شيشخط

Ahad, 29 Jun 2008

Salam Takziah

Takziah kepada keluarga Azharul Imran A.R kerana arwah telah kembali ke-Rahmatullah pada Jun 28,2008.Semoga arwah di-cucuri Rahmat dan segala amalannya diterima oleh Allah dan di-tempatkan dikalangan antara orang-orang yang soleh.Al-Fatihah..

Kenangan bersama arwah

Jumaat, 27 Jun 2008

Ikan Pari Golden Yang Berhijrah

Kelihatan seperti daun-daun kering sahaja yang terapung dilautan dan ribuan pari ini dijumpai di-perairan mexico.kelihatan seperti tidak benar tetapi sememangnya betul dan agak susah utk diperjelaskan.
Tak tau berapa jumlahnya namun dapat di-katakan ribuan begitu..

Jurnalcomot berkata: Banyak tak terkata..menarik dan jarang dapat melihat keadaan seperti ini.

Rrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

RRRrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Ahad, 22 Jun 2008

PaintBall Challenge 2008 at INTI-UC Nilai

Salam,di kesempatan ini..Jurnalcomot,komeng dan kwn2 lain ada membuat satu pertandingan Paintball Challenge 2008 d-tempat institut kami buat masa ni iaitu di 'Inti International university College' di-Nilai,Negeri sembilan(Dekat area bandar baru Nilai,Nilai Spring resort macamtu) pada July 4th,5th dan 6th.

Detail ada di-bawah. Kalau interest,boleh hubungi Jurnalcomot dan komeng nanti sebaik2nya sebelum Jun 27,2008 untuk menyenangkan persediaan pihak kami disini nanti.Di-samping itu,boleh-lah kita mengeratkan Silaturrahim antara sesama yg lain.

Dengan penjelasan berada di-bawah sini,harap2 kawan2 sekalian dapat faham proses dia lebih terang dan nyata .Oh ya,untuk turut serta dalam Challenge ini,satu team( 5 member) akan dikenakan bayaran sebanyak MYR400(MYR80 se-orang) sahaja termasuk makan minum pada hari ke-dua sahaja.

The format of the game:-
  1. The first round will play in group (round robin) - minimum of 4 games.
  2. Top 2 teams in every group will advance for the 2nd round; which will be played in knock-out format - until the final.
  3. Every player will start with 50 pellets - for each game.
  4. A team can consist of male & female; 5 players per team.
Come and feel the excitement of paintball with your friends in INTI. Lunch will be provided for the first day of the game.

On Friday, we will have a paintball clinic, free for registered participants.
The game will be on Saturday morning.

For more information and obtaining form, kindly contact:-

012-9166053 (Syam)
012-9191673 (Ashraf)
012-9892127 (Fauzul

Menggunakan medium Blog Jurnalcomot sendiri jugak boleh dihubungi.
Pasal Johan dan naib-johan,Jurnalcomot kurang ingat tapi bila dah tau prize dia,akan di-edit kemudian.

Sabtu, 21 Jun 2008

Kucing Dan Beruang Yang Bersahabat Baik Dan Tidak Dapat Di-Pisahkan

Munschi,si-kucing dan Meuschen,Si Beruang sangat rapat sehingga penjaga zoo di Berlin terpaksa menyatukan mereka selepas mereka berpisah.

Pasangan tersebut di-pisahkan Oktober lepas apabila si-beruang tersebut di-kunci didalam pagar tatkala sementara menunggu tempat tinggalnya itu dibesarkan.
Pada masa yang sama,seekor kucing kelihatan resah di-dapati oleh penjaga Zoo tersebut apabila kucing tersebut duduk setia dihadapan tempat tinggal beruang tersebut.
Minggu itu,penjaga mengambil langkah yang lain daripada yang lain apabila membenarkan kucing itu tinggal bersama."Mereka bersapa antara satu sama lain dan bergurau dan sekarang mereka gembira." kata Heiner Kloes,seorang daripada pihak pengerusan Zoo tersebut
Jurnalcomot berkata: Megenali antara satu sama lain,walaupun satu meng'Miaw' dan satu lagi meng'Uargh',tak menjadi masalah,inikan manusia yang mampu bertutur dan berfikir.

Jumaat, 20 Jun 2008

Bumi Sebesar Debu

Besar sangatkah kita di muka bumi ini? Lihat gambar di bawah..




Di sini matahari hanya sebesar debu!

Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa.

Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi.
Lalu . . .
siapakah kita?
apakah tujuan hidup kita?
Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga?
Masihkah kita bisa menepuk dada & berkata 'inilah aku!'...??
Sedangkan kita terlalu kerdil berbanding Tuhan yang mencipta sekelian alam

(Sumber dan Kredit kepada: Isuhangat)

Jurnalcomot berkata: Alangkah kecil dan lemahnya diri kita ini.

Tulisan Jurnalcomot:Kegembiraan Yang Tak Terkata

Jurnalcomot berkata: Alhamdulillah,Syukur..harini Jurnalcomot sungguh gembira kerana sebelum ini,Jurnalcoot didalam di-lemma dan berfikir banyak sangat tentang sistem software yg hendak digunakan. Untuk pengetahuan anda supaya memahami sistuasi Jurnalcomot sebelum ini, Jurnalcomot sekarang di-dalam semester terakhir dan tengah bertungkus-lumus dalam mempersiapkan semua assignment dan project + project yang mencabar itu adalah subject IS391:Information Technology Double Module Project. Segala title projek dah approve dan sekarang ni didalam Phase 4 terakhir iaitu membina sistem.Oh,ya..Jurnalcomot membina sistem mengenai "A Design and Development Of an Online Blogger's Community For Malaysian Bloggers".Kira apa yg Jurnalcomot lakukan ini memang dari minat sendiri dan tiada ke-ter-paksa-an dalam membina sistem nanti.

Sebelum ni di-lemma Jurnalcomot adalah mengenai SQL Server,dah 2 1/2 minggu Jurnalcomot struggle dalam menyelesaikannya dan usaha di-gunakan dengan membaca forum2 di Microsoft,SQL,dan msdn..Sekejap install ini,sekejap update ini,sekejap verify itu,sekejap delete ini dan etc.Dan malam ni,Alhamdilillah..Jurnalcomot berjaya..yeahh!!Segala database engini dan aplikasi dapat berhubung antara satu sama lain. Alamak!!,dah jam 3 pagi ni.Ingat nak build sistem tu esok sahajalah...nak tido dan rehatkan badan sebab tadi lepas isyak pun ada kelas silat lepastu cucu pakaian..apa-apa pun,kepada pengunjung Jurnalcomot,anda memang Best!!^_^ V kerana menyokong Weblog yang serba kekurangan ini.Tanpa kalian dan kawan bloggers,tanpa anda,tak hiduplah Weblog ini.

Bi-Cycle

Basikal baru di-pasaran..best,ada kawan kita backup dari belakang.Nak katakan romantik tak jugak..hmmm...Kat Malaysia ada tak yer??
Kalau ada extra duit,boleh kita beli nanti...Menarik ya amat..


Jurnalcomot berkata: Teringat pulak basikal Jurnalcomot dengan adik2 yang kena curi tatkala tengah berpindah ke-rumah/kampung baru dahulu..huhu

Sumber(myatomicmass)

Buah Oren Buatan Manusia Yang Kecil Sangat

Pautan Ada disini: (Klik Saya)

Khamis, 19 Jun 2008

Me-Reka Resit Harga Anda Sendiri


Anda ingin membuat receipt seperti di-atas. Mari membuat disini:http://www.customreceipt.com/

Kredit kepada(Neatorama)

Rabu, 18 Jun 2008

Struktur Artifak Di-Planet Marikh

Apabila ingin mengatakan tentang bukti artifak di Marikh, mereka diluar sana akan meng-klasifikasikan kepada 2 ketegori:1)merekayang menjumpai bahawa analisis saintifik lebih menyakinkan daripada imaginasi, dan 2) Mereka berfikiran di-sebalik daripada point yang pertama tadi adalah benar.Eksklusif di-Jurnalcomot,Jurnalcomot mengkongsikan satu website dimana memperkenalkan bukti seperti yang dinyatakan daripada 2 point tersebut.Website mengenai 'Struktuk Artifak di Planet-Marikh'.Sebagai penutup,ramai ingin membuktikan dengan ideologi mereka.Dengan adanya super kamera dengan mega pixel yang canggih,dapat membantu dalam penyelidikan mereka ini.

Jurnalcomot berkata: Ni baru planet Marikh,kalau planet lain2 lak,macam maner pulak yer..hmmm..

Selasa, 17 Jun 2008

Sukan Extreme Sambil Men-Streka Pakaian

Anda tahu Sukan Ekstrim(Extreme)?Sukan Ekstrim tu dapat dikatakan sebagai sukan yang lasak dan memerlukan skill dan bakat yang kuat.Sukan ini agak mencabar dan semakin ramai yang ingin mencubanya.Pernahkah anda melihat para atlet aksi-aksi Ekstrim ini melakukan aksi mereka sambil men-streka pakaian mereka.Nak tengok?hehe..kalau berminat hendak menyaksikan telatah mereka,pergi klik pada pautan disini.
Gosok baju,gosok baju,gosok baju...hobikudon't Drive and Iron ya..!

Jurnalcomot berkata: Tak mampu hendak mengekstrimkan menggosok pakaian sendiri.

Isnin, 16 Jun 2008

Semuanya Bermula Dengan SMS.....

b'kenalan kunun..

1. hai boleh sayer kenal
sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk......
sayer harap kiter boleh berkenalan....ukhwah fillah eh orang kater... sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak...
kuar ngan kekawan tau, balik contact,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x contact sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner, kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jer kan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak sebab malukan... hehehe...tq...sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawan kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;)sayer teringin gak nak jadi mcm kawan sebilik sayer nie, panggil sayang... boleh lah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jer kan ;(
hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...


8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga rahsia kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kite jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan...

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2,
bukan ayang x cantik, just makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg,
tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang..
ayang suker jumper abg?
tq
yang, td cian tengok kawan ayang duk je diam,...
yer... nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...
yang, abg suker tngk mater ayang,
malu malu lak dier,,,
ayang td cantik...


14.tq jumper td,ayang cantik...
abg romantik pun salah ker?
suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq....
tengk kwn ayang n kawan abg mcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengok, ALLAh memberkati kiter...
ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?
aper tandanyer?
50% je...
yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,


16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...
yang, bg lah gmbr ayang special untuk abg pakai tudung 2...
cantiknyer ayang...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?
sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....


18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...
tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayang cintakan abg aper buktinyer yang,,,,



SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR.....
PEGANG TANGAN->TERABE->TERSEDAP->TERLANJUR->TERBUNTING->
TERBUANG ANK->TERKELUAR VCD LUCAH->TERMALU->TERTEKAN->TERSEKSA->TERBUANG->->->->- >->


JIKA INI BERTERUSAN, MUNGKIN TERBUNUH DIRI....
SEMUANYA TER....
TER KE?????
JWB SENDIRIAN BERHAD, SEMUANYA BERMULA DARI SMS BERBUNYI, hai, bole sayer kenal....
(ayang di atas td cnth msg, anggap no itu stage stage untuk awk kearah.... ter.... berhenti sebelum, ter.....


Tulisan Jurnalcomot: Jurnalcomot Di-INTI-UC CARNIVAL 2008

Jurnalcomot berkata: Sabtu lepas,tempat institut Jurnalcomot belajar iaitu Inti-UC ada proram larian amal dan jugak Inti Carnival.Jurnalcomot sendiri ada terlibat dengan aktiviti disana dan terlibat didalam larian amal sepanjang 5Km di-sepanjang kawasan Nilai dan Melati sahaja,tak kurang jugak dengan peserta yang lain seperti 3km dan 10km. Jurnalcomot berjaya dengan sukses jugaklah larian amal tersebut walaupun ditangga 50 pelari ke-atas.=P Oh ya!,larian tersebut bermula jam 7.35a.m dan tamat hampir dalam pukul 10pagi.

Bila lari-lari ni,teringat pulak kenangan semasa sekolah rendah dan menengah..berlari pusing2 kawasan kampung dan tak sangka,berpeluang lagi didalam IPT.

Jam 10 pagi pulak,Jurnalcomot bersiap untuk bermain kompang untuk mengiringi para tetamu vip iaitu preseident + Vice Chancellor dari intisj,Pjcad,genting dan etc. Pernah tak melihat,kompang bergabung bersama african Drum,solar drum dan bangghara?? Kami berjaya bergabung pada saat itu.Quiet proud jugak..hehe sbb jarang dapat peluang macam ni walaupun tak pandai main kompang sangat.

Kemudian,Jurnalcomot sendiri ada membuat pertunjukkan silat bersama kawan2,bukan silat sahaja,malahan dari Nunchaku,Judo,Taekwando dan Aikido turut serta dan disusuli dengan persembahan cultural dari negara Vietnam,India, dan etc. Lepas tu pulak,Jurnalcomot usha2 student lain membuat persembahan dan sesi bergambar ada dibawah yer.Selesai sahaja majlis,makan minum time krn diluar,persatuan lain membuka gerai sedikit dan Jurnalcomot bermain game kecil-kecilan seperti rodeo,dan melihat kawan bermain panah. Sebelum hari kejadian tersebut,Jurnalcomot sibuk dalam menguruskan hal-hal seperti yang dinyatakan diatas tadi..Harap2,dengan sedikit Jurnal dari Jurnalcomot sini dapat memberi sedikit informasi tentang apa yg Jurnalcomot alami.
Tamat jugak larian 5km...hehe..muka selepas larian nih..hehe..masih semput,tak cukup nafas lagi..
Acap,Pali,komeng dan Jurnalcomot,bergambar sat..kenangan iNTI carnival 2008
Mendapat sijil penyertaan participant,hehe..kira okay la tu..
Terpegun,ni semasa acara opening..Kumpulan Cheerleader wat opening..Leng-lui ,leng-chai semua ada..Selesai membuat demo didalam MPH ,bergambar kenangan..jarang dpt peluang smart mcm ni..Afiq,Saya a.k.a Jurnalcomot,Firdaus,Amri,Junaidi,Marwan...

(Kredit Foto silat kepada Junaidi,blog beliau adalah mengenai 'diam itu suatu hikmah')

Khamis, 12 Jun 2008

J a n g a n s e s e k a l i s e d i h

Jangan pernah sedih
kerana kau terlalu mencintaiku
Jangan pernah sedih
Kerana kau merasa kehilangan aku
JANGAN PERNAH SEDIH
Kerana kau tak sanggup melupakan aku
maka jangan menangis
s a a t a k u m e n i n g g a l k a n m u
dan ingatlah waktu-waktu terbaik yang pernah kita lalui
maka kau akan bangga kerana kau mengenalku
kerana aku hanyalah batu pijak bagimu saat kau ingin melompat lebih tinggi
itu kira-kira yang aku tangkap

dari MATAKU
Sebelum aku benar-benar pergi

Check,Check,Rock,Rock

Jurnalcomot berkata:Check,check,Rock,Rock,Minggu ni Jurnalcomot tak dapat membuat sedikit content yang menarik disebabkan masa untuk mencari dan membaca agak kurang disebabkan aktiviti kurikulum dalam persatuan.Walau apa apa pun,Jurnalcomot ada membuat satu weblog berbahasa Inggeris yang dikenali sebagai KancilMind dan url dia adalah :kancilmind.blogspot.com. Kepada kawan2 bloggers dan pengunjung semua,diharap anda faham situasi Jurnalcomot yer.Apa apa pun,kita kena bersatu dan happy senantiasa.

Ps://Aik,tadi kata Jurnalcomot busy,tapi siap ada weblog baru lak tu..hehe..

Selasa, 10 Jun 2008

Tulisan Jurnalcomot Mengenai MCS

Jurnalcomot berkata:Hari-ni Jurnalcomot ada post-Mortem tentang event yang di-organise oleh adik-adik MCS kita dari institut iNTI-IUC sini.Ada jugak member bloggers yang turut serta iaitu Mr.Komeng dan yang lain-lain tu seperti Acap,fauzul,Yassin,Nazrin,Huza dan Nadiah.Ramai lagi datang tapi ada keje lain,ops! zaim datang tapi Jurnalcomot kata cancel kat dia sebab tunggu member tak sampai2 tadi tp meeting lewat jugaklah.

Kalau ada member2 MCS especially adik-adik JPA kita sana,Jurnalcomot harap korang gembira sebab ada report progress anda kat sini..hehe..Event sebelum2 ni,selalunya ada senior tapi kalian berjaya membuatnya dengan baik dengan sedikit guide dari acap,komeng dan fauzul.Congratulation kepada team Naufal dan member sebab berjaya menghiburkan dan mengeratkan silaturrahim antara yang senior dan yang baru.Interaksi ada,dan spontan. Participant pun sporting especially bab soal2 ni,tak terfikir pulak nak wat macam tu.Oh ya,malam tu jgk,Jurnalcomot berjaya dapat satu anugerah 'senyum sokmo'wah wah wah.gembira,siap berpantun pulak nasaai dengan Ekyn.Jurnalcomot harap,relationship akan bertambah kuat bila berjumpa diluar nanti.sampai disini utk edisi tulisan jurnalcomot dalam topik ni.

Photobucket
Peserta yg mengambil acara
Photobucket
Abdul Hafiz wakil MPP,INTIMA dan Saya Selaku pengerusi MCS.

Photobucket
Adik Gadis Melayu Yg Menawan
Photobucket
adik-adik yang menjayakan dan menceriakan suasana
Photobucket
Bersaing utk memecahkan belon lawan masing2
Photobucket
Wajah riang
Photobucket
Master Caremony yg menggamatkan suasana keadaan hadirin dan hadiran
Photobucket
Candid by someone(Komeng agaknya)
Photobucket
Keluarga MCS di INTI-UC

Syabas!MCS boleh

Kisah Anak Kecil 3 Tahun...Tiba-tiba Berada Di-Dalam Mesin Arked

Seronok,seronok jugak tapi jangan sampai anda terlupa memesan sesuatu nasihat kepada anak anda.Ini yang berlaku keatas Christopher Air apabila ibunya iaitu Elaine membawa anaknya berusia 3-tahun untuk berseronok dipusat arked permainan sekeluarga.

Anaknya hanya ingin menang,mencuba dengan sedaya upayanya dengan gembira dengan mesin untuk mengambil anak patung beruang dengan lengan robot tersebut dan tidak menjadi.
Photobucket
Si-Ibu melihat dengan gembira dengan kesungguhan anaknya,tup-tup,tak cukup syiling,si-ibu pun menukar dikaunter dan meninggalkan si-anak dibelakang.Seperti didalam kartun animasi Toy-Story,si-anak tersebut nampak satu ruang kosong dimana patung itu keluar dan dia telah memasukinya dengan harapan berjaya mengambil anak patung tersebut.

Si-Ibu yang menukar tak sampai seminit,apabila menoleh kearah anaknya,dia terkejut kerana anaknya ada di-dalam mesin tersebut.

Si-anak ketawa dengan riang tetapi apabila tempat itu dikerumuni dengan ramai manusia hendak melihat,dia menangis ketakutan. Pemilik kedai ketika itu,kuncinya entah kemana dan tak semena-mena pintu mesin itu dibuka 1 jam 30 minit kemudian.

Pemilik kedai tersebut menghadiahkan patung itu untuk menceriakan anak kecil itu.

Apabila ditanya si-anak kecil itu,dia akan dengan malunya mengenang insiden tersebut dan hanya gelak-gelak sahaja.

Jurnalcomot berkata: Jagalah anak kita dengan baik =)

Isnin, 9 Jun 2008

Kota New York Terpaku Dengan Gaya Hidup 2 Spiderman

Bangunan pencakar langit Manhattan iaitu rumah kepada The New York Times telah menjadi saksi kepada lagak ngeri pada 3 hari yang lalu.2 lelaki memanjat bangunan setinggi 52 tingkat dalam beberapa jam dan lelaki pertama itu ialah Alain Robert dan objektif yang dibawanya pada masa itu ialah,'Global Warming telah membunuh lebih ramai manusia seminggu sejagat daripada insiden 9/11'.Dia ditangkap apabila telah tiba di-puncak.

Photobucket - Video and Image Hosting

Alain Robert sedang memanjatbangunan setinggi 52-tingkat
Photobucket - Video and Image Hosting
Seorang pengikut menyusuli kemudian

Photobucket - Video and Image Hosting
Tingginyer....

Photobucket - Video and Image Hosting

FuiyOo!!Look,it superman...No,it spiderman...No,but it is Alain Robert and the copycat

Photobucket - Video and Image Hosting
Sejam tak lama lepas tu,seorang menyusul dan Tv kamera semua menangkap secara langsung drama realiti ini.Tak lama lepas kemudian,dia kepenatan tetapi tidak mahu mengalah apabila disuruh menyerah.
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Kiri,Alain Robert, Kanan: tak tau nama dia
Robert mengatakan,dia memanjat untuk menyokong para pemimpin dalam memerangi Global Warming dan sedar akan bencananya.
Robert dikatakan lebih rela dipenjara daripada di masukkan wad hospital walaupun telah dimasukkan berkali-kali di-dalamnya.

(melalui: dailymail.co.uk)

Jurnalcomot berkata: Bahayanya..Jurnalcomot tak tau nak kata apa tapi Alain Robert dulu pernah panjat KLCC ,Malaysia kita ni tau tapi tak ingat tahun berapa?!