شيشخط

Rabu, 19 Disember 2007

Pengertian Hari Raya Aidiladha

Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji diMalaysia. Ianya disambut dua bulan selepas Hari Raya Aidilfitri pada hari ke sepuluh Zulhijjah(bulan 12),iaitu bulan terakhir untuk kalendar bagi umat Islam dan ianya juga menandakan hari terakhir bagi mereka mengerjakan Haji yang mengambil masa lebih kurang 2 minggu.

Setiap tahun,jutaan umat Islam yang berkemampuan pergi menunaikannya di Mekah,Saudi Arabia dan Ibadat Haji ini adalah antara 1 daripada Rukun Islam yang lima.

Aidiladha juga mengingatkan kita kepada peristiwa junjungan kita Nabi Ibrahim dimana dia mendapat perintah untuk membuat pengorbanan untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail untuk menguji keimanan Nabi Ibrahim.Apabila Nabi Ibrahim hampir menyembelih anaknya,Allah SWT telah suruh Nabi Ibrahim menghentikannya dan menyuruh menukarkan Nabi Ismail itu kepada seekor Kibas.Disemenjak kejadian tersebut,pengorbanan haiwan berkaki empat seperti kambing,lembu,kerbau dan unta dilaksanakan.

Penyembelihan biasanya akan dilakukan selepas menunaikan dipagi solat Hari Raya Aidiladha.Haiwan tersebut akan disembelih mengikut cara Islam dan daging korban tersebut akan dibagi kepada Fakir Miskin di kawasan sekitar. Hari selebihnya tersebut akan di raikan dengan melawat saudara mara dan sahabat handai.

Salam Aidiladha untuk pengunjung Jurnalcomot...


Tiada ulasan: