شيشخط

Jumaat, 4 Januari 2008

Acara komuniti Nuffnang - Traffic Jam di Youth '08

Jurnalcomot ada mengikuti satu aktiviti yang dikenali "Traffic Jam" dari Nuffnang(Website dimana Jurnalcomot berdaftar dengan mereka dan anda dpt tengok contoh Ads Nuffnang di Frame sebelah kiri ini)

Objektif aktiviti tersebut adalah untuk memperkenalkan blogsite-blogsite yang dihasilkan oleh belia Malaysia sendiri,untuk meningkatkan jumlah traffic dan juga pembacaan dimana hasilnya boleh dijadikan pendapatan sampingan dari Nuffnang-blog telah menjadi media baru untuk mendapatkan sumber informasi,rencana terkini dan selayaknya.

Untuk menyertai didalam aktiviti "Traffic Jam" para blogger diwajibkan untuk mendaftar maklumat diri didalam pautan yang ada dibawah ini.

100 blog yang diminati akan dipilih dan akan diperkenalkan di Traffic Jam dimana setiap para blogger akan mewakili dengan satu komputer untuk mempromosikan blog mereka di 'high traffic youth '08' untuk memeriahkan lagi suasana.

Sebagai tambahan, para blogger juga akan menerima RM30 Kad iTalk untuk mencuba iTalk Buddy.

Para blogger juga diwajibkan untuk membuat satu atau lebih rencana mengenai:

1. YOUTH’08: Traffic Jam Blogger Party
2. Penggunaan RM30 kad iTalk melalui iTalk buddy(Contoh:Menelefon kawan dari luar negara,membeli Moji dan selayaknya)
Kesemua 100 bloegger akan di perkenalkan di YOUTH'08: Traffic Jam Zon semasa keseluruhan acara dilakukan pada 18 hb hingga 20 hb Januari 2008)

Setiap blog akan diperkenalkan oleh satu-PC dimana para blogger akan diberi keistimewaan untuk menyelaras blog mereka.(Untuk menarik perhatian undian)

Blog yang paling popular yang diundi oleh umum akan menerima award.

Dan tambahan,blog yang dijanjikan oleh blogsite dan dipilih oleh Nuffnang turut memenangi award.

Hadiah yang lain juga adalah iTalk Buddy Creative Contest yang ditulis oleh 100 blogger dan Tune Money Spend dan Fly dikalangan blogger diluar sana.

Daftar disini.(Klik saya)

Jangan lupa undi Jurnalcomot tau..=-) terima kasih semua..

Tiada ulasan: