شيشخط
Memaparkan catatan dengan label Kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Januari 2011

Apakah Batu Besar Anda?

Mungkin anda sudah mendengar cerita ini, hanya sebagai refresh sahaja.

Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar.

Dia terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk dimasukkan ke dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut anda, adakah baldi ini sudah penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!”

Cikgu bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari dalam meja ia mengeluarkan sebekas batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu besar.

Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok, adakah sekarang baldi ni dah penuh?” Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang menjawab, “Mungkin tidak.” “Bagus..” sahut pensyarah.
Kemudian dia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam baldi. Pasir itu jatuh mengisi di celah-celah ruang kosong antara batu dan kerikil. Sekali lagi, ia bertanya pada kelas,“Baiklah, sekarang baldi ini sudah penuh?”
“Belum!” jawab seluruh kelas.

Sekali lagi dia berkata, “Bagus…” Kemudian dia mengeluarkan sebotol air dan mulai menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke penuh.

Ok sekarang lihat eksperimen kedua saya,dia pun memasukkan air terlebih dahulu sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir dan batu kerikil. Baldi itu kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan sedikit sahaja batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan ke dalam baldi. Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada banyak lagi baki batu besar yang tidak boleh dimasukkan.

Lalu dia berpusing ke kelas dan bertanya, ‘Tahukah anda apa maksud illustrasi ini?”
Kenyataan dari batu dan baldi ini mengajarkan pada kita bahawa:
Bila anda tidak memasukkan “batu besar” terlebih dahulu, maka anda tidak akan boleh memasukkan semuanya.”

Apa yang dimaksudkan dengan “batu besar” dalam hidup anda? keluarga anda, pelajaran anda,ibadat anda, pekerjaan anda dan perkara yang penting dalam hidup anda seperti kesihatan anda, kawan-kawan anda dan yang seharusnya dijadikan prioriti utama dalam hidup anda.
Ingatlah supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil atau anda akan kehilangan semuanya. Bila anda mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti kerikil dan pasir) maka hidup anda akan penuh dengan perkara-perkara kecil yang merisaukan dan ini sepatutnya tidak perlu seperti bermain games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga masa anda terbuang begitu sahaja sehari sedangkan anda tidak memenuhkan ‘baldi’ anda dengan batu besar.

Kerana dengan demikian anda tidak akan pernah memiliki masa yang cukup untuk perkara-perkara yang besar dan penting.

Oleh kerana itu, setiap pagi atau malam, ketika akan merenungkan cerita pendek ini, tanyalah pada diri anda sendiri: “Apakah batu besar-batu besar dalam hidup saya?” dan buatlah perkara itu dahulu.

Isnin, 14 Jun 2010

Butakah Cinta

Inikah Cinta? Cinta itu buta? Butakah cinta?
Ada sorang gadis buta,
Semua org bencikan dia,
kecuali kekasihnya..
Gadis itu selalu berkata :
“saya kan mengahwini awak kalau saya dpt melihat”
Satu hari, ada orang mendermakan mata kepada gadis tu…
Bila dia melihat kekasihnya dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta!
Kekasihnya bertanya :
“Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?
…….Gadis itu menolak!!!
Kekasihnya tersenyum dan pergi sambil berkata
“TOLONG JAGA BAIK-BAIK MATA SAYA…”

Ahad, 4 April 2010

Kisah Kanak-kanak Yang Buta

Seorang kanak-kanak buta duduk di tangga sebuah bangunan dengan sebuah cawan di tangan kanannya. Dia mengangkat satu papantanda yang berkata: “Saya buta, tolong bantu.” Hanya ada beberapa syiling di cawan itu.


Seorang lelaki berjalan melalui kanak-kanak itu. Ia mengambil beberapa wang kertas dari sakunya dan memasukkannya ke dalam cawan yang dipegang kanak-kanak itu. Dia kemudian mengambil tanda, membaliknya, dan menulis beberapa kata. Dia meletakkan tanda bahagian belakang sehingga setiap orang yang berjalan oleh akan melihat kata-kata baru.
Tak lama kemudian cawan itu mula berisi. Ramai orang menderma kepada kanak-kanak buta itu. Petang itu lelaki yang telah menukar tulisan pada papantanda itu lalu lagi. Kanak-kanak itu mengenali langkah kakinya dan bertanya, “Adakah anda orang yang mengubah tanda saya pagi ini?? Apa yang anda tulis”


Lelaki itu berkata, “Aku hanya menulis kebenaran .. aku mengatakan apa yang anda katakan, tetapi berbeza dengan cara yang anak tulis”


Aku menulis: “Hari ini adalah hari yang indah tapi aku tidak dapat melihatnya.”
Kedua-dua tanda-tanda itu memberitahu orang ramai bahawa kanak-kanak itu buta. Tapi tanda pertama hanya mengatakan anak itu buta. Tanda kedua-dua orang mengatakan bahawa mereka sangat beruntung bahawa mereka tidak buta. Haruskah kita terkejut bahawa tanda kedua yang lebih berkesan?


Moral Story: Bersyukurlah untuk apa yang anda miliki .. Jadi kreatif. Jadi inovatif. Berfikir secara berbeza dan positif.


Ketika kehidupan memberikan anda 100 alasan untuk menangis, menunjukkan kehidupan yang anda mempunyai 1000 alasan untuk tersenyum. Peganglah saat ini dengan keyakinan. Siapkan masa depan tanpa rasa takut. Jaga iman dan buanglah rasa takut.


Hal yang paling indah adalah melihat seseorang tersenyum …
Dan bahkan lebih indah adalah, mengetahui bahawa anda adalah alasan di balik itu!
Nikmati hari anda dengan hati syukur.

Artikel asal: isuhangat.net

Isnin, 1 Februari 2010

Selamat Tinggal Ibu

“KAKAK, tolong ambilkan ibu air masak,” kata ibu pada suatu malam selepas ibu penat bekerja. Tanpa disuruh-suruh, aku mengambil segelas cawan yang berisi air yang telah tersedia dan memberinya kepada ibu. Sudah menjadi kebiasaanku. “Terima kasih anak ibu,” kata ibu sambil bersandar pada sofa yang dibelinya dari Paris . Suaranya lunak. Tanganku terus ke kepala ibu untuk memicit ibuku.

“Ibu penat?”“Hmm…penat sangat. Tapi penat ibu terus hilang bila tengok kakak. Kakak dah siap assignment? Buat apa tadi?’’ “Dah siap lama dah. Sampai tertidur tadi kakak tunggu ibu. ibu dah makan?”“Dah. ibu nak solat kejap ye.” “ok,”jawabku ringkas. Aku tinggal berempat sahaja bersama ibu, Mak Mah dan Pak Samat di teratak kami yang terletak di Country Heights ini.

Maahad? Sekolah lamaku dulu yang meninggalkan banyak memori. Mentarbiah hati setiap waktu. Namun itu dahulu. Kini sekolah agama yang tersohor tidak lama dulu sudahpun bertukar menjadi SBP tanpa ‘i’ bersebelahan huruf ‘P’. Ayahku telah lama meninggal dunia. Ayah meninggal pada hari kelahiranku. Kata ibu, ayah tergesa-gesa ke hospital setelah mendapat panggilan dari pihak hospital yang mengatakan masa untukku lahir sudah tiba.


HUJAN turun dengan lebatnya. Sebagai seorang lelaki yang sudahpun bertukar ke title seorang bapa, Mustaqim berasa amat gembira menerima kelahiran puteri pertamanya. Tanpa menghiraukan hujan lebat yang mencurah-curah, Mustaqim sengaja menekan minyak mercedesnya meluncur laju ke hospital. Dengan hati yang berbunga-bunga riang. Dia mula terbayang-bayang wajah puterinya itu dengan senyuman isteri tercinta. Berkhayal. Indahnya! Tiba-tiba sebuah lori ESSO yang membawa muatan minyak membelok ke kanan lebuh raya Kajang Silk.

Tanpa sebarang amaran. Bakal ayah ini panic dan menekan brek kereta. Kereta terperosok ke bawah lori tanker. Kepala ayah terkoyak menampakkan tengkoraknya apabila terhentak ke stering. Darah mengalir laju, tanpa segan silu. Selang beberapa minit lori itu “bom!” meletup!

TANGGG! Dulang makanan yang dibawa nurse Munirah terjatuh. Ibu terkejut. Makanan bersepah di atas lantai hospital. “Maaf ya, puan,” ujarnya serba salah. “Tak mengapa,” ujar ibu tenang. Namun gejolak dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Ibu amat gembira kerana aku dapat lahir dengan selamat akan tetapi ibu berasa cemas apabila kelibat ayah masih lagi belum muncul. Akhirnya, pihak hospital memberitahu ibu tentang kematian ayah. Ibu bagai hendak histeria ketika itu. Ibu amat sedih. Setiap kali teringatkan ayah pasti mataku akan berair.

Ngilu terasa menghiris jiwa. “Kenapa ni anak ibu?” soal ibu apabila melihatku. “Tak ada apa-apa, bu,” jawabku ringkas. Suasana menjadi hening seketika. “guess what, sayang?” “What?” “ibu terpaksa outstationlah. Seminggu pulak tu. Kali ni ibu kena pergi ke Ireland. Ibu ada mesyuarat dan seminar di sana. Kakak tak apa-apa kan?” kata ibu, mengenggam erat-erat tanganku. Mataku sengaja aku bulatkan. “Kenapa lama sangat, bu?’’ rungutku.

Entahlah…. Berat rasanya untuk melepaskan ibu kali ini biarpun aku sudah terbiasa ditinggalkan ibu. “Mestilah lama. Dah namanya pun outstation. Hari tu lagi lama kan? Sebulan ibu di Beijing. Semuanya akan okay. Kakak janganlah risau. Doakan ibu selamat pergi dan balik ye. Kakak kan anak solehah.’’ “Tapi, bu…….. Ibu tak payah lah pergi. You’re the big boss, bu. suruhlah orang lain.’’ Kataku dengan nada sedikit merajuk.

Mulut muncung.“Muncung dia….. sedepa! Anak ibu kan good girl? Kakak 6 tahun ke 26 tahun?’’ pujuk ibu sambil mencuit hidungku. Seperti memujuk budak kecil. Tawaku dan ibu terburai.“Okay boss! Mari kakak tolong ibu kemas baju. Ibu pergi esok kan?’’ “Yes, darling.’’ Ibu tersenyum.


HARI ini mendung semendung hatiku. Rasa tak sedap hati masih menyucuk-nyucuk hati ini. Dari semalam aku asyik berdoa. Ya ALLAH selamatkanlah perjalanan ibuku. Selepas bersarapan aku menghantar ibu ke lapangan terbang. “Betul ke ibu nak pergi ni?’’ soalku setelah tiba di lapangan terbang. “Betullah. Dah sampai kat airport pun. Takkan nak patah balik kot?’’ Usik ibu sambil mencubit pipiku. “Jaga diri ibu baik-baik tau.

Ibu call lah kakak tiap-tiap hari. Sampai sana terus call jugak tau,’’ kataku sayu sambil memeluk ibu. “Hmm… ibu mestilah call anak ibu yang sorang ni. Kakak belajar elok-elok tau. Mak Mah ada dekat rumah. Kakak janganlah takut.’’ “Bu, kakak minta maaf kalau-kalau ada perbuatan atau kata-kata kakak menyinggung perasaan ibu. Halalkan makan minum kakak, ibu,’’ entah kenapa tiba-tiba sahaja ayat itu terkeluar dari mulutku. Aku sendiri tidak pasti.

Wajah ibu aku pandang dalam-dalam.“Ibu dah lama maafkan kakak. Kakak pun maafkan ibu ye. Ibu ada marah-marah kakak tanpa sebab…’’ “Tak… tak pernah pun,’’ kataku. Setitis air jernih tertumpah jua. Mengalir ke pipi. Terasa sungguh syahdu. Itulah kali pertama aku menangis di depan ibu. jauh disudut hatiku mengatakan inilah kali terakhirku bersama ibu. Dari kejauhan pemandu kami, Pak Mat bergegas membawa bagasi ibu.

“Sabila Husna… janganlah menangis, sayang. Ibu pergi tak lama. Minggu depan ibu balik. Jangan macam ni. Walau apa pun terjadi, kakak kena ingat ibu sentiasa ada dalam hati kakak,’’ tanganku dipegang ibu dan diletaknya tepat di jantungku. "Ibu pergi dulu, sayang…’’ Air mataku mengalir laju tanpa disuruh-suruh mengiringi pemergian ibu. "Ibu, I love you!’’ “Love you too, kakak,’’ kata-kata terakhir ibu sebelum pergi. Kata-kata terakhir yang tak akan pernah aku lupa.


“IBU? Bila ibu balik? Tak call kakak pun. Kesian ibu balik naik teksi. Kenapa tak suruh Pak Mat ambil ibu? "Kakak rindulah dekat ibu,’’ soalku apabila masuk ke bilik ibu. kelihatan ibu diatas sejadah, siap bertelekung. Mungkin ibu baru sahaja selesai bermunajat kepada Yang Satu, fikirku. Aku mengambil tempat di sebelah ibu. bersalam dan mencium tangan ibu. Tangan ibu sejuk. “ibu baru balik, sayang. Tapi kejap lagi ibu kena pergi,’’ kata ibu sambil mengusap kepalaku. "Nak pergi lagi? Nak pergi mana? Ibu tak kesian kat kakak ke?’’ air mataku bergenang entah kenapa.

Wajah ibu amat syahdu sekali. Sambil berdiri, ibu berkata,"Kali ni ibu pergi lagi lama dan jauh. Kakak doakan ibu ya.’’ Aku menarik tangan ibu. namun, ibu melepaskannya dengan perlahan-lahan, meninggalkan aku sendirian. "Ibuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!’’
"KAKAK…Kakak… Bangunlah…’’ terdengar suara Mak Mah. Kenapa pulak lah Mak Mah kejut aku pagi-pagi ni? Subuh pun tak masuk lagi. Kelas mula pukul 10 pagi nanti. "Mak Mah kenapa kejut kakak pagi-pagi ni?’’ soalku sambil menarik selimut."Ibu…’’ "Hah? Ibu ada call ke?’’ mataku terus cerah. "Bukan…bila Mak Mah cakap kakak jangan terkejut tau. Janji?’’ "Yes promise,’’ kataku. Hatiku berdebar hebat. Aku membetulkan kedudukanku."Ibu… ibu dah tak ada.’’

Hatiku bagai direntap kuat apabila mendengar berita itu. "Ap…apa Mak Mah cakap tadi? Dah tak ada? No, it can’t be. Baru tadi kakak jumpa ibu,’’ ujarku sungguh-sungguh. Rasa tidak sedap hati semakin memuncak bagai lahar gunung berapi membuak-buak meletus keluar dari mulut gunung berapi yang sudah lama pendam. Mataku berkaca. ‘’Ibu ada tadi.’’ Suaraku mengendur.
"Kakak… kakak mengucap. Bersabar. Tadi pihak hospital di sana telefon Mak Mah. Mereka kata ibu kemalangan dan koma. Kereta ibu terjunam ke dalam gaung. Banyak darah ibu hilang dan di kepala ibu ada darah beku. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan ibu tapi ALLAH lebih sayangkan ibu,’’ terang Mak Mah.


Air mataku seperti tiada nilai lagi. Mengalir deras sederas air sungai yang mengalir. Hidup ini terasa kosong dan tidak ada gunanya aku hidup. Mula-mula ayah, lepas tu ibu. Siapa lagi yang aku ada??? Ya RABB besarnya ujian yang KAU berikan padaku. Tika ini bergema dalam hatiku sebuah suara, yang tidak tahu datangnya dari siapa, membisikkan semangat dalam diriku, ’’Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain DIA. Hanya kepada-NYA aku bertawakkal.’’

Ujian ALLAH dalam pelbagai bentuk


"ASSALAMUALAIKUM ibu, kakak balik dulu. Esok kakak datang lagi. I love you, ibu,’’ kataku setelah selesai membaca Yaasiin dan berdoa. Sudah sebulan ibu meninggalkan aku. Sambil melangkah pergi meninggalkan kubur ibu, dengan keadaan yang damai kurasakan, aku memejamkan mata. “kakak…”


Tiba-tiba suara itu menerjah ke gegendang telingaku. Tidak pula aku membuka mata untuk mencarinya. Sungguh aku kenal suara itu kerana suara itu akan sentiasa bergema dalam hatiku buat selama-lamanya.

(Kredit kepada :www.iluvislam.com ,anaz firdaus , Editor: afdhal87 )

Sabtu, 9 Januari 2010

Da’wah Dusta

Ada sebuah kisah cantik yang dikutip oleh Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan dalam Taujih Ruhiyah-nya. Kisah menarik ini, atau yang semakna dengannya juga termaktub dalam karya agung Ibnul Qayyim Al Jauziyah yang khusus membahas para pencinta dan pemendam rindu, Raudhatul Muhibbin.


Ini kisah tentang seorang gadis yang sebegitu cantiknya. Dialah sang bunga di sebuah kota yang harumnya semerbak hingga negeri-negeri tetangga. Tak banyak yang pernah melihat wajahnya, sedikit yang pernah mendengar suaranya, dan bisa dihitung jari orang yang pernah berurusan dengannya. Dia seorang pemilik kecantikan yang terjaga bagaikan bidadari di taman surga.


Sebagaimana wajarnya, sang gadis juga memendam cinta. Cinta itu tumbuh, anehnya, kepada seorang pemuda yang belum pernah dilihatnya, belum pernah dia dengar suaranya, dan belum tergambar wujudnya dalam benak. Hanya karena kabar. Hanya karena cerita yang beredar. Bahwa pemuda ini tampan bagai Nabi Yusuf zaman ini. Bahwa akhlaqnya suci. Bahwa ilmunya tinggi. Bahwa keshalihannya membuat iri. Bahwa ketaqwaannya telah berulangkali teruji. Namanya kerap muncul dalam pembicaraan dan doa para ibu yang merindukan menantu.


Gadis pujaan itu telah kasmaran sejak didengarnya sang bibi berkisah tentang pemuda idaman. Tetapi begitulah, cinta itu terpisah oleh jarak, terkekang oleh waktu, tersekat oleh rasa asing dan ragu. Hingga hari itu pun tiba. Sang pemuda berkunjung ke kota si gadis untuk sebuah urusan. Dan cinta sang gadis tak lagi bisa menunggu. Ia telah terbakar rindu pada sosok yang bayangannya mengisi ruang hati. Meski tak pasti adakah benar yang ia bayangkan tentang matanya, tentang alisnya, tentang lesung pipitnya, tentang ketegapannya, tentang semuanya. Meski tak pasti apakah cintanya bersambut sama.


Maka ditulisnyalah surat itu, memohon bertemu.


Dan ia mendapat jawaban. ”Ya”, katanya.


Akhirnya mereka bertemu di satu tempat yang disepakati. Berdua saja. Awal-awal tak ada kata. Tapi bayangan masing-masing telah merasuk jauh menembus mata, menghadirkan rasa tak karuan dalam dada.


Dan sang gadis yang mendapati bahwa apa yang ia bayangkan tak seberapa dibanding aslinya; kesantunannya, kelembutan suaranya, kegagahan sikapnya. Ia berkeringat dingin. Tapi diberanikannya bicara, karena demikianlah kebiasaan yang ada pada keluarganya.


”Maha Suci Allah”, kata si gadis sambil sekilas kembali memandang, ”Yang telah menganugerahi engkau wajah yang begitu tampan.”


Sang pemuda tersenyum. Ia menundukkan wajahnya. ”Andai saja kau lihat aku”, katanya, ”Sesudah tiga hari dikuburkan. Ketika cacing berpesta membusukkannya. Ketika ulat-ulat bersarang di mata. Ketika hancur wajah menjadi busuk bernanah. Anugerah ini begitu sementara. Janganlah kau tertipu olehnya.”


”Betapa inginnya aku”, kata si gadis, ”Meletakkan jemariku dalam genggaman tanganmu.”


Sang pemuda berkeringat dingin mendengarnya. Ia menjawab sambil tetap menunduk memejamkan mata.


”Tak kurang inginnya aku berbuat lebih dari itu. Tetapi coba bayangkan, kulit kita adalah api neraka; yang satu bagi yang lainnya. Tak berhak saling disentuhkan. Karena di akhirat kelak hanya akan menjadi rasa sakit. dan penyesalan yang tak berkesudahan.”


Si gadis ikut tertunduk. ”Tapi tahukah engkau”, katanya melanjutkan, ”Telah lama aku dilanda rindu, takut, dan sedih. Telah lama aku merindukan saat aku bisa meletakkan kepalaku di dadamu yang berdegub. Agar berkurang beban-beban. Agar Allah menghapus kesempitan dan kesusahan.”


”Jangan lakukan itu kecuali dengan haknya”, kata si pemuda. ”Sungguh kawan-kawan akrab pada hari kiamat satu sama lain akan menjadi seteru. Kecuali mereka yang bertaqwa.”


Kita cukupkan sampai di sini sang kisah. Mari kita dengar komentar Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan tentangnya. ”Apa yang kita pelajari dari kisah ini?”, demikian beliau bertanya. ”Sebuah kisah yang indah. Sarat dengan ’ibrah dan pelajaran. Kita lihat bahwa sang pemuda demikian fasih membimbing si gadis untuk menghayati kesucian dan ketaqwaan kepada Allah.”


”Tapi”, kata beliau memberi catatan. ”Dalam kisah indah ini kita tanpa sadar melupakan satu hal. Bahwa sang pemuda dan gadis melakukan pelanggaran syari’at. Bahwa sang pemuda mencampuradukkan kebenaran dan kebathilan. Bahwa ia meniupkan nafas da’wah dalam atmosfer yang ternoda. Dan dampaknya bisa kita lihat dalam kisah; sang gadis sama sekali tak mengindahkan da’wahnya. Bahkan ia makin berani dalam kata-kata; mengajukan permintaan-permintaan yang makin meninggi tingkat bahayanya dalam pandangan syari’at Allah.”

Ya. Dia sama sekali tak memperhatikan isi kalimat da’wah sang pemuda. Buktinya, kalimatnya makin berani dan menimbulkan syahwat dalam hati. Mula-mula hanya mengagumi wajah. Lalu membayangkan tangan bergandengan, jemarinya menyatu bertautan. Kemudian membayangkan berbaring dalam pelukan.


Subhanallah, bagaimana jika percakapan diteruskan tanpa batas waktu?


”Kesalahan itu”, kata Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan memungkasi, ”Telah terjadi sejak awal.” Apa itu?


”Mereka berkhalwat! Mereka tak mengindahkan peringatan syari’at dan pesan Sang Nabi tentang hal yang satu ini.”


Ya. Mereka berkhalwat! Bersepi berduaan. Ya. Sang pemuda memang sedang berda’wah. Tapi meminjam istilah salah seorang Akh yang paling saya cintai dalam ’surat cinta’-nya yang masih saya simpan hingga kini, ini adalah ”Da’wah dusta!” Da’wah dusta. Da’wah dusta. Di jalan cinta para pejuang, mari kita hati-hati terhadap jebakan syaithan. Karena yang tampak indah selalu harus diperiksa dengan ukuran kebenaran.


taken from: Jalan Cinta Para Pejuang/Cinta Bersujud Di Mihrab Taat/Selingan Cinta dari Khazanah Lama
by Salim A. Fillah


Rabu, 30 Disember 2009

Give me your e-mail

A jobless man applied for the position of “office boy” at Some Company. The HR manager interviewed him then watched him cleaning the floor as a test.

“You are employed.” He said.” Give me your e-mail address and I’ll send you the application to fill in, as well as date when you may start.”

The man replied “But I don’t have a computer, neither an email.

” I’m sorry”, said the HR manager, “If you don’t have an email, that means you do not exist. And who doesn’t exist, cannot have the job.”

The man left with no hope at all. He didn’t know what to do, with only $10 in his pocket. He then decided to go to the supermarket and buy a 10Kg tomato crate. He then sold the tomatoes in a door to door round. In less than two hours, he succeeded to double his capital.

He repeated the Operation three times, and returned home with $60. The man realized that he can survive by this Way, and started to go everyday earlier, and return late Thus, his money doubled or tripled every day. Shortly, he bought a cart, then a truck, then he had his own fleet of delivery vehicles.

5 years later , the man is one of the biggest food retailers in the US. He started to plan his family’s future, and decided to have a life insurance. He called an insurance broker, and chose a protection plan.

When the conversation was concluded, the broker asked him his email.

The man replied, “I don’t have an email”.

The broker answered curiously, “You don’t have an email, and yet have succeeded to build an empire. Can you imagine what you could have been if you had an email?!!”

The man thought for a while and replied, “Yes, I’d be an office boy at Some Company!”

Abah , Mama ,Maafkan Kakak

Terima kasih kepada:
nur_sakinah
editor: azzahra_solehah
Aku merenung ke luar tingkap. Hujan di luar seperti hujan di hatiku. Sedih, duka bercampur menjadi satu. Manik-manik jernih mulai turun membasahi pipi. " Mama..abah, maafkan akak," bisikku sendiri. Tragedi 13 tahun lalu, ku sematkan sebaik mungkin di dalam hati ini. Biarlah aku menanggung kesepian ini sendiri. Semua ini salahku..andai aku tidak memulakan episod itu, pasti ia takkan berlaku...
___________________________________________________
13 tahun yang lalu.. " Akak, mari makan sayang. Makanan dah siap ni. Kalau sudah sejuk, tak sedap pula," laung mama dari luar kamarku. Aku tersenyum girang. Itulah yang ku tunggu selama ini. Makanan yang sudah siap terhidang untukku dan keluarga. Sejam aku menghadap buku-buku, akhirnya tiba juga waktu rehat.
" Ye, mama. Akak datang nanti," suara lapan tahunku bernada riang. Ketika aku melangkah ke ruang dapur, aku terdengar adikku bersorak gembira. Aku semakin hairan, " Nak makan pun gembira sangat," ujarku kasar. Terdiam adik melihat reaksi aku. Kemudian dia berlari mendapatkan mama yang sedang mengandung. "Mama masak apa hari ni?," soalku kepada mama lalu membuka tudung saji. Mama hanya tersenyum." Mama masak laksa hari ni. Hari ini kan ulang tahun kelahiran adik..jadi mama masaklah makanan kegemaran dia," ucap mama sambil mengusap rambut adik dengan penuh kasih sayang. "Mama, akak kan tak suka laksa. Kenapa mama masak makanan ni? Mama ni, macam tak faham akak kan? ," tiba-tiba, tanpa ku sedari kata-kata itu terucap dibibirku. "Akak..ni, berkiralah. Setakat laksa, apa salahnya. Jangan cerewet sangat boleh tak?," marah adikku. Hatiku semakin panas mendengar kata-kata adik.
"Akak peduli apa? Akak nak juga makanan lain," keras kataku lalu aku cepat-cepat melangkah dari situ. Mama dan adik terpinga-pinga melihatku begitu. Mama hanya mampu menggeleng, begitu sedih hatinya melihat anak yang dikandung 9 bulan lebih memilih makanan dari penat lelahnya.
__________________________________________________________________
Aku mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja. Cepat saja jari-jemariku mendail nombor itu. Tet, tet. Tet, tet.. "Assalammualaikum, ni siapa?," soal suara ditalian. "Abah, ni kakak," pantas saja aku menjawab. Tidak sabar menyatakan hasrat dihati. "Ye, kak? Kakak nak apa telefon abah ni?," tanya abah lembut. "Abah, akak lapar ni. Abah belikan makanan ye?," pujukku dengan nada minta dikasihani. "Mama tak masak ke?," tanya abah kembali. "Masak, tapi tak sedap. Akak tak sukalah makan laksa. Akak bukannya adik," jelasku dengan kasar. "Ah..jangan nak mengada. Mama dah masak tu, makan sajalah. Kesian tau kalau akak tak makan apa yang mama dah masak. Kecil hati mama nanti," pujuk abah untuk menenangkanku.
"Abah ni..sama dengan mama. Langsung tak faham kehendak kakak!" aku terus mematikan talian dengan perasaan bengang. "Sama je semua orang. Asyik fikir kehendak sendiri, kehendak aku siapa nak fikir? Tapi aku laparlah, kalau gastrik, susah ni," hatiku berbicara sendiri. Di saat itu, aku lebih memilih untuk mengunci pintu dan tidak mahu makan sehingga kehendakku ditunaikan. Sakit hati rasanya bila kehendak hati tidak ditunaikan.
__________________________________________________________________
"Abang, macam mana ni? Akak tak makan lagi ni. Dia tak keluar dari bilik langsung. Abang, saya takutlah dia pengsan ke, gastrik ke," mama menunjukkan rasa risaunya kepada abah. "Hish, awak ni. Tak ada apalah. Dia cuma merajuk je tu. Budak kecil memang macam tu," abah cuba memujuk mama walaupun abah sendiri khuatir dengan keadaan aku. "Abang, apa kata kita pujuk dia lepas tu bawa dia pergi fast food. Jomlah bang," pujuk mama kembali. Abah hanya menggeleng. "Iyalah..kita pujuk dia sama-sama, lepas tu bawa dia pergi fast food, okey?," akhirnya abah mengalah juga.
_________________________________________________________________
Aku menguntum senyuman apabila berdiri di dalam restoran terkenal itu. Berjaya juga helahku. "Akak nak beli apa?," tanya abah lembut. Aku lantas menyembunyikan senyumanku itu. Takut disedari oleh abah. "Akak nak beli ayam goreng..lepas tu kentang putar , ehmm..apalagi ye? Haa..akak nak beli aiskrim coklat dengan chesee burger," pintaku tanpa memperdulikan abah.Bagiku yang penting, apa yang ku hajati tercapai. Apalagi adik tidak ada untuk menggangguku. Sebelum pergi tadi, aku memujuk mama supaya meninggalkan adik di rumah untuk dijaga oleh nenek kerana adik sedang tidur. Abah dan mama saling berpandangan, akhirnya abah mengangguk tanda setuju.
__________________________________________________________________
"Akak dah puas hati?," tanya abah setelah kami sekeluarga berada di dalam kereta. "Sebenarnya, akak nak beli lagi..tapi cukuplah ni je," kataku acuh tak acuh. Langsung tidak ada sedikit pun ucapan terima kasih yang meniti dibibirku. Mama terdiam. Dia tidak tahu ingin berkata apalagi. "Abang, nanti singgah kedai bunga tu ye. Saya nak beli baja sikit," kata mama setelah abah menghidupkan enjin kereta. "Okey..nanti.." belum sempat pun abah menghabiskan ayatnya aku mencelah. "
Tak boleh, akak dah lapar ni. Nanti gastrik siapa susah. Ma, kita pergi lain kali ye?." Mama tersentak mendengar kata-kata aku. "Ye lah, kita tak payah pergi kedai tu. Kita terus balik rumah," balas mama. Dia tidak mahu aku merajuk seperti tadi, kerana kasih sayangnya dia sanggup mengetepikan kehendak dirinya demi aku. Aku mengukir senyuman paling manis di dunia. Tidak sabar rasanya ingin ku nikmati kelazatan fast food ini. Hanya kerana fast food, aku sanggup mengecewakan hati mama. "Abah, pinjam telefon bimbit boleh tak? Akak bosanlah. Akak nak main game," pujuk aku. "Nah..." Tiba-tiba telefon itu jatuh dari tangan abah. "Abah, telefon tu jatuhlah kat bawah kaki abah," ucapku dengan harapan abah mengambilnya. Abah hanya mendiamkan diri tanpa memberi respon. "Abah..cepatlah. Akak nak main game ni," marahku kepada abah. "Abah sedang memandu kereta, bahayalah sayang. Akak main dekat rumah ye," pujuk mama. "Akak nak main sekarang!," aku membentak. Abah membongkokkan sedikit badannya untuk mencapai telefon bimbit yang berada dikakinya. "Susahlah," kata abah.
"Abang, tak payahlah. Jangan dilayan sangat akak ni," kata mama apabila melihat abah sedaya upaya abah cuba mendapatkannya Aku memuncungkan bibir apabila mama berkata begitu. "Tak apelah, akak merajuk lagi nanti, " balas abah pula. Tiba-tiba.... " TON!! TON!!!" " Abang, ada lori depan tu!!!!," jerit mama apabila melihat sebuah lori kontena dari arah bertentangan sedang membelok ke simpang di hadapan kereta abah. Tapi semuanya sudah terlambat, abah tidak sempat menekan brek kereta.
__________________________________________________________________
"Akak, kenapa menangis ni?." kehadiran adik membuatkan aku tersedar daripada lamunan. "Adik..," ucapku perlahan. Adik menyapu perlahan air mata yang mengalir dipipiku ini. "Akak teringat arwah mama dengan abah ke?," duga adik. Aku mengangguk perlahan. "Akak, sabarlah. Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Tiada siapa yang bersalah dan tiada siapa yang dipersalahkan. ALLAH sayangkan mereka. Mungkin dengan pemergian mereka kita lebih pandai berdikari dan lebih pandai menghargai seseorang itu selagi dia masih ada di dunia ini." Air mataku mengalir lebih deras tanda terharu mendengar kata-kata adik.
Adik yang dulu aku jauhi, kini dialah yang memberikanku semangat agar aku terus kuat berdiri tabah mengharungi dugaan hidup. "Akak, kita doakan agar arwah abah dengan mama tenang di sana ye?," pinta adik. "Amin," aminku di dalam hati. Abah, mama. Akak minta maaf di atas segala kesalahan akak pada abah dan mama. Akak tidak mampu mengubah segalanya. Kalau akak tahu apa yang bakal terjadi, akak tidak akan berbuat begitu sama sekali. Tetapi, siapalah akak. Akak berdoa supaya Maha Esa menempatkan abah dan mama ditempat hamba-Nya yang beriman. Amin.

Selasa, 15 Disember 2009

Bahana Kad Kredit

Zaman Gembira :

Kamarul, esok result keluar.” Suara Imran kedengaran di hujung corong telefon. “Kalau ada yang sangkut, habislah aku, extend 6 bulan lagilah.” Nafas Kamarul seakan tersekat-tersekat apabila mendengar kata-kata Imran tadi. Kamarul berdebar-debar, dia sudah tidak sanggup lagi burning the midnight oil. Apabila keputusan keluar pada keesokan harinya, ia benar-benar bermakna bagi Kamarul.

“Alhamdulillah, aku lulus.” Bagaikan arus sejuk singgah di kepalanya, dengan kelulusan itu Kamarul dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Sejak hari itu, berpuluh-puluh permohonan kerja resume dihantar ke syarikat-syarikat besar. Akhirnya dia mendapat kerja di syarikat di Petaling Jaya, sebagai eksekutif dengan gaji RM1,500. Disebabkan tiada pengangkutan awam ke tempat kerja dari rumahnya, Kamarul membuat keputusan membeli sebuah motosikal yang berharga RM 3,500. Dia kekurangan wang lalu ingin meminjam daripada ibunya sebagai wang pendahuluan dan membayar bakinya dengan ansuran bulanan sebanyak RM200 selama 3 tahun. Ibunya memberikan RM3,500 kepadanya supaya membeli motor itu secara tunai. Apabila ada masa terluang pada hujung minggu, Kamarul pergi ke pusat membeli-belah bagi bermain boling dan menonton filem.

Pada suatu hari dia diperkenalkan dengan kad kredit, selepas diberitahu dia tidak perlu membayar satu sen pun bagi memilikinya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Kamarul pun bersetuju. “Encik boleh faks satu salinan borang EA (borang pendapatan). ” Lebih kurang dua minggu kemudian, kad kredit itu sampai dan dia pergi ke bank bagi mendapatkan nombor PIN kad itu. Sejak hari itu, kad itu tersimpan kemas tidak terusik di dalam dompetnya. Kini hampir setahun ia tersimpan di dalam dompet tanpa menggunakannya.

Genap setahun bekerja di Syarikat ABC, Kamarul membeli sebuah kereta. Dia sudah tidak tahan dengan kepanasan cuaca dan terpaksa berteduh di bawah jambatan setiap kali hujan lebat. Harga kereta : RM 53,000 Wang Pendahuluan: RM 1,500 Tempoh : 9 Tahun (108 bulan) Ansuran : RM 624 Sejak memandu kereta, Kamarul mula menggunakan kad kredit bagi mengisi minyak keretanya. Sekiranya dahulu, dia membayar tunai kerana RM5 cukup bagi satu tangki minyak motornya, tetapi sekarang RM50 pun belum penuh satu tangki keretanya. Kamarul membayar minyak petrol keretanya menggunakan kad kredit dan menjelaskan bilnya apabila mendapat gaji pada hujung bulan. Pernah sekali kad kreditnya tidak dapat digunakan. Selepas kejadian itu, dia memohon satu lagi kad kredit dari bank yang lain. Sekiranya salah satu kad kreditnya rosak ataupun tidak diterima, dia masih ada satu lagi kad kredit yang dapat digunakan.

Zaman Bangga Gila :Seperti biasa, setiap tahun, gajinya akan naik di antara 5 – 9%. Kini gajinya RM 2,750. “Alhamdulillah dengan umur 26 tahun, aku sudah mendapat gaji sebesar ini.” Hatinya benar-benar puas. Jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Apabila sampai waktunya, semua remaja akan bersatu termasuklah Kamarul. Dia bertunang dengan Balqis dengan menetapkan hantaran kahwin sebanyak RM6,666.

Semasa dalam pertunangan, Kamarul membuat satu pinjaman peribadi bagi urusan perkahwinannya. “Alhamdulillah, pinjaman aku lulus.” Kamarul merasa gembira pinjaman peribadi sebanyak RM 15,000 dari sebuah bank tempatan diluluskan. Dia memerlukan duit yang banyak bagi menampung kos hantaran dan majlis perkahwinannya yang akan diadakan secara sederhana. Selepas berkahwin dengan Balqis, Kamarul membawa isterinya ke Kuala Lumpur dan mereka menyewa rumah teres setingkat dengan kadar sewa sebanyak RM 600 sebulan.

Seperti kebiasaan pada setiap pasangan baru berkahwin, terdapat banyak kekurangan yang perlu disediakan bagi keselesaan hidup berdua. Semasa bujang dia banyak menggunakan televisyen, mesin basuh dan peralatan lain yang dimiliki oleh rakan-rakan serumah. Selain daripada keretanya, harta bujangnya adalah sebuah radio. Rumah Kamarul sunyi sepi, sekiranya dahulu balik dari tempat kerja, dia dapat menonton televisyen. Tetapi kini, selepas sembahyang Isyak, mereka terus masuk tidur. Tidak sampai seminggu, dia pulang dengan sebuah TV berjenama 29 inci. Hatinya puas apabila melihat senyuman Balqis yang sedang menonton drama kegemarannya itu. Setiap hari dia terpaksa membeli lauk dan sayur-sayur kerana dia tidak mempunyai peti sejuk bagi menyimpannya.

Akhirnya dia membeli sebuah peti sejuk yang besar dan selesailah sudah satu lagi masalahnya. Semasa bujang, dia menghantar pakaiannya ke kedai dobi, kini pakaiannya dibasuh di lantai bilik air yang sempit. Tidak tahan dengan keadaan itu, dia membawa pulang sebuah mesin basuh automatik yang dapat memuat muatan sehingga 7 kilogram. “Sayang, comforter pun kita boleh basuh dengan mesin ini, tidak payah lagi hendak hantar kedai dobi.” Kamarul memberitahu isteri kesayangannya. “Mana abang dapat duit beli semua ini? Abang dapat bonus, ya?” tanya si isteri. Kamarul menjawab sambil tersenyum, “Alah, abang ambil di Court, bayar ansur-ansur. ” “Kalau macam itu, boleh tak abang ambil microwave satu, senang lauk sejuk boleh kita panas, tahan lama sikit, tak payah buang.” Balqis meminta. “Yelah sayang, nanti hujung minggu ini kita pergi ambil.” Setiap kali ada jualan murah, Kamarul mengambil kesempatan membeli barangan dengan harga yang murah.

Kamarul sudah tidak lagi membayar semua perbelanjaannya melalui hutang kad kredit. Dia hanya membuat bayaran minimum kad kredit setiap kali menerima gaji. Pada masa ini dia sudah mulai mempunyai hutang kad kredit. Semasa di tempat kerja, seorang rakan menegur, “Kamarul, engkau sudah buka e-mel?”, tanya si Man. “Kenapa Man? Boss declare bonus ke ?”. Biji mata Kamarul hampir terkeluar apabila membaca e-mel daripada pihak pengurusan yang tertera 2.5. Dalam hatinya. “Ni bukan 1 bulan tapi 2.5 bulan.” Muka Kamarul berubah berseri-seri . “Wow, banyak ni, orang kaya barulah kita.” Sejak duit bonus sudah masuk ke dalam akaun semalam, Kamarul tidak dapat duduk diam. Dia asyik terkenangkan duit bonus itu.
Akhirnya dia menjual keretanya dan membeli kereta 1.6 Automatik. Seperti biasa, bayar duit pendahuluan serendah yang mungkin dan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga maksimum. Enam bulan selepas berkahwin, Kamarul membawa isterinya ke klinik pakar. Betapa gembiranya apabila doktor memberitahu isterinya mengandung. Setiap bulan Kamarul membawanya ke klinik pakar bagi memastikan kesihatan kandungan isterinya. Klinik ini menerima pembayaran melalui kad kredit.

Apabila sampai waktu bersalin, Kamarul memilih hospital swasta demi keselesaan isteri tercinta melahirkan zuriatnya yang pertama. Dia mengambil pakej tiga hari dua malam yang berharga RM 2,500 bagi bersalin secara normal. Akhirnya isterinya melahirkan anak lelaki yang comel seberat 3.2 kilogram melalui pembedahan Caesaran. Kamarul menggunakan salah satu kad kreditnya bagi membayar kos hospital yang berjumlah RM4,863.50. Daripada lampin sehinggalah ke susu, semuanya berjenama dan berkualiti demi puteranya pewaris keturunan. Kamarul berjaya mendapat kerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat gergasi dengan gaji permulaan RM3,900.

Bagi meraikannya, dia membawa isteri dan anaknya makan besar di sebuah restoran makanan Jepun. Pembayaran dibuat dengan menggunakan kad kredit berjumlah RM 258.70. Sudah tujuh tahun dia tinggal di rumah sewa dengan isteri dan anaknya. Sudah tiga kali dia berpindah, dari rumah teres setingkat tiga bilik sehinggalah rumah teres dua tingkat empat bilik. Daripada sewa RM 600 sehinggalah kini dia membayar RM1,000 sebulan. Terdetik juga di hatinya, “Sampai bila aku nak hidup dengan menyewa?” Dia pergi ke bank menanyakan jumlah pembiayaan bagi sebuah rumah teres satu tingkat yang berharga RM 130,000. Alangkah terkejutnya apabila mendapati dia layak membuat pinjaman membeli rumah yang cantik, besar dan mahal. Apa lagi, dia pun membeli sebuah rumah teres dua tingkat berharga RM 176,000 dengan ansuran sebanyak RM1,233 selama 30 tahun. Semasa rumah sedang dalam pembinaan, dia membayar RM 700 sebulan bagi faedah selama dua tahun.

Akhirnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian, pihak pemaju perumahan menyerahkan anak kunci rumah idamannya tiga bulan lebih awal daripada yang termaktub dalam perjanjian jual beli. Banyak juga barang yang tidak dibawa bersama ke rumah baru ini. Peti sejuk, mesin basuh dam sofa yang sudah usang tidak terkecuali disenaraikan dalam barangan yang akan dibuang. Kamarul dan Balqis ingin memastikan mereka sekeluarga berpindah ke rumah baru dengan gembira dan selesa. Apa tidaknya, daripada sofa sehinggalah katil anak-anaknya, semuanya baru. Dengan ‘Skim Bayaran Mudah’, Kamarul dapat mengambil barangan bernilai hampir RM 15,000 dan hanya perlu membayar RM 419 setiap bulan secara ansuran selama 5 tahun. Harga barang asyik meningkat, belum cukup bulan duit sudah habis.

Bermula pada saat itu, Kamarul mula berjinak-jinak dengan kad kredit. Sekiranya dahulu kad kredit digunakan bagi membayar petrol kereta, kini bayaran servis kereta, bil telefon, bil elektrik sehinggalah barangan dapur semuanya dibayar dengan kad kredit. Setiap kali mendapat gaji, Kamarul memastikan pembayaran minimum dibuat bagi setiap kad kredit yang dimilikinya. Kamarul dan Balqis sangat gembira semasa menyambut kelahiran anaknya yang keempat. Akhirnya Kamarul menukar lagi keretanya dengan membeli sebuah MPV yang berharga RM 100,000 lebih. Memang cantik, besar, selesa, dan kuasa enjinnya pula adalah 2.5cc. Dia menggunakan duit lebihan dari kereta 1.6 Automatiknya yang dijual. Ansuran bulanan hanyalah RM1,271 bagi tempoh 9 tahun. Lagipun dia baru menerima kenaikan gaji sebanyak 5% (gaji baru RM4090).

Pada suatu hari, berita memaparkan kenaikan minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol. Perbelanjaan petrolnya sudah meningkat tetapi tidak dirasainya kerana pembayaran dibuat menggunakan kad kredit. Sehingga kini, dia masih tidak tahu berapa jumlah yang dibelanjakannya bagi minyak keretanya setiap sebulan. Dari hari ke hari, hutang Kamarul semakin meningkat disebabkan semua perbelanjaan dicajkan kepada kad kredit. Dia pula hanya membayar dengan bayaran minimum dan juga dikenakan dengan kadar faedah yang tinggi. Hutang semakin bertambah dan kini sudah setinggi gunung. Dia sudah tidak mampu mengira jumlah hutang sekarang. Lalu datanglah idea memotong separuh daripada hutangnya. Pinjaman perumahan yang sudah tinggal RM 90,000 dibiayai semula.

Harga pasaran rumah itu pada masa ini adalah RM 280,0000. Dia mengambil pinjaman sebanyak RM 240,000 dan menyelesaikan pinjaman perumahan di bank lama sebanyak RM 90,000. Baki RM130,000 digunakan membayar hutang kad kredit, skim bayaran mudah, pinjaman peribadi dan kereta. Duit selebihnya digunakan bagi mengubahsuai rumahnya. Dia menyangkakan membuat keputusan yang bijak. “Aku sudah membuat keputusan yang bijak, semua hutang aku bayar. Cuma hutang rumah bertambah sikit, ansuran tinggi sikit, tempoh ansuran bertambah sikit dan kadar faedah (keuntungan) yang dikenakan sikit sekiranya dibandingkan dengan dahulu, semuanya sikit-sikit sahaja.” Kamarul mengelamun seketika sambil menghirup kopi panas di kawasan beranda rumah yang sudah diubahsuai. Jangan lupa sikit-sikit lama-lama jadi bukit… . Kamarul terjebak semula dengan hutang kad kredit. Dahulu dia merasakan dialah pengguna yang bijak, rupa-rupanya pengguna yang sudah dipijak.
Kini hampir setiap hari dia diganggu oleh panggilan daripada bank yang memintanya membayar ansuran yang tertunggak. Bagaimana dia hendak bayar, sekiranya hutang bagi satu kad kredit sudah mencapai beribu-ribu ringgit. Dia pula memiliki enam kad kredit. Belum lagi dicampur dengan hutang sofa, katil dan lain-lain yang diambil dengan skim bayaran mudah. Ia sudah pun tertunggak selama dua bulan. Pulang dari kerja, dia dikejutkan lagi dengan surat-surat hutang. Kandungan surat itu memintanya menjelaskan hutang dalam masa 14 hari ataupun mereka akan mengambil tindakan saman.

Zaman Gabra :Segala simpanannya dikeluarkan bagi mengelakkannya menerima surat saman. Ada kalanya dia terpaksa menangguhkan bayaran ansuran rumah supaya dapat menjelaskan ansuran kad kredit yang sudah tiga bulan tertunggak. “Abang, susu Aiman sudah habis.” Balqis berkata pada suatu hari semasa Kamarul pulang dari pejabat. “Kenapa Balqis tidak beritahu awal bulan, sekarang mana abang ada duit!” Dalam poket seluarnya hanya ada RM3, dalam bank RM 16.42.

Dia terpaksa mendapatkan bekalan susu di pasar raya yang menerima pembayaran melalui kad kredit. “Ah, lega… kad kredit diterima” katanya sambil matanya tertumpu pada mesin pembaca kad kredit. Sampai sahaja di rumah telefon bimbitnya berbunyi. Balqis bingung mengapa Kamarul tidak menjawab panggilan itu. “Abang, telefon tu, kenapa tidak angkat?” tegur Balqis. “Biarlah, orang yang menguruskan kad kredit tu. Sudah pukul 7 malam pun masih nak bekerja, susahlah kalau macam ini.” “Sudahlah sehari suntuk bank menelefon bertanyakan ansuran kereta yang dua bulan tertunggak. Bukan aku tidak mahu bayar, tetapi duit bulan ini sudah habis, tunggulah bulan depan,” hatinya berbicara. “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

” Begitulah nasib Kamarul. Sehingga kini, sudah tiga kali dia naik turun mahkamah. Hutang kad kreditnya sahaja sudah mencapai berpuluh-puluh ribu ringgit, tetapi gajinya masih di takuk lama. Kini hanya tinggal satu kad kredit sahaja yang dapat digunakan. Semua keperluannya terpaksa dibayar melalui kad kredit. Faedah yang perlu ditanggung lebih daripada RM500 sebulan itu belum dicampur pokok yang perlu dibayar. Dia merasa takut apabila dilanda musibah kerana tidak mempunyai duit simpanan. Apabila keretanya rosak, dia tidak dapat menggunakan kad kredit kerana semua kad kreditnya sudah hampir mencapai had maksimum.
Dia terpaksa menangguhkan pembayaran ansuran rumah dan kereta dan menggunakan duit gaji itu bagi membaiki keretanya. Kemalangan, kena saman, kereta rosak, anak masuk wad, ahli keluarga sakit dan insurans kereta tamat adalah perkara-perkara yang mampu membuatkan dirinya tertekan. Kini, satu-satunya kenderaannya baru sahaja ditarik. Bagi mengurangkan kos, dia menghantar anak dan isterinya balik ke kampung buat sementara waktu. Sebenarnya dia tidak sanggup berpisah dengan mereka tetapi dia terpaksa. Dia sudah mendapat notis dari bank bagi mengosongkan rumah kerana ia akan dilelong.

Zaman Derita :Di kala Kamarul memerlukan sokongan daripada orang yang tersayang, dia diuji lagi dengan ujian yang besar. Isterinya memohon cerai kerana tidak tahan dengan keadaan hidup mereka yang semakin susah. Dia sudah tidak mampu memberi keperluan zahir kerana duit gajinya terpaksa digunakan membayar hutang-hutang itu. Dipendekkan cerita, pada 23 Ogos yang lepas, dia diisytiharkan muflis. Dia berasa sangat malu melihat namanya terpampang di dada akhbar-akbar tempatan. DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA DALAM KEBANKRAPAN NO X-XXXX-XXXX BER: SI POLAN BIN SI POLAN (NO. K/P XXXXX-XX- XXXX) … .Penghutang EX-PARTE: XYZ BANK BERHAD … … … ..

Habis semua harta Kamarul dilelong bagi membayar balik segala hutangnya. Selepas rumah dan keretanya dijual, dia masih berhutang sebanyak RM 45,000. Kamarul berasa sangat tertekan. Dia merintih, “Mana aku hendak letak lagi muka aku ini, nama aku sudah tidak ada nilai lagi. Sekiranya dahulu dunia ini satu pinjaman, maka aku pinjamlah. Tetapi, kini aku sudah tidak ada apa-apa lagi. Hidup aku porak-peranda kerana hutang. Oh, malangnya nasibku, seorang yang mempunyai ijazah tetapi akhirnya kecundang. Tetapi kenapa yang banyak kecundang adalah orang yang berpendidikan tinggi seperti aku ? Harga diri aku sudah tergadai.” “Wahai cucuku, setiap yang lahir ke dunia ini dimuliakan oleh Tuhan dengan maruah. Tetapi yang menjatuhkan dan menggadaikannya adalah kita. Tuhan tidak pernah ingin perkara yang tidak baik kepada kita, hanya kita yang menghancurkan diri kita. Bertaubatlah, sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan pengampun.” Suara seorang tua berpakaian serba putih yang muncul dalam mimpi semalam masih terngiang-ngiang di corong telinga Kamarul. Ketika ini terdengar di corong telinga Kamarul. “Roh seorang Muslim… ” “Ya Allah, janganlah ambil nyawaku pada masa ini. Aku benar-benar takut sekiranya Tuhan mengambil nyawa aku pada masa ini kerana aku mungkin menjadi muflis di dunia dan akhirat.” Hidup aku Porak Peranda Keranamu Hutang !

Sinopsis Kewangan Kamarul ( Melalui 4 Fasa):Fasa 1Kais sebulan makan sebulan setengah. Sekiranya dahulu, pendapatan dan perbelanjaan Kamarul dapat diibaratkan ‘Kais bulan makan sebulan setengah’. Tetapi selepas setahun di alam pekerjaan, Kamarul mengorak langkah dengan meningkatkan satu demi satu perbelanjaan tetap seperti ansuran kereta. Pada masa ini, Kamarul dapat menyimpan sebahagian daripada duit gajinya setiap bulan. Dia tiada hutang lain kecuali keretanya.

Fasa 2Kais bulan makan bulan. Selepas dua tahun, akhirnya K
amarul diibaratkan ‘kais bulan makan sebulan’. Gaji bulanannya hanya cukup membayar perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan melalui kad kredit yang semakin bertambah. Pada masa ini Kamarul tidak mampu lagi menyimpan kerana duit gajinya yang diperuntukkan bagi menyimpan telah dikikis oleh hutang kad kredit. Dia membayar balik segala perbelanjaan yang dibeli melalui kad kredit pada setiap bulan. Hutangnya pada masa ini adalah kereta dan rumah.
Fasa 3Kais bulan makan setengah bulan. Tanpa menyedari hakikat yang satu malapetaka yang teramat besar akan menimpanya tidak lama lagi, dia masih berbelanja tanpa membuat sebarang perancangan. Pada masa ini pendapatan bulanannya hanya mampu menanggung kos perbelanjaannya bagi setengah bulan manakala baki separuh lagi gajinya digunakan bagi membayar ansuran hutang. Dalam masa yang sama, dia terpaksa berhutang bagi separuh daripada keperluan yang tidak mampu dibayarnya dengan tunai. Akibatnya hutang kad kreditnya bertambah dari hari ke hari. Sekiranya dia memilih melambatkan pembayaran hutangnya, surat saman akan sampai kurang daripada tujuh hari. Ini kerana hampir semua ansuran hutangnya tertunggak 2 bulan.

Fasa 4Kais bulan boleh makan seminggu. Sekarang Kamarul benar-benar di persimpangan, ¾ daripada gajinya digunakan bagi membayar ansuran minimum ataupun yang sudah tertunggak 3 bulan. Hanya tinggal suku daripada gajinya bagi makan, minum, pakai dan memenuhi keperluan asas yang lain. Gaji masuk setiap 28 haribulan. Pada 29 haribulan, duit dalam akaun sudah tinggal RM 78.42. Pada masa ini, Kamarul diwartakan sebagai muflis. Bukan kebaikannya yang dipamerkan di dada-dada akhbar tetapi hutang piutang yang tidak mampu dibayarnya.
Kredit kepada blog al-banjari
(Kredit kepada isuhangat.net juga)

Isnin, 30 November 2009

Kisah DiSebalik Hantaran Al-Quran

Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.. “Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran. “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah. “ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin. “Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.. “Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ... “Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum. “Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain. “Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah. “Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya. “Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid. “ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil. “Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. “Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba. Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai. “Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. “Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad “Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu. “Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih. “Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku. “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad Surah Ar Ra'd “ Apa benda nih ” detik hati Nabil. “ Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA... RIII..!! ” berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas. “ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya. “ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad. “ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya. Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari. Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.' Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk. Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.' Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.' Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ......kerana Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'. 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' May Allah bestow this favour on all of us.
Jurnalcomot berkata : Bila Jrnlcmt senang nanti,akan susun allign dan paragraph dia.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Al-Kisah,Ibu Dengan 3 Menantu

Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.
Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

Ahad, 18 Oktober 2009

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi Untuk Nabi Adam AS

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Selanjutnya Disini.....

Kredit: Koleksi Artikel Hangat dan (Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

Jumaat, 25 September 2009

The story of Shaykh Abdullah Al-Andalusi (Rah)

The story of Shaykh Abdullah Al-Andalusi (rah)
Adapted from Aap Beeti

This is a story filled with lessons and warning, anyone who is in a high position of academic activity or in Tasawwuf or in any other service of Deen will derive benefit and guidance from it. They will learn that it is of utmost importance for one to avoid thinking of others as being inferior to him. They should always remember the advice of Shaykh Shahabuddin Suhrawardi (rah), the spiritual guide of Shaykh Saadi (rah): "Never become self-conceited and never look down upon anyone else."

This story takes place at a time when piety, trust and righteousness was quite prominent in the lives of the people. In every town there were numerous Ulema and pious men, especially in Baghdad, which at the time was the seat of the Islamic State. It was a gathering place for the jurists, scholars of hadith, and the saints. In this city among all these pious people, was one Abu Abdullah Al-Andalusi (rah), who had thirty khanqahs (spiritual retreats) in Baghdad. In addition he was a well-known scholar and muhaddith and it said that the number of his disciples was 12,000. He knew 30,000 hadith by heart, and could recite the Quran in all the various 'Qiraats'.

On a certain occasion he was going on a journey and was accompanied with a large crowd of attendants among whom were the well-known Junayd Baghdadi (rah) and Shibli (rah). Hadrat Shibli (rah) continues the story: "Our caravan was travelling along quite nicely, safely and comfortably until we passed by an area where Christians were residing. It was already time for Salaah, but because of the unavailability of water, we had not performed it yet. When we reached the Christian village, a search was made for water. We went about the village and discovered the town had many temples, sun-worshipping altars, synagogues and churches. Some of them worshipped the sun, some were worshipping the fire, and some were directing their pleas at the cross. We passed all this and reached the outskirts of the town, where we found a well and a few girls drawing water for people to drink."

Shaykh Abu Abdullah's (rah) eyes fell upon one of the girls who stood out from the rest through her exquisite beauty. She was dressed in beautiful clothes and adorned in jewelry. The Shaykh (rah) asked the other girls who she was. They replied: "This is the daughter of our chief". The Shaykh (rah) replied: "Then why did her father degrade her to such an extent that she has to sit by the well and give people water to drink?"

The girls replied: "He does not want her to sit around and be proud and boastful of her father's possessions". Hadrat Shibli (rah) says: "The Shaykh (rah) sat down with his head bent forward and remained silent like that for three days. At the time of Salaah he would perform his Salaah." On the third day becoming despondent with his situation, I decided to speak to him. I said: "O Shaykh, your mureeds (disciples) are very worried and perplexed at this continued silence of yours. Please speak to us. What is the problem?"

The Shaykh (rah) replied: "My beloved friends! For how long can I keep my condition hidden from you? My heart has become filled with love for the girl we saw the day before yesterday. So much has this love filled me that it is in control of all my limbs. It is not possible for me under any circumstance to leave from here." Hadrat Shibli (rah) replied: "Our leader! You are the spiritual guide of all Iraq. You are known for your piety, knowledge and virtues. Your disciples number over 12,000. I beg you through the Holy Quran not to disgrace us." The Shaykh (rah) replied: "My beloved friends, your lot and my lot has already been sealed by fate. The cloak of sainthood has been removed from me and the signs of guidance have been taken away from me. What has been predestined has come to pass, now I am nothing." Saying this the Shaykh (rah) started weeping bitterly.

When the people heard of our return, they turned up in large numbers at the outskirts of the city to come and meet the Shaykh (rah) . They saw that he was not with us and asked about it. We told them the entire story. They was a lot of sorrow and crying. Many fell down in prayer begging Allah to guide the Shaykh (rah) to the right path and return him to his former position. In the meantime all the khanqahs were closed down. We were still talking about the Shaykh's (rah) tragedy one year later when we decided to visit that town again and find out how he was. A group of us set forth and after enquiring were told that he was in the woods looking after pigs. We said: "Allah protect us! What has happened? The villagers told us that he had proposed marriage to the daughter of the village chief. The girls father had accepted the proposal on the condition that he would look after the pigs."

"With tears streaming down our eyes, we went to the woods where he was rearing pigs. We saw him with a string of sacred beads around his neck. He stood leaning on a staff as he watched the pigs, standing in the same way in which he stood when he used to deliver the Khutbah for us. This was like rubbing salt into our open wounds."

When he saw us coming towards him he bent his head in shame. We came nearer and said "Assalamu Alaykum." He replied: "Walaykumus salaam". Then Hadrat Shibli (rah) asked: "Shaykh (rah) inspite of your knowledge and virtue what is this that has happened to you?" The Shaykh (rah) replied: "My brothers! I am now no longer driven by my own choice and will. Whatever Allah has desired for me, He has done with me. After having brought me so near to His door, He has now thrown me very far away from Him. Who is there that can overturn the decree of Allah? O my brothers, fear Allah's power and wrath. Never become proud and arrogant regarding your knowledge and virtues. Then turning towards the heavens he said: "O my Lord, I never expected that You will make me so disgraced and despised and send me away from Your door." Then he began crying bitterly and appealing to Allah.

Seeing the Shaykh (rah) in such hopelessness, they left for Baghdad. However on the way they saw the Shaykh (rah) in front of them coming out of a river, where he had just performed a bath. In a loud voice he said: "I bear witness that there is none worthy of worship besides Allah and I bear witness that Muhammad (sallahu alayhi wa sallam) is the Messenger of Allah" The Shaykh (rah) asked us for pure clothing to wear. He then started performing Salaah after which he was asked the reason why he was put through such an intense trial?

The Shaykh (rah) replied: "When we arrived in the village and saw the temples, synagogues and churches and we saw fire-worshippers busy worshipping things other than Allah, a pride overtook my heart. I thought that these people were so foolish to worship lifeless things. At that time I heard a voice inside me saying: 'This Iman that you have, in not part of your virtue or good qualities. All this is merely Our favors upon you. Do not consider your faith to be of your own choosing, that you can now look down upon these people with despising eyes. And if you so wish, We will test you now.' At that moment I felt has if a dove had left my heart and flew away. That was in fact my Imaan."

Hadrat Shibli (rah) relates: "Thereafter our caravan arrived in Baghdad with great joy all around. All of his mureeds were extremely happy that the Shaykh (rah) had reverted to Islam. He resumed his activities in Tasawwuf, Tafseer and Hadith. The Khanqahs were reopened and in a short while, his mureeds numbered over 40,000."

Selasa, 8 September 2009

Puasa Si Miskin

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Baca Artikel Penuh DiSini

Sabtu, 8 Ogos 2009

Kisah Gagak,Batu Dan Air Yang Hendak DiMinum


Ingat tidak kisah pengajaran yang selalu dimain diTV pendidikan tentang seekor burung gagak yg dahaga kemudian ia terjumpa bekas air dan tidak dapat meminumnya disbbkan airnya yg cetek.Digunakan akalnya,maka dapatlah ia minum dengan meletak batu didalam bekas tersebut,Itu kisah yg jurnalcomot dpt teringat bila tengok foto kat atas ini.Memang real dan gagak ni memang pandai seperti cerita aesop fable tu.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Kisah Nafsu Yang Degil

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN" WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

WALLAHUALAM

Kredit kepada : (isuhangat.blogspot.com)

Selasa, 30 Disember 2008

Gila, Otak,Gaduh

Ada 3 beradik bernama Gila, Otak dan gaduh.Gaduh hilang.Gila dan Otak pergi Balai polis, Otak tunggu kat luar. Gila masuk kedalam jumpa polis. Polis tanya,"ada apa?".Gila cakap " Nak cari Gaduh". Polis cakap "Awak Gila ker?". "Ya,saya Gila".Polis cakap "takde otak ke?".Gila cakap "Otak ada kat luar." Polis blurr...

Rabu, 30 Julai 2008

Salam Israk Mikraj

Peristiwa Isak Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

(Kredit Kepada : http://fullfilth.blogspot.com/)

Selasa, 6 Mei 2008

Kisah Susu Ibu

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le... . Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah... bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

(Sumber & Kredit Kepada : iluvislam.com)

Khamis, 6 Mac 2008

Kisah Kasih Sayang

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.

Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.