شيشخط

Rabu, 9 Januari 2008

Makanan Untuk Meningkatkan Prestasi Otak Kita

Kita tahu bahawa makanan yang kita makan itu akan mengakibatkan sesuatu kepada badan kita dan itu juga boleh mempengaruhi keatas bagaimana otak kita berfungsi.Apa yang kita makan itu boleh memberi kesan yang KUAT kepada keupayaan otak kita,bagaimana minda mengendali tugas dan jugak perasaan kita pada kebiasaannya.


Tumpuan kita dalam Jurnalcomot kali ini adalah kita mengambil berat kepada nutrisi makanan dalam makanan yang boleh membantu neuron dan pautan yang ada dalam otak.Makanan yang akan disenaraikan ini dapat membantu anda dalam : memberi tumpuan, mengawal stress dan jugak boleh melambatkan ketuaan cell dalam otak kita.

Jadi inilah antara 20 jenis makanan yang kita boleh tambah dalam diet kita,kesan dia dan bagaimana fungsi dia:

Keseluruhan makanan bijiran.

Gandum adalah makanan yang baik utk stimulator otak kita kerana ianya mempunyai peratus yang tinggi dalam folate.Pastikan anda memakan makanan yang kaya dengan bijiran gandum,barli,jertih jagung dan sebagainya kerana ianya dapat melancarkan pergerakan darah dalam otak.Seluruh badan bergantung kepada perjalanan darah terutama sekali otak.

Kacang
Semuanya tentang kacang seperti walnut,hazelnut,cashews dan almond dan jufak biji dia sekali dan kacang inimembolehkan anda berfikir lebih jelas dan lebih kepada mood yang positif.

Buah Berri

Memakan buah berri seperti strawberri,blueberri dan blackberri dapat megawal penggunaan otak dan melancarkan potensi isyarat neuron dan buah berri ini juga menguatkan otak kita.Dengan mengkompounkan punca kunci utama dia didalam otak,ianya membenarkan protein yang lain untuk membantu dengan ingatan memori kita dan kepakaran kita.Buah Berri juga mempunyai asid ellagik iaitu satu daripada phytochemical yg menunjukkan ianya boleh menghindari dari kerosakan cell.

Kuaci Matahari

Seperti kacang,banyak jugak kuaci diluar sana dapat mengbangkitkan mood dan kuasa otak anda.Kuaci matahari mempunyai tryptophan iaitu antara amino asid yang penting utk otak untuk bertukar kepada seratonin dimana secara semula jadi dapat melegakan perasaan tertekan dan insomnia.Tambahan,kuaci juga tinggi dalam thiamini iaitu antara elemen penting dalam vitamin B dimana dapat meningkatkan keupayaan memori.

Teh Hijau
Teh hijau,apabila diminum ianya dapat menyegarkan otak dan membuat lebih tumpuan terhadap satu perkara dan melawan mental fatigue.Teh hijau juga dapat merehatan minda anda dan juga membuatkan tumpuan anda lebih tajam.

Telur
Telur sememangnya memberi nutrtisi utk 70 kalori.Ianya adalah sumber yang mempunyai kualiti protein yang tinggi dan kaya didalam vitamin dan mineral.Dengan memakan telur juga,dapat meningkat saiz neurons

Buah avocado
Untuk kesihatan otak,ianya mempunyai mono-unsaturated fats dimana ianya menyumbangkan pelancaran darah yang lancar,iaitu antara satu sebab untuk mempunyai otak yang sehat.

Broccoli

Dilabel sebagai makanan super kerana mempunyai nutrisi yang tinggi.Punca utama nya adalah vitamin K iaitu dapat meningkatkan kuasa minda.

Cokelat!!!

Ianya dapat meningkatkan endorphins ketika otak anda memberi tumpuan terhadap satu perkara.Dengan cokelat juga ianya dapat meningkatkan mood kita dan dapat membantu organ lain utk darah disampaikan diatas kepala.Ianya juga dikatakan dapat meningkatkan memori kita terhadap satu perkara.

Penutupan
Otak kita adalah organ yang paling penting dalam badan kita, dengan-ia , kita dapat menusun segala perkara kita dengan teratur,mempunyai minda dan mood yang positif.Tidak terkejut dikatakan jika makanan yang dimakan oleh kita makan itu ada kaitan dengan cara pemikiran kita,rasa,ingat dan dapat juga meningkat kepintaran kita.

Jika ianya dapat membantu kita jadi genius,siapa yang taknak lakukan pulak? ^_-

1 ulasan:

andre berkata...

ulasan yang bagus,ternyata kita bisa meningkatkan kepintaran kita dengan cara natural dan aman.
andre indonesia
www.kayaraya08.blogspot.com