Dapat melalui email yg bertajuk : Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat
Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32
tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya.
Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau
berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer
di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team (
ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga
lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya
sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang
dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba
memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital
pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di
hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara
orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas
isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan
padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam
1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya
sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang
usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah
ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.
Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah
orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang
bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan
juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu
pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang
mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid
yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya,
adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara
mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh
Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak
diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat
memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia
ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat
terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45
petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47
orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu.
Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya
saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat “Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah
mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya
mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya,
siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka
adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor
sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah
anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah
menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar
harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat
dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat
itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari
komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya.
Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di
dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.
Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya
kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan
anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan
masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih
pada saya kalaupun saya mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada
kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya
tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini
menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya
tiada keikhlasan
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah
sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan
isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun
hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa
mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik
beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan
dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana
tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu
lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya
Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk
memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah
ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan
perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan
masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat
wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan
kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak
ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang
kita telah beri. Selalulah memberi…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan