شيشخط

Sabtu, 26 Disember 2009

Khasiat Dalam Sebiji Epal

salam...nak kongsi pengalaman pasal buah epal .dari kecil saya selalu kena ulcer mulut.bila kena nak makan pun tak boleh.satu hari saya terbaca mengenai kebaikan buah epal dan saya ambil sepotong dan lekapkan ke ulcer tu..hari tu juga baik.dan saya dah info ramai kawan termasuk panel doctor saya mengenai nya.rupanya dia pun having same problem dan terima kasih diatas info itu.sampai sekarang tak pernah pakai bonjela yang direkomen oleh mana2 doctor kalau ke klinik.selamat mencuba.

Khasiat dalam sebiji epal

SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor. Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung. Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus. Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus. Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian. Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera. Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi. Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian. - utusan


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Tiada ulasan: