| |||||
Hilang dan Jumpa Jurnalcomot adalah Weblog Mingguan anda.Jurnalcomot dari Malaysia dan sebarang perkongsian emailkan sahaja...(Kerana 1/10 apa yang berlaku di permukaan dunia ini amat menarik untuk diketahui) Jurnalcomot Memberi Anda Informatif Yang Menyenangkan Hidup Anda.BENAR.
Isnin, 29 Ogos 2011
Niat Solat Jamak Dan Qasar
Sabtu, 26 September 2009
Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia
berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari
jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada
waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir
ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan,
as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk
berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun
solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir
pada waktu matahari terbit.
Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam
Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong
untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan
mengerjakannya.
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit
dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu
saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga
hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh
gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa
keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain.
Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang
bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam
hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh
(iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan
Ibnu Majah)
Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara
Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang
secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.
Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat
dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah
kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan
senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu
berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan
janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan
daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah
keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)
Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan
dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam
at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat
solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita
untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat
Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar
kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah
solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka
seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”
(Hadis riwayat Muslim).
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di
hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan
digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang
dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu
yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.
Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga
akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami
sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama.
Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana
kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila
kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum
terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka
Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan
solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah
cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang
membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya,
sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis
riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti
dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan
berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.
Sabtu, 12 September 2009
Mandi Wajib (Buat Pedoman)
Mandi wajib yg betul
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut
jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi
wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua² keadaan bagi
membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang
zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak
Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui
perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah
satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang
zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang
itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi
wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri
Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu
tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
1:- niat.
2:- menghilangkan najis di badan.
3:- meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:
"Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau
" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana² bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
" Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
" Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas
dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya
tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula
menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum
air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah.. Oleh itu mandi wajibnya
tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada
pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita
ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh
anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan, sama ada bulu² yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang
atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu² dalam lubang hidung pula, tidak
wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu² di dalam
hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang
sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah
dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika
sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain
inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang
mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi
wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.
Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak
boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air
sampai ke rambut.. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap
ke rambut , tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air
terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna
itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu
tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini,
sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza ..
Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi
wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah
atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih
oleh umat Islam.
Mengenai sebab² seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais
menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.. 3 sebab melibatkan lelaki
dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,
keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum
perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan
anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana² dengan menggunakan air mutlak sama
ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya
mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak
mahu mandi wajib, seelok²nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah
sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan
kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu
berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-
DOA TENGOK CERMIN
4.. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu
2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian
kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu.......
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan
akhirat.
2.. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di
dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di
dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam
kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang
Mahsyar.
10..Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh
Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12..Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S..W.T..
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di
atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan
angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita
yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan
kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah
mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Kredit Sumber: Dari Email Admin
Sabtu, 30 Ogos 2008
Ramadhan



Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa....
Melalui : http://untuk-sesama-insan.blogspot.com dan isuhangat
Jumaat, 21 Mac 2008
Dimana-mana pun, kita boleh berSOLAT

Ketika di-laut

Di-jalan raya(1)

Di jalan-raya(2)

Di jalan-raya(3)


Di tempat yang dingin dan berais

Berjemaah di jalan raya

Di-stesyen kereta api

Di tempat perniagaan

Malahan di-dalam kapal-terbang juga
