شيشخط

Jumaat, 30 November 2007

Muat Turun Azan/Bang ke dlm komputer kita


Kepada pengunjung,dkt sini aq ada share satu aplikasi yg baik sgt terutama sekali kpd yg beragama Islam,iaitu aplikasi Azan/Bang utk di install didlm komputer kt.Mmg bagus dan banyak membantu utk memperingati diri kt tentang waktu2 solat di tempat kt tak kira dimana pun kt berada.Secara automatically,aplikasi tersebut akan berbunyi azan 5 kali sehari.Ianya meliputi cara pengiraan,penukaran cara tarikh Gregorian kpd Hijrah or Vice Versa dan menunjukkan arah Qiblat.Bunyi Azan dtg ehsan drpd kawasan Mekah,Madinah,Egypt dan Al-Aqsa.Ianya juga meliputi pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab,English,French,Spanish dan Russian. Penghargaan kepada :Islamic Finder(Muat turun disini)

Itu ini (2)

Ketua trafik letak kereta di kawasan orang cacat

Rome: Undang-undang nyata tidak mengenal pangkat dan itulah yg telah terjadi kepada ketua trafik polis ibu kota Itali yg dipecat selepas akhbar melaporkan dia meletakkan keretanya di kawasan larangan dan mempamerkan permit golongan OKU milik wanita berusia 86 tahun.
Giovanni Catanzaro meletakkan kereta Alfa Romeo Brera di Zon tunda berhampiran Spanish steps di tengah Rome memasuki pada malam Jumaat lalu,lapor akhbar || Messaggero , Ahad lalu,lengkap dgn gambar.
Dia mempamerkan permit untuk pemandu kurang upaya yang tidak sah dan dikeluarkan untuk warga tua,lapor akhbar itu. Reuters

Video youtube yg kelakar

Video ni aq jumpa masa aq jumpa video klip geli mat,video klip ala ala thriller MJ,aq share cket kat korang pasal lagu telur2 tu,1 filter dan babak sedih drpd citer The legend of the.. condor by MBB.Lagu dia memang biasa ,tiada perubahan tp yg tak tahan part subtitle dia,memang translate apa yg diorg katakan..korang tengok yer..

telur2 tu

1 filter

Babak sedih drpd citer The legend of the condor

Neotrama

Foto di awal zaman dahulu

Gambar diatas ini adalah gambar pertama didunia dipanggil sebagai "view from the Window at Le Gras" di Circa,1826,diambil dan dihasilkan oleh Joseph Nicéphore Niépce dia memperkenalkan proses tersebut sebagai Heligraphy atau lukisan matahari.Gambar berwarna pertama didunia yg diambil oleh Louis Ducos du Hauron tahun 1872.Tempat gambar tersebut diambil adalah dari Angouleme di Selatan Perancis.
Adakah kuda tersebut mencecah kakinya ketanah??

Neotrama

Apa yg aq jumpa.. (1)


Kemalangan Hindenburg

Rabu, 28 November 2007

Pergi Brunei (1)

Ahad lepas aq pergi Brunei utk menghadiri sepupu aq kahwin kat Brunei, kpd Mimit dan Amirul,selamat pengantin Baru aq katakan,semoga bahagia hingga ke akhir hayat.Aq cuma berada kat Brunei selama 2 hari shj,memandangkan aq ada keje sedikit diMiri.Kali ni aq share sedikit mengenai Brunei,tak banyak aq hendak kongsikan wat sementara waktu ni sbb foto yg aq ambil ni pun tak banyak sgt.Utk pengetahuan korang,dari Miri hendak pergi ke sempadan Brunei,ianya mengambil masa sebanyak 30minit shj dari bandaraya Miri dan sebelum sampai ke pejabat Imegresen,korang akan melalui jambatan asia dan akan dikenakan cas sebanyak rm10 shj dan tak lama lepas menyeberangi jambatan tersebut, korang dah sampai kat tempat cop passport.Lepas daripada area sini ,korang dah sampai ke daerah Belait dan bandar terdkt disana adalah Kuala Belait dan jgk seria.Utk sampai ke Bandar Seri Begawan dari daerah Belait, aq anggarkan lebih kurang 1 jam 20 minit dah sampai dgn kelajuan 90km/Hr.Selepas Belait,korang akan melintasi daerah Tutong dan selepas itu daerah Brunei-Muara. Sepanjang perjalanan,korang tak perlu risau sbb mostly akan menggunakan 2 lane + 1 lane utk stop berehat jd perjalan dpt dikatakan aman dan tenang. Tempat yg aq sempat pergi haritu adalah Gadong.Gadong dpt dikatakan bandar kedua selepas Bandar Seri Begawan sbb tempat dia memang happening kpd remaja diluar sana.Tempat dia agak teratur dan mcm2 boleh didapati disini, Tempat yg ramai dtg adalah The Mall dimana disinilah tempat org ramai membeli belah dan sebagainya.Aq ada share some pic utk dikongsi dan selepas dari gadong, aq pun balik miri tak lama lepas tu,aq tak dpt kongsi banyak buat sementara ni jd akan bersambung bila aq pergi Brunei sekali lagi tak lama ni.






Juliet the Orange | Juliet the Orange


Juliet the Orange | Juliet the Orange
Dua org gadis dgn nama Juliet The Orange? Mesti kt bayangkan yg diorang ni dari UK atau USA selepas mendengar track "Quizzical". Maaf,tanggapan tak tepat, yg sebenarnya diorg dari Malaysia dan mereka mencipta lagu mereka sendiri dan puisi tersendiri. Aq share 2 lagu Quizzical khas utk browser disana.

Selasa, 27 November 2007

Elakkan menggunakan nada dering Al Quran

Salam,Kalau kt perhatikan,ramai org dluar saner mempunyai gaya tersendiri dlm menerima isyarat panggilan dlm bentuk deringan.Ada yg menggunakan truetone,.mp3 sebagai isyarat tapi kpd mereka menggunakan nada Al-quran sebagai ringtone hp mereka, adalah amat digalakkan utk tidak menggunakannya krn ianya adalah ayat suci dan kt tidak boleh menggunakan sewenang-wenangnya.Ianya jgk boleh memberi tanggapan yg tidak baik apalagi kpd mereka beragama selain daripada islam,dan ianya jgk boleh memutar belitkan ayat suci kpd ayat mainan diluarsana. Jabatan agama telah memberi notis kpd kt semua dan aq jgk menyahut seruan mereka supaya tidak menggunakan nada dering Al-Quran sebagai ringtone.Salam..

Khamis, 22 November 2007

IPTA & IPTS

IPTA dan IPTS di Malaysia pada masa sekarang ini semakin bertambah dan ini menunjukkan ramai mereka diluar saner yg berpendidikan dan setiap mereka mempunyai sijil(Certificate),Diploma,Degree,Master,PHD dan Chancellor didlm tangan masing-masing dan mempunyai kualiti tersendiri dalam melakukan bidang yg mereka pakar.Dalam jurnalcomot kali ni,aq share sedikit informasi tentang IPT- IPT yg ada di Malaysia sekarang ini.Setiap IPT jugak mempunyai keistimewaan dia tersendiri dan tak semuanya sama dan kualiti IPTA dan IPTS sama shj dari segi akademik,kurikulum dan sosial,itu dari pengalaman aq sendiri.Beza dia hanya dari segi populasi kampus tersebut, IPTA mungkin mempunyai bilangan populasi yg tinggi dan IPTS pulak hanya dlm populasi yg kecil.Pada penuntut IPTS,mereka seharusnya bijak dlm memilih IPT maner yg mereka akan sertai krn banyak kes melibatkan penipuan terhadap ungraduate yg mengikuti institut tersebut.IPTA dikenali dgn Universiti dan IPTS dikenali sebagai Institut dan bukan Universiti.
Aq senaraikan pengajian awam yg ada seperti dikatakan oleh Kementerian pengajian Tinggi dan utk pengetahuan,7 pengajian awam yg di susun dari nombor 1 hingga 7 ini adalah yg terlama dan dikenali ramai dan selanjutnya adalah IPTA yg baru.

1 Universiti Malaya (UM)

2 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

3 Universiti Sains Malaysia (USM)

4 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

5 Universiti Putra Malaysia (UPM)

6 Universiti Utara Malaysia (UUM)

7 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

8 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

9 Universiti Malaysia Sabah (UMS)

10 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

11 Universiti Malaysia Pahang (UMP)

12 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

13 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

14 Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)

15 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

16 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

17 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

18 Universiti Teknologi MARA (UiTM)

19 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM)

20 Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)

IPTS di Malaysia ini ada lebih kurang 543 Institut ,Agak banyak utk di senaraikan dan tak mustahil dia akan bertambah pada masa akan dtg.

Menarik mengenai Internet (1)

Pergi ke website yg ada gambar,korang pastekan code dbwh ni kat address tersebut kemudian tekan enter,try cuba.Aq dah cuba dah,,menarik!!

javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.getElementsByTagName("img"); DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position='absolute'; DIS.left=(Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5)+"px"; DIS.top=(Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5)+"px"}R++}setInterval( 'A()',5); void(0);

Rabu, 21 November 2007

ICSJ - INTI COLLEGE SUBANG JAYA


INTI College Subang Jaya, sinilah tempat aq menuntut ilmu selepas aq mengambil form5 aq.Banyak sgt aq pelajari dkt sini,mcm2 jgklah berlaku kat iNTI Subang walaupun kecik dan student dia pulak around 3000populasi dan aq berada disini dari first Sem aq sampai tamat, mcm2 ada,ada iNTIMA,promnite,Orientation,,jamuan,field trip dan bnyk lagi dan paling best,kat sinilah aq dpt improve dan pelajari mcm maner nak bersosial dgn ramai org tak kira usia,bangsa,agama dan kerakyatan.Untuk information,ICSJ ni terletak kat SS 15/8 dkt dgn area SRI KL,Taylor University College dan Metropolitan College.Aq dtg ICSJ tahun 2003 dan aq ambik Diploma jurusan Multimedia in Information Technology and berbaloi gak belajar kat saner. Kat sini aq ada some foto yg aq snap sekian lamer.Aq sentiasa ingat member aq especially kat SOCIT!!!rindu pulak bila dikenang,,blues pulak aq ni.. =..)











FilesTube.com (Muat turun segalanya)


Filestube.com ni bukannyer mcm youtube.com utk view klip yg kita gunakan selalu sebelum ni,mostly dpt dikataka la. Tapi website ni sebuah website search engine utk korang download apa2 jenis file yg korang inginkan didlm bnyk format such as .mp3,.avi,.mpeg.,.mwa,mvi,.rar, dan zip.Utk pergi ke Website ni,korang klik kat link yg aq telah hyperlinkkan.

Klik aq: http://www.filestube.com/

Itu Ini (1)

Jalan Subur
Ketika Yonge street sebatang jalan di Toronto mula dibina pd tahun 1976,panjang dia cuma 53km shj iaitu lebih kurang jarak antara Puchong dgn setapak atau lebih dkt drpd jarak Alor setar ke Sungai Petani.Tapi tahukah anda??selepas pembinaannya,Yonge street sentiasa memanjang dan terus bersambung dan disambung sampai panjangnya mencecah 1,895km atau lebih kurang sama jarak jauh antara Parit jawa ke Laos.

Kelapa Super Duper
Kalau anda ke Seychelles,sure korang akan mendapati disana terdapat sejenis kelapa luar biasa yg buah dia dua kali ganda lebih besar drpd buah kelapa biasa.Diberitakan,ada antara kelapa tersebut mencapai berat sehingga dan sihat sebijik.Gamaknyer nak petik,tak bolehlah nak pakai beruk nak petik tetapi terpaksalah pakai king kong dan gorilla nanti..

Kopi 'O'
Agak-agak korang,bilakah idea mcm maner zaman dahulu minum?? Mudah.Mula-mul dibantainyer kopi tu bulat-bulat.Bila dah cerdik sikit barulah kopi tu dicampur dgn gula atau manisan.Idea pasal mengadunkan kopi dgn gula atau susu hanya timbul pada tahun 1683 dan manusia yg kreatif ,dan yg menyebabkan bnyk org kena kencing manis itu bernama Franz Geog Kolshitsky,seorg pengembara dari Poland yg membuka kedai kopi di Vienna,Austria.

Khasiat ekor Kucing
Mcmner nak bg penglihatan anda sentiasa terang dan sihat?? kalau korang berada di Eropah pd zaman dahulu,caranyer mudah jer.Mula mula cari kucing hitam,lepas tu urut-urutlah ekornya.Kononnya dgn cara itu,penglihatan anda akan menjadi lebih baik.Sekadar utk kepastian,korang cuba sendiri utk menguji sejauh mana benarnyer petua itu.Tapi kalau ekor kucing tu menjadi panjang,jgn salahkan aq pulak yer..

Hits MP3 at the moment

6ixth-sense - Tak bisa Memilihmu

Dewa 19 - Cintaku tertinggal di Malaysia

Imran Ajmain -Seribu tahun(OST-Kerana cintaku Saerah)

Kerispatih - Untuk pertama kali

Nidji - Penantian

Selasa, 20 November 2007

Fakta-fakta menarik

1)Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

2)Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

3)Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.

4)Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

5)Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.


10 perkara perbuatan sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
wallahuallam

Isnin, 19 November 2007

10 serangga yg boleh menyebabkan Kematian

Walaupun serangga yg aq nak bgtau kat sini kecik,tp kecik2 diorg ni cilipadi.Dgn sengatan yg berbisa dari mereka, kt boleh mati serta merta.Dari sini,aq harap korang ambik perhatian dgn keadaan sekeliling,kalau jumpa report kat org area saner supaya jauhkan tmpt tu. Kat sini,tak termasuk lipan,labah-labah sbb kali ni aq cuma share serangga yg ada 3segment kat badan mereka dgn mempunyai 6 kaki shj.Aq wat dari umber atas ni sampai kebawah tahap bahaya dia meaning yg no.1 tu paling dangerous tanpa kt sedari dia pun kat negara kt ni.

10. Hemipetra -kissing bugs
9. Giant Japanese or Asian Hornet
8. Siafu (African Ants
7. Wasps
6. Locusts
5. Fire Ants
4. TseTse Fly
3. Bees2. Fleas
1. Anopheles Mosquito
untuk info,klik kat sini utk pergi website:http://listverse.com/nature/top-10-deadliest-insects/

Objek Misteri kat Bulan

Gambar ni aq dpt kat website disclosetv.com mengenai objek misteri kat Bulan saner.Ada kata ada kota purbakala dan ada pulak kapal purba makhluk asing terdampar kat bulan.Korang just layan yer gambar kat bawah ni.Aq tak sure betul atau tak..
Ni lah Kapal makhluk asing yg terdampar kat bulan.
Yg ni pulak kota purba kat bulan.

Jumaat, 16 November 2007

Keluarga The simpson

The Simpsons, rancangan komedi berbentuk animasi ni memang diminati ramai,rancangan ni hanya dpt ditonton dkt Star world shj didlm Astro bg region Malaysia dan Brunei. Citer dia mmg mempunyai humor yg agak tinggi dan make sense dan mempunyai moral kekeluargaan somehow.Aq yakin,korang tentu dpt hilang stress 100% kalau menontonnyer.Yg terbaru ni The Simpsons movie dah lama release kat pawagam, siapa yg belum melihatnya mmg berbaloi sgt aq katakan.Bg aq,aq kenal The simpsons since musim decorder iaitu sebelum astro ada,every 7pm weekdays,aq pastikan aq tak ketinggalan menonton citer dia dan dpt katakan aq ni fan dia jugak.Lepas komedi The simpsons, Futurama menggantikan dan bg aq,The Simpsons tetap best.Kat bwh sini,aq ada share some image yg agak menarik mengenai The Simpsons bersama dgn klip video The Simpsons yg sebenar.




Khamis, 15 November 2007

Manga

Manga,saper tak tau manga,buku yg dibaca terbalik dari belakang kedepan dan kanan ke kiri.Skrg ni dah banyak citer yg ada kat pasaran dan aq masih lagi minat kat buku hiburan berbentuk manga ni walaupun dah besar panjang.Nak buat mcm maner dah minat aq..sblum ni,aq cuma minat satu manga iaitu Mutiara Naga atau Dragon Ball.Dah 22 tahun mcm ni,kalau nak bc manga,aq bc kat rumah jer, tak baca kat dpn org ramai..malu den tau,usia mcm aq ni bc newspaper agak bagus especially part classified cari keje..=p skrg ni aq tengok ada bc cara utk attract buyer especially peminat manga untuk beli manga dan dlm bnyk medium jgk contoh dia manga buku kecik2 yg ada chapter 1,2,3 dan seterusnya, majalah shonen jump kalau kat malaysia kt panggil Kreko atau arena ,then ada jugk dlm medium maya(online) dan seterusnyer majalah kartun Malaysia kt seperti Ujang,apo?,dan gila-gila so lain org lain,lain minat dia.Utk aq, ms ni aq minat kat manga naruto,gantz,bleach,one piece(budak getah) and penjelajah jojo.Aq agak memilih gak komik mcm maner, normally aq tengok jln citer dia dan illustration dia, kalau best aq akan follow up sampai habis,ada yg manga aq bc dari 2001,sampai skrg tak habis2 lg keluaran dia sampai skrg ni(2007)especially penjelajah jojo dgn hunter x hunter,geram tu ada gak rasanyer sbb aetahun 3 keluaran jer paling cket. Kalau korang ada manga yg best korang share la citer apa nnti.kat bwh sini,aq ada 2 website yg aq selalu surf bila ada waktu lapang utk bc manga so korang boleh la save budget sbb kat website tu kt bc free. Korang fav manga apa ek??


www.onemanga.com

www.mangavolume.com






Muat turun MP3 ( Indo Top song at the moment)

Pusat urusan dgn Kerajaan Di Miri Swk

Kepada mereka yg hendak membuat segala urusan dgn kerajaan Malaysia di Miri,sarawak tempat dia terletak dkt sebelah taman kipas dan sebelah perpustakaan miri. Dia ada 2 buah bangunan berwarna jingga(orange) jika dilihat dari jauh dan kalau nak senang cari tempat dia,dia juga terletak sebelah masjid shj yg aq tak berapa ingat nama dia,kalau aq ingat nnt aq edit pd masa akan dtg nnti. Kalau nak daftar budak sekolah ker, buat , surat beranak, pertanian , pasport dan sebagainyer, sinilah tempat dia.




Kejadian alam semula jadi yg membentuk sungai

Siapa sangka,sungai boleh terjadi tanpa kita sedari walaupun diatas tanah tersebut sudah terbina jalan raya.Semuanya diatas kuasa tuhan..