شيشخط
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Rabu, 8 Ogos 2012

Ada Apa Dengan Jin?

Untuk Pengetahuan Kita Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... . ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat kayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam.. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

12 Kaum Yang DIBinasakan Allah

1.Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh (Surah Al-Ankabut : 14).
2. Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).
3. Kaum Nabi Salleh
Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).
4. Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (Surah Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).
5. Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (Surah AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).
6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).
7. Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (Surah Al-A’raaf: 163).
8. Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.
Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah (Surah Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).
9. Ashab Al-Ukhdudd
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (Surah Alburuuj: 4-9).
10. Ashab Al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Surah Yaasiin: 13).
11. Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (Surah Addukhan: 37).
12. Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (Surah Saba: 15-19).

Rabu, 1 Ogos 2012

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud  Wahai akal mengadaplah engkau. Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T, kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud  Wahai akal berbaliklah engkau!, lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud  Wahai akal! Siapakah aku? Lalu akal pun berkata, Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud  Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud  Wahai nafsu, mengadaplah kamu!. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud  Siapakah engkau dan siapakah Aku. Lalu nafsu berkata,Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.
Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud  Siapakah engkau dan siapakah Aku. Lalu nafsu berkata, Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.
Lalu Allah S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud Siapakah engkau dan siapakah Aku. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,  Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.Tmewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
 

Sabtu, 21 Julai 2012

7 Persoalan Dari Wanita dan Satu Jawapan Dari Seorang Lelaki

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Jumaat, 19 Februari 2010

Jarak Antara Duinia Dan Akhirat

Jabir bin Abdullah berkata, “Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih.

Lalu dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata: “Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?”

Maka Rasulullah SAW pun bersabda,”Dunia itu adalah impian orang yang tidur.”

Bertanya orang itu lagi, “Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Satu kumpulan manusia yang berada didalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada didalam Neraka Sa’ir.”

Orang itu bertanya lagi, “Apakah Syurga itu?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini.”

Bertanya orang itu lagi, “Apakah Jahanam itu?”

Maka bersabda Rasulullah SAW, “Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya.”

Bertanya orang itu lagi, “Siapakah sebaik-baik umat ini?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT.”

Orang itu bertanya lagi, “Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah.”

Orang itu bertanya lagi, “Seberapakah ketentuan taat itu?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah.”

Bertanya orang itu lagi, “Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Hanya sekadar memejamkan mata sahaja.”

Jabir melanjutkan ceritanya, “Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu.”

Rasulullah SAW bersabda, “Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail as, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat.

Bersabda Rasulullah SAW lagi, “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencipta makhluknya yang lebih dibenci selain dunia, bahkan dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya.”

Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal.

Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh, sebab orang yang bodoh hnya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.


Kredit:isuhangat.net

Selasa, 2 Februari 2010

Perubatan Islam Bersama Prof. Haron Din

SIHIR adalah antara penyakit yang sukar untuk dikesan. Namun terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti apakah penyakit yang dialami itu berpunca daripada sihir.
Tidak semua penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus berpunca daripada sihir kerana ada kalanya ia berpunca daripada gangguan 'tumpangan'.

Kenapa makhluk halus mengkhianati manusia serta apakah amalan untuk mengelakkan sihir?

Pertembungan kepentingan antara manusia dan makhluk halus, terutama penerokaan kawasan pembangunan oleh manusia, kerapkali menimbulkan konflik.
Pada zaman mutakhir terdapat banyak tempat terokaan baru manusia sama ada di hutan, di kaki-kaki bukit dan di sungai-sungai menimbulkan perkara-perkara ganjil, termasuk gangguan makhluk halus.

Biasanya selepas diterokai, berlakulah gangguan-gangguan yang ganjil ke atas manusia dan gangguan ini datangnya daripada makhluk halus yang bertindak balas kerana kepentingannya diganggu oleh manusia.

Gangguan makhluk halus itu ada kalanya mempengaruhi mental dan jiwa manusia hingga menyebabkan mereka hilang kewarasan.

Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana dalam beberapa hal ia terbukti wujud hasil interaksi manusia dengan makhluk halus yang menimbulkan gangguan tersebut. Bagaimanapun terdapat juga penganiayaan makhluk halus ke atas manusia berlaku kerana sikap zalim manusia yang lain. Mereka menggunakan makhluk halus sebagai perantaraan sihir, sama seperti yang saya kategorikan sebagai nafath dulu. Nafath adalah lambang sihir.

Sihir dilakukan oleh manusia kepada manusia yang lain dengan perantaraan makhluk halus, biasanya bertujuan menimbulkan kesakitan, seksaan, mengganggu rumah tangga, menimbulkan rasa permusuhan. Ilmu sihir ini sengaja menggunakan makhluk halus untuk menganiaya dan merosakkan kehidupan manusia kerana didorong oleh perasaan zalim.

Terdapat juga gangguan yang terjadi kerana makhluk halus sememangnya sentiasa dengki, hasad dan ingin mengkhianati manusia. Makhluk halus yang paling jahat ialah Afreed.

Untuk menentang gangguan ini manusia hendaklah sentiasa beramal dengan ayat Kursi. Para sahabat melalui sebuah hadis mengamalkan doa dengan mengangkat dua tangan dan membaca tiga Qul iaitu Al-Ikhlas, surah Al-Nas dan Al-Falaq sebanyak tiga kali dan ditiup ke tangan. Selepas itu sapu ke badan bermula di muka, kepala dan kemudian barulah tidur.

Untuk mengelakkan perkara-perkara yang buruk, menjelang senja pintu rumah hendaklah ditutup dan anak-anak kecil hendaklah berada di dalam rumah kerana waktu itu syaitan yang jahat suka mengganggu manusia.
Sekiranya berjalan malam, apabila tiba di pintu rumah hendaklah ucapkan salam walaupun tidak ada orang kerana ahli rumah adalah kita sendiri.

Ada hadis yang meriwayatkan supaya membaca lima ayat awal surah Al-Baqarah diikuti dengan ayat 255, 256 dan 257 dan diakhiri dengan tiga ayat akhir surah yang sama. Bacaan ini dikenali dengan nama Khawatim Al-Baqarah.

Mengenalpasti sihir

PENYAKIT terbahagi kepada dua jenis iaitu rohani dan jasmani. Sakit jasmani biasanya dikenali dengan beberapa tanda yang jelas seperti luka, patah dan sakit kepala.

Sakit yang menyerang rohani pula seperti gangguan jiwa, runsing, hilang maya dan malas beribadat.

Tetapi tidak dapat dinafikan ada beberapa penyakit rohani dan jasmani yang berpunca danpada gangguan syaitan.

Ada dua kaedah mengenalpasti penyakit yang berpunca daripada gangguan syaitan.

Pertama, biasanya sebelum sakit manusia akan mengalami mimpi yang menggerunkan atau ternampak benda-benda yang ganjil dan menakutkan.

Kedua, penyakit mungkin terjadi kerana adanya faktor 'tumpangan' terhadap penyakit yang asalnya berpunca daripada sakit fizikal.

Biasanya setelah 'ditumpang' oleh, gangguan makhluk halus, penyakit tersebut menjadi bertambah teruk dan sukar untuk diubati.

Sakit fizikal itu sepatutnya sembuh dengan kaedah rawatan biasa tetapi kerana gangguan jahat makhluk halus yang 'menumpang' penyakit tersebut merebak dan tidak pulih walaupun diubati berkali-kali.

Sakit fizikal yang berpanjangan ini mungkin terjadi kerana adanya faktor 'tumpangan'.

Ilmu hitam yang diamalkan oleh manusia juga menjadi sebahagian daripada penyakit yang berpunca daripada gangguan jahat makhluk halus.

Contohnya seperti sakit kepala yang sepatutnya sembuh apabila diubati dengan cara biasa tetapi akibat gangguan itu, kesannya berpanjangan dan sukar disembuhkan. Apabila mengalami gangguan yang begini adalah tidak mustahil manusia terkena sihir.

Sihir amat berbahaya kerana serangan jahatnya mungkin bermula dengan sakit yang ringan tetapi boleh merebak dan menyebabkan berlakunya lumpuh. Sihir juga boleh menyebabkan penyakit yang dialami berubah-ubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain di anggota badan.

Malah, serangan sihir boleh berubah ubah dari seorang individu ke individu yang lain. Contoh penyakit mungkin pada mulanya terkena pada ibu tetapi kemudian berpindah kepada suami atau anak-anak.
Bagaimanapun, kaedah rawatan Darul Syifa' tidak akan menekankan kepada mencari siapa yang melakukan sihir.

Saya tidak menggalakkan berlakunya syak wasangka sesama orang Islam kerana itu berdosa.

Saya menasihatkan pengamal-pengamal perubatan Islam supaya tidak menirnbulkan cara rawatan untuk mencari siapa yang melakukan sihir dengan menggunakan pendekatan 'isyarat' seperti 'orang itu agak tinggi, 'rambutnya kerinting' atau 'dia salah seorang saudara anda'.

Kaedah memberikan bayangan seperti itu untuk mencari orang yang disyaki melakukan sihir akan menimbulkan keadaan saling tuduh-menuduh dan mungkin membawa kepada fitnah.

Suasana ini akan memecah-belahkan masyarakat Islam dan akan menimbulkan kesan psikologi yang lebih dahsyat kepada pesakit bila ia menyimpan perasaan meneka-neka siapakab yang tergamak melakukan sihir ke atas dirinya

Tentu amat mengecewakan bagi seseorang sekiranya dia menyedari dirinya tersihir dan kemudian melalui gambaran pengamal perubatan. orang yang disyaki adalah saudara-maranya sendiri

Saya menekankan kepada cara merawat dan melupakan sama sekali usaha-usaha untuk mencari siapakah yang melakukan sihir.

Yang penting kita ingin menyembuhkan penyakit dan bukan mencari siapa yang melakukan sihir. Tersalah tuduh menyebabkan dosa fitnah

• Minggu depan Dr. Haron Din menulis mengenai santau dan rawatan digigit binatang berbisa.

SOALAN:

SAYA mengalami penyakit pening, sejuk kaki dan tangan, gementar dalam badan serta lemah semangat. Apakah kaedah rawatan untuk mengatasinya. -Rosli Ayes, Sjmpang Empat, Perlis.

JAWAPAN;-'

SAUDARA kemungkinan menghidap penyakit lemah semangat. Penyakit ini biasanya menyerang secara perlahan-lahan dan menyebabkan pesakit mengalami lemah tenaga fizikal. Ini berlaku kerana pada asasnya semangat pesakit sendiri sudah lemah.

Kemudian saudara akan mengalami penyakit malas berfikir dan menyebabkan kepala saudara sakit. Sakit kepala ini tidak mungkin hilang walaupun mengambjl setelah mengambil pil penahan sakit.

Anda mungkin juga hilang selera makan dan akan kerap kali loya dan muntah. Pekerjaan jugq akan terganggu Kerana saudara akan kehilangan 'semangat dan melakukannya pada 'separuh jalan sahaja.

Cara pemulihannya ialah: Perlu menanam kembali keyakinan diri dengan bangun pada tengah malam (pukul 1 atau 2 pagi) untuk bermunajat atau tawdjuh (menghadap Allah) dan rriengadu secara serius masalah yang sedang anda tanggung.

Ini kaedah memohon rahmat Allah bagi memulihkan penyakit saudara. Amalkan sembahyang tahajud dan hajat untuk mendapatkan ketenangan.

Baca surah Al-Kahfi dengan ulang berkali kali sebagai penenang jiwa.

Jika saudara melakukan sesuatu walaupun sering lemah semangat pada pertengahan kerja, jangan mengalah tetapi tetapkan pendirian untuk meneruskannya.

Jika masih gagal, saudara boleh mengunjungi, saya di Darul Syifa' untuk rawatan seterusnya.

Alamat Darul Syifa' ialah:
No 5H, Jalan 1/7.D,
Bandar Baru Bangi,
Selangor.

MINGGUAN MALAYSIA AHAD 15 JANUARI 1995

(Kredit Sumber :http://grenbara.bravejournal.com/)

Isnin, 1 Februari 2010

Mandi Wajib Yang Betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejutjika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandiwajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua² keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam GombakTimur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salahsatu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorangitu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman SriKeramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
1:- niat.
2:- menghilangkan najis di badan.
3:-meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:
"Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau
"Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai kemana² bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
" Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
"Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepasdia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnyatidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mulamenyampaikan air keseluruh anggota badannya.
Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah.. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang adapada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kitaada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu² yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang ituditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocangatau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu² dalam lubang hidung pula, tidakwajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu² di dalamhidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalangsampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketikasedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandiwajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidakboleh dibuang begitu mudah.Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnyatidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang airsampai ke rambut.. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresapke rambut , tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarnaitu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza ..Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandiwajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sahatau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebiholeh umat Islam.
Mengenai sebab² seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jaismenegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.. 3 sebab melibatkan lelakidan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana² dengan menggunakan air mutlak samaada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidakmahu mandi wajib, seelok²nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalahsunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kalisehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dankering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Laluberkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya dibibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkautelah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-DOA TENGOK CERMIN
4.. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atautakbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud ASi.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikiankita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu ataupanduan bagi yang baru tahu.......
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia danakhirat.
2.. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalamkubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padangMahsyar. 10..Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12..Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S..W.T..
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai diatas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakanangka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta ceritayang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangankamu yang perasan!!!"
Wassalam. "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalahmereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain

Zina : Bunuh Rasa Malu

Buat dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini?


Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat. Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru”.

Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka. Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua. Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat. Akibat buruk dan bahaya zina:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya. Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya? Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.
Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Na'udzubillahi min dzaalik.

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud?

Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.

Sumber:www.hmetro.com.my* Mohd Zawawi Yusoh merupakan anak kelahiran negeri Terengganu dan berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan Bahasa Al-Quran di UIA. Berpengalaman dalam bidang dakwah dan sering muncul di TV, radio, akhbar dan majalah.

(Kredit kepada:http://iluvislam.com/)

Khamis, 28 Januari 2010

Baling Batu Di Balas Bunga

Bukan baling batu balas dengan bom atau lebih malang baling bom balas dengan batu macam di Palestin dan takde kena mengena dengan pepatah ‘baling batu sembunyi tangan’. Boleh juga dalam kata lain orang kentut dibalas dengan semburan perfume.


Dalam Islam membenarkan Qisas. Qisas ialah membalas semula perbuatan jahat kepada kita tetapi mesti sama. Contohnya jika potong telinga balasannya ialah potong telinga juga. Kalau potong sebelah janganlah potong dua belah telinga pulak. Namun begitu ajaran Islam juga mengatakan sesiapa yang memaafkan perbuatan jahat terhadap dirinya tertutup dosa-dosanya.
Tak sangka Ghandi pun ada mengatakan sebegini, agaknya ajaran Islam pun banyak Ghandi buat rujukan sebab tu beliau disenangi oleh orang Hindu dan orang Islam. Ghandi berpuasa (tiru Islam juga) semasa perang agama Islam dan Hindu hebat di India sehingga perang tersebut damai.


Tapi pemimpin hebat tersebut tidak dapat menandingi malah jauh sangat lagi berbanding dengan pemimpin agung kita Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW dulu bukan baling dengan batu sahaja tetapi dibaling dengan najis pun Rasulullah SAW masih bersabar. Kisahnya ada seorang kafir yang hari-hari baling najis, baling batu kepada Rasulullah , letak duri dan halangan laluan Rasulullah SAW hari-hari. Namun pada satu hari tu, mamat tu tak baling najis kepada Rasullullah. Ya Allah, betapa mulianya Baginda apabila Rasulullah SAW menziarah ke rumah jirannya itu kerana dikhuatiri jirannya tu sakit. Rupanya memang benar dia sakit. Dan melihat keperibadian mulia Rasulullah SAW, beliau terus memeluk Islam masa tu juga.


Nak compare dengan khalifah-khalifah Islam yang empat tu pun tak terbanding.
Selepas era Muawiyah, Islam sudah tidak ada khalifah lagi. Memang sudah ditakdirkan sejak azali kita tiada pemimpin Islam sedunia. Mungkin kerana kita tiada khalifah, walau pun Islam adalah agama yang mempunyai pengganut terbesar di dunia kita tidak segagah dahulu. Umat Islam berperang sesama sendiri, saling menjatuhkan, berebut kuasa sesama sendiri. Sehingga umat Islam digelar pengganas padahal yang menggelar pengganas tersebut ialah negara yang paling ganas sekali kalau tidak takkan mereka mengebom Hiroshima dan Nagasaki sehingga ratusan ribu orang mati. Bukan manusia sahaja malah tiada hidupan bernyawa yang tinggal.

Kredit:isuhangat.net

Jangan Mudah Menerima Hadiah

Pada satu hari, Abu Hurairah – salah seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis, ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. memungut zakat daripada kaum Muslimin.


Selepas menunaikan tanggungjawab itu, beliau kembali bertemu Rasulullah, ketika itu Rasulullah terlihat sesuatu di dalam poket Abu Hurairah, lalu baginda bertanya “Apa yang ada di dalam poketmu wahai Abu Hurairah?”


Abu Hurairah menjawab, “Cuma sebuah hadiah yang diberikan seseorang kepadaku ya Rasulullah. Lalu Rasulullah meminta Abu Hurairah mengeluarkannya dan berkata, “Masukkan juga benda itu ke Baitulmal, ingatlah seseorang tidak akan memberi hadiah kepadamu jika engkau bukan seorang petugas pemungut zakat.”Sikap Rasulullah ini kemudiannya dicontohi oleh Khalifah Umar bin Khattab yang pernah meminta daripada isterinya seutas kalung yang diberikan orang dan menyerahkan kepada Baitulmal, kata Khalifah Umar “Kalau engkau bukan isteri seorang khalifah, mana ada orang yang akan memberikan hadiah kepadamu.”


Demikianlah sifat terpuji dan berhati-hati yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dalam usaha menggelakkan diri mereka terjebak dalam gejala rasuah.


Persoalannya, sejauh manakah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah ini dicontohi oleh sesetengah daripada kita yang mempunyai kuasa dan beragama Islam. Sebenarnya sebahagian besar daripada kita terutamanya mereka yang mempunyai kuasa dan kedudukan jarang sekali berhati-hati dalam soal pemberian hadiah ini.


Bagi mereka, apa salahnya menerima pemberian seseorang atas alasan ia hanyalah satu hadiah kecil atau cenderahati. Mungkin anggapan itu tidak salah, tetapi apakah orang yang memberikan itu benar-benar ikhlas atau hakikatnya mempunyai udang di sebalik batu.


Seseorang tidak akan memberikan sesuatu kepada seseorang lain yang mempunyai kedudukan dan kuasa tanpa sebab, sudah pasti ada sesuatu yang diinginkannya apabila `hadiah’ tersebut diberikan.


Kesudahannya akan wujud gejala rasuah yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Apabila sikap menerima hadiah ini sudah dianggap suatu nikmat maka ia sukar dikikis.


Mungkin dalam usaha untuk menghalalkan perbuatan itu ada di antara kita akan memberikan seribu satu alasan termasuk berpendapat bahawa tidak salah dengan kuasa dan kedudukannya dia menerima hadiah.


Ketika zaman Rasulullah dahulu, para sahabat dan generasi awal Islam menolak menerima hadiah, malah para hakim dilarang untuk dipayung ketika hujan kerana bimbang ia akan menyebabkan timbul rasa terhutang budi sehingga mengakibatkan mereka melakukan berat sebelah dalam menjalankan tugas.


Bayangkan untuk dipayung pun tidak boleh, apatah lagi menerima sebuah hadiah yang pada zaman ini seolah-olah sudah menjadi tradisi dan amalan.


Justeru berdasarkan kepada contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan dalam usaha kita membanteras gejala rasuah yang mampu meruntuhkan sebuah bangsa dan negara, hapuskanlah amalan mudah menerima hadiah ini.


Ingatlah Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa penerima dan pemberi rasuah akan menerima pembalasan yang amat pedih di akhirat kelak.


Wassalam.

Selasa, 20 Oktober 2009

Quran Dalam Versi Flash


Quran Dalam Versi Flash

 Salam untuk semua. 
  
Ini adalah HADIAH & untuk tatapan saudara ku sekelian. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah.  Kita boleh tengok Al-Quran, boleh pilih nak Al-Quran yg mana satu, boleh  buka
muka surat yg kita nak, memang boleh selak-selak muka surat Al-Quran ni & siap ada kanta kalau nak besarkan ayat Al-Quran tersebut.
  Cubalah tengok dulu & click kat url  nie...semoga kita diberkati Allah SWT. 
  
 Selamat membaca. 
  
Kalau tidak keberatan fwdkan kepada kawan2 lain. 
  
Semoga yang mencipta QURAN FLASH ini mendapat pahala dan ganjaran dari ALLAH.

Ahad, 18 Oktober 2009

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi Untuk Nabi Adam AS

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Selanjutnya Disini.....

Kredit: Koleksi Artikel Hangat dan (Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

Selasa, 29 September 2009

AIRMATA RASULULLAH SAW...

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'



Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Isnin, 28 September 2009

Bacalah..

Surah Al-Kautsar
 
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.
 
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.
 
Surah ini disifatkan
sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas
kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
 
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
 
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.
 
2) Jika kita kehausan dan tiada air,
bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.
 
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan
air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
 
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.
 
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 
 
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan
solat.
 
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Sabtu, 26 September 2009

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia
berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari
jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada
waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir
ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)


Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan,
as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk
berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun
solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir
pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam
Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong
untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan
mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit
dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu
saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga
hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh
gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa
keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain.
Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Solatsubuh6_1

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang
bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam
hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh
(iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan
Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara
Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang
secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat
dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah
kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan
senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu
berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan
janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan
daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah
keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan
dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam
at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat
solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita
untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat
Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar
kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah
solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka
seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”
(Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di
hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan
digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang
dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu
yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga
akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami
sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama.
Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana
kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila
kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum
terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka
Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan
solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah
cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang
membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya,
sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis
riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti
dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan
berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.