Ingin membina bandar idaman sendiri?Editor Jurnalcomot kini sedang membina bandarnya tersendiri dipanggil City Comot.Berminat hendak ikut bersama,caranya hanya mudah shj,klik kat sini(pautan) dan hanya mendaftar disana sudah memadai.
Hilang dan Jumpa Jurnalcomot adalah Weblog Mingguan anda.Jurnalcomot dari Malaysia dan sebarang perkongsian emailkan sahaja...(Kerana 1/10 apa yang berlaku di permukaan dunia ini amat menarik untuk diketahui) Jurnalcomot Memberi Anda Informatif Yang Menyenangkan Hidup Anda.BENAR.
Jumaat, 21 Disember 2007
Robot Berus gigi yang kita boleh buat sendiri
Evil mad Scientist laboratories ada tutor yang menarik utk dicuba untuk membina robot anda sendiri dgn hanya menggunakan berus gigi,battery dan enjin yang kecil.Hasilnya,ianya sangat comel dan akan mengkagumkan kanak-kanak diluar sana.Anda dpt membina beberapa dan gunakannya untuk berlumba-itupun jika anda dapat membuatnya bergerak dgn lurus.(Rujukan: Pautan dari You tube)
Raya korban di tempat Editor Jurnalcomot
Assalamualaikum..Sedikit perkongsian pengalaman bersama mengenai pengalaman raya yg ringkas.Hari Raya Aidiladha semalam ditempat EditorJurnalcomot disambut dengan sederhana meriahnya di Miri,Sarawak terutama sekali ditempat tinggalnya di Permyjaya dan dirumah neneknya di kampung Pujut.Seperti kebiasaannya dipagi Raya,Editor Jurnalcomot menunaikan Solat Sunnat AidilAdha di Masjid Arryan tepat jam 7.45 pagi dan selesai shj Solat Sunat,Editor Jurnalcomot kembali kerumah utk menikmati sedikit juadah yang agak istimewa jgk yg dibuat oleh Mak ^_^ hehe..Sedap! Dalam pukul 10++,Editor Jurnalcomot tidak melepaskan peluang utk pergi ke Masjid semula kerana penyembelihan lembu dan kerbau dilakukan dikawasan masjid tersebut(Utk gambaran lebih jelas,Editor Jurnalcomot ada berkongsi foto ditempat kejadian tersebut.) Sekitar jam 12 tengah hari,Editor Jurnalcomot berlepas dari rumah hendak pergi kerumah nenek diPujut sana kerana disanalah tempat adik beradik mak dari Bintulu dan Brunei berkumpul bersama.Inilah antara pengalaman Editor Jurnalcomot sendiri pada 10 Zulhijjah.Salam Aidiladha 1428H kepada pengunjung Jurnalcomot lagi sekali..Salam...
Awan yang cantik dan menakjubkan
Awan dilangit amat menakjubkan,mempersonakan,menenangkan,kadangkala juga boleh menimbulkan rasa insaf.
Rabu, 19 Disember 2007
Pengertian Hari Raya Aidiladha
Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji diMalaysia. Ianya disambut dua bulan selepas Hari Raya Aidilfitri pada hari ke sepuluh Zulhijjah(bulan 12),iaitu bulan terakhir untuk kalendar bagi umat Islam dan ianya juga menandakan hari terakhir bagi mereka mengerjakan Haji yang mengambil masa lebih kurang 2 minggu.
Setiap tahun,jutaan umat Islam yang berkemampuan pergi menunaikannya di Mekah,Saudi Arabia dan Ibadat Haji ini adalah antara 1 daripada Rukun Islam yang lima.
Aidiladha juga mengingatkan kita kepada peristiwa junjungan kita Nabi Ibrahim dimana dia mendapat perintah untuk membuat pengorbanan untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail untuk menguji keimanan Nabi Ibrahim.Apabila Nabi Ibrahim hampir menyembelih anaknya,Allah SWT telah suruh Nabi Ibrahim menghentikannya dan menyuruh menukarkan Nabi Ismail itu kepada seekor Kibas.Disemenjak kejadian tersebut,pengorbanan haiwan berkaki empat seperti kambing,lembu,kerbau dan unta dilaksanakan.
Aidiladha juga mengingatkan kita kepada peristiwa junjungan kita Nabi Ibrahim dimana dia mendapat perintah untuk membuat pengorbanan untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail untuk menguji keimanan Nabi Ibrahim.Apabila Nabi Ibrahim hampir menyembelih anaknya,Allah SWT telah suruh Nabi Ibrahim menghentikannya dan menyuruh menukarkan Nabi Ismail itu kepada seekor Kibas.Disemenjak kejadian tersebut,pengorbanan haiwan berkaki empat seperti kambing,lembu,kerbau dan unta dilaksanakan.
Penyembelihan biasanya akan dilakukan selepas menunaikan dipagi solat Hari Raya Aidiladha.Haiwan tersebut akan disembelih mengikut cara Islam dan daging korban tersebut akan dibagi kepada Fakir Miskin di kawasan sekitar. Hari selebihnya tersebut akan di raikan dengan melawat saudara mara dan sahabat handai.
Salam Aidiladha untuk pengunjung Jurnalcomot...
Bunga Citra Lestari
Klik disini: Ingkar
Klik disni :Mengapa harus terjadi
Klik disini:Aku tak mau sendiri
Perhatian: Lagu tersebut adalah kepunyaan kepada artis dan syarikat recording.Jika meminati lagu tersebut,Jurnalcomot amat menggalakkan anda membeli album tersebut.
MP3 tersebut hanyalah utk mempromosikan lagu tersebut dan album penuh tidak akan di beri utk di Muat turun.Beli yg Ori dan hapuskan cetak rompak..!!
MP3 tersebut hanyalah utk mempromosikan lagu tersebut dan album penuh tidak akan di beri utk di Muat turun.Beli yg Ori dan hapuskan cetak rompak..!!
Selasa, 18 Disember 2007
Editor Jurnalcomot berada di Bintulu,Sarawak
15hb Disember lepas,editor jurnalcomot ada pergi melawati sepupu yang tinggal diBintulu,Sarawak.Perjalanan yang agak menarik utk editor pergi kesana kerana ini adalah pertama kali pertama menjejak kaki di daerah bintulu.Perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang 3 Jam dari bandar Miri dan sepanjang perjalanan,agak lengang dan cuaca agak baik dan keadaan jalan raya tidak menjadi masalah kpd kereta berjenis saloon. Kepada mereka yang tak pernah sampai ke Bintulu,disinilah antara tempat hasil minyak negara di proses dan dianalisis. Editor Jurnalcomot turut mengambil kesempatan untuk melawat beberapa tempat disekitar bandaraya Bintulu dan tempat riadah yang ada berdekatan.Disini,ada beberapa gambar yang dikongsikan dari Editor Jurnalcomot sendiri.
















































Langgan:
Catatan (Atom)









































