kedua Jurnal mengikutinya dan sebelum ini adalah di-MMU.Dalam 9 peserta dalam rombongan tersebut adalah, Jun,Amri,Aizat,Asri,Hannan(member yang mewakili dari USIM),Effa,Firdaus,Nazrin dan Jurnal sendiri.kami bertolak pada hari sabtu July 26hb,2008 pada 2 pagi..budget pukul 1 pagi,last2 pukul 2 pagi pulak..ehehh..kitorg lepak dekat Bistro Palma dekat luar inti jer..

Member Jurnal rileks jer sambil menunggu member yg lain sampai dan makan..gambar kat kanan pulak,kitorg dah bersiap nak bertolak..doakan selamat tau..


Gambar ni pulak,gambar candid...dan kanan ni,kitorg bergmbr utk menghilangkan mengantuk..oh ya,utk pengetahuan,jurnal tak tdo selama 2 1/2 hari sebab busy mempersiapkan DMP dan latihan utk pertandingan ni jgk..semangat luarbiasa tuh..Sambil dalam perjalanan tu,kami bertukar cerita dan lawak utk menghilangkan ngantuk driver especially si-Nazrin nih..gelak sakan semua...haha..


Kiri: Time ni rasanya jam 5 pagi..kitorg stop dekat RnR,mandi dan solat subuh kat sini...lepastu,pakai pakaian institut yg berwarna biru muda nih..

Bergambar satu kumpulan sebelum sampai ke UTM...

BerSambung pada entri yang satu lagi..

Ahad, 23 Mac 2008

Ijazah tamat pembelajaran Silat

Alhamdulillah, akhirnya tamat jugak aq belajar Silat Cekak Hanafi. Gembira dan rasa senang sgt hati-ni,acara ijazah di-lakukan di N.sembilan Gadong dan bukan penulis bersendirian sahaja tetapi di-turut serta dgn member iNTI-UC yg lain iaitu Daus,Effa,Dina,Inaz,Junaidi,Aizat dan Amri.Tahniah buat member2 semua sbb dapat Ijazah Asas dan Potong bersama. Sempat jugak lah bertegur sapa dgn member dari Kolej Mara Seremban,USIM,dan dari pihak gadong.
Photobucket