شيشخط

Rabu, 28 November 2007

Pergi Brunei (1)

Ahad lepas aq pergi Brunei utk menghadiri sepupu aq kahwin kat Brunei, kpd Mimit dan Amirul,selamat pengantin Baru aq katakan,semoga bahagia hingga ke akhir hayat.Aq cuma berada kat Brunei selama 2 hari shj,memandangkan aq ada keje sedikit diMiri.Kali ni aq share sedikit mengenai Brunei,tak banyak aq hendak kongsikan wat sementara waktu ni sbb foto yg aq ambil ni pun tak banyak sgt.Utk pengetahuan korang,dari Miri hendak pergi ke sempadan Brunei,ianya mengambil masa sebanyak 30minit shj dari bandaraya Miri dan sebelum sampai ke pejabat Imegresen,korang akan melalui jambatan asia dan akan dikenakan cas sebanyak rm10 shj dan tak lama lepas menyeberangi jambatan tersebut, korang dah sampai kat tempat cop passport.Lepas daripada area sini ,korang dah sampai ke daerah Belait dan bandar terdkt disana adalah Kuala Belait dan jgk seria.Utk sampai ke Bandar Seri Begawan dari daerah Belait, aq anggarkan lebih kurang 1 jam 20 minit dah sampai dgn kelajuan 90km/Hr.Selepas Belait,korang akan melintasi daerah Tutong dan selepas itu daerah Brunei-Muara. Sepanjang perjalanan,korang tak perlu risau sbb mostly akan menggunakan 2 lane + 1 lane utk stop berehat jd perjalan dpt dikatakan aman dan tenang. Tempat yg aq sempat pergi haritu adalah Gadong.Gadong dpt dikatakan bandar kedua selepas Bandar Seri Begawan sbb tempat dia memang happening kpd remaja diluar sana.Tempat dia agak teratur dan mcm2 boleh didapati disini, Tempat yg ramai dtg adalah The Mall dimana disinilah tempat org ramai membeli belah dan sebagainya.Aq ada share some pic utk dikongsi dan selepas dari gadong, aq pun balik miri tak lama lepas tu,aq tak dpt kongsi banyak buat sementara ni jd akan bersambung bila aq pergi Brunei sekali lagi tak lama ni.






Tiada ulasan: