شيشخط

Selasa, 19 Februari 2008

Jurnalcomot di ICEPS 2008

iCEPS 2008
'Strengthening Muslim Entrepreneurs in Global Ma
rket Place'
Pada 16hb dan 17hb yang lepas,Jurnalcomot melawat satu program yang dikendalikan oleh para-para siswazah tahun 4 dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dgn kerjasama dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) iaitu Konvensyen Keusahawan Islam(iceps2008) utk kali ke-3 dengan temanya " memperkasakan keusahawanan Muslim di peringkat antarabangsa/global("strengthening Muslim Entrepeneurs in Global Market Place" dimana konvensyen tersebut akan mempromosikan interaksi,perkongsian matlamat dan visi, pengalaman dan idea dalam perniagaan utk pengusaha Muslim.
16hb yang lepas, sekitar jam 7 petang ,penulis sendiri sampai diStadium tertutup nilai dan dari luar stadium,sudah nampak ekspo-ekspo disusun kepada 2 tempat dan gerai diluarsana dapat dianggarkan dalam 100 gerai dan ini tidak termasuk didalam stadium dia tersendiri. Petang tersebut,penulis agak bertuah utk melihat sendiri bagaimana AJK(FEM yr-4) bertungkus-lumus utk memastikan segalanya berjalan dengan baik dan lancar. Kebetulan malam tu,ada konsert nasyid yang dipersembahkan oleh kumpulan Nowseeheart,Hafiz Hamidun, Instinct dan Interaksi (kumpulan nasyiod yang dilahirkan dari USIM dan mempunyai album). dan harga tiket amt berpatutan dimana Kanak-kanak:MYR5 Undergraduate:MYR7 dan Dewasa:MYR10.Disini,Jurnalcomot ada mengambil beberapa gambar yang sempat dirakamkan dan dapat dilihat di bwh kolum Jurnal kali ini.
Ke-esokannya pada 17hb,Penulis sekali lagi hadir utk iceps 2008,kali ni,sekitar 10.45 am penulis sudah sampai dan aktiviti seperti dirancang,mereka ada pertandingan autoshow,sukaneka,gunting rambut bergerak,persembahan kebudayaan oleh usim , derma darah(Jurnalcomot sempat utk menderma darah) dan banyak lagi( tidak dapat di-ingat oleh penulis) Sempat jugak penulis membeli beberapa barang pada hari tersebut dan meluangkan masa dan menyokong program FEM tahun-4 ini terutama sekali kepada buah-hati Jurnalcomot sendiri.=-)
Pada 13hb dan 14hb,Jurnalcomot tidak sempat hadir pada konvensyen tersebut atas beberapa sebab(Kelas & kemudahan perjalanan) tapi walau apa-apa pun, program iceps 2008 berjalan dengan baik dan tenang dari mata penulis sendiri. Dibawah sini,ada beberapa foto yang sempat dirakamkan oleh penulis sendiri sebagai perkongsian suasana dan semangat siswa-siswi FEM tahun-4.

Tiada ulasan: