شيشخط

Jumaat, 30 November 2007

Itu ini (2)

Ketua trafik letak kereta di kawasan orang cacat

Rome: Undang-undang nyata tidak mengenal pangkat dan itulah yg telah terjadi kepada ketua trafik polis ibu kota Itali yg dipecat selepas akhbar melaporkan dia meletakkan keretanya di kawasan larangan dan mempamerkan permit golongan OKU milik wanita berusia 86 tahun.
Giovanni Catanzaro meletakkan kereta Alfa Romeo Brera di Zon tunda berhampiran Spanish steps di tengah Rome memasuki pada malam Jumaat lalu,lapor akhbar || Messaggero , Ahad lalu,lengkap dgn gambar.
Dia mempamerkan permit untuk pemandu kurang upaya yang tidak sah dan dikeluarkan untuk warga tua,lapor akhbar itu. Reuters

Tiada ulasan: