شيشخط

Ahad, 6 Mei 2012

Wasiat Islam

Salam..kepada pembaca sekalian,Jurnalcomot ada menyediakan khidmat nasihat ntuk membuat simpanan pendidikan anak-anak dan juga membuat wasiat (bersama Amanah Raya Berhad). Topik kali ini,Jurnalcomot fokuskan kepada membuat Wasiat.

Boleh hubungi Jurnalcmot di nombor 016-393 5773 (24hrs)

WASIAT ISLAM
1) Kenapa saya perlu menyediakan dokumen wasiat?
Jawapan : Kerana setiap manusia akan menemui kematian. Selepas kematian kita, semua harta akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai kecuali harta yang mempunyai penama seperti Amanah Saham, Akaun Lembaga Tabung Haji , tanah, insuran,rumah dan sebagainya. Dokumen wasiat dapat mempercepatkan proses pentadbiran harta pusaka.

2) Adakah Islam mengalakkan menulis Wasiat?
Jawapan : Islam menggalakkan menulis Wasiat. Sabda Rasulullah s.a.w." Seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis
wasiat di sisinya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) Bolehkah saya berwasiat kepada ahli-ahli keluarga terdekat?
Jawapan : Menurut pendapat utama Mazhab Shafie, wasiat sebeginiadalah harus tetapi tidak boleh dilaksanakan kecuali setelah mendapat persetujuan waris yang lain selepas kematian pewasiat. Begitu juga
mewasiatkan lebih daripada 1/3 kepada keluarga terdekat dengan syarat semua waris harus bersetuju.

4) Bolehkah saya menulis Wasiat sedangkan tanggungan saya adalah lebih banyak daripada aset saya?
Jawapan : Anda boleh menulis Wasiat. Akan tetapi tanggungan anda akan diselesaikan dahulu sebelum pembahagian ke atas baki aset boleh dibuat kepada benefisiari.

5) Apakah fungsi penama di dalam KWSP? Bolehkah penamavmendapat kesemua wang daripada akaun KWSP apabila saya meninggal kelak?
Jawapan : Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, penama adalah merupakan orang yang melaksanakan Wasiat simati iaitu sebagai pemegang amanah. Penama tersebut tidak boleh mewarisi kesemua harta tersebut tetapi dia mestilah membahagikan harta tersebut mengikut Faraid.

6)Bolehkah saya mengubah kandungan Wasiat saya?
Jawapan : Wasiat yang sudah ditulis boleh diubah pada bila-bila masa yang anda mahu malahan Islam membenarkan pewasiat membatalkan Wasiatnya ketika masih hidup.

7) Apakah itu Wasi dan apa peranannya?
Jawapan : Wasi ialah individu atau organisasi yang dipercayai dan berperanan untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka serta menjalankan arahan-arahan lain di dalam dokumen wasiat.

8) Apakah fungsi dokumen wasiat?
Jawapan : Fungsi dokumen wasiat yang utama ialah pengistiharan hasrat pewasiat di dalam pentadbiran harta selepas kematiannya. Di dalam dokumen wasiat boleh dinyatakan perlantikan wasi, pengisytiharan
harta sepencarian, cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak dan pendidikan anak malah bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan di dalam dokumen
wasiat.

9) Siapa yang perlu membuat wasiat?
Jawapan : Membuat wasiat adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. oleh sebab itu kita sebagai umat baginda Sunat mengikutinya. Tetapi penekanan yang lebih kepada mereka yang memiliki harta, ibu atau bapa tunggal, pasangan yang tiada anak, pasangan yang mempunyai anak angkat/tiri, pasangan yang tiada anak lelaki dan pasangan yang mempunyai anak bawah umur 18 tahun.

10) Berapa lamakah proses pentadbiran pusaka ini akan selesai sekiranya tanpa dokumen wasiat?
Jawapan : Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 2 hingga 6 tahun. Walau bagaimanapun kami selalu juga
terjumpa kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 12 tahun untuk diselesaikan.