شيشخط

Ahad, 30 Disember 2007

Perbezaan Juta,Billion dan Trillion

Sejuta saat adalah sebanyak 13 hari.
Satu Billion saat adalah 31 tahun.
Satu Trillion saat adalah 31,688 tahun.

Satu juta minit yang lalu adalah – 1 tahun, 329 hari, 10 jam and 40 minit yang lepas

Satu juta jam yang lepas adalah 1885.
Satu Billion jam yang lepas manusia tidak ada dibumi.


Satu Juta : 1,000,000
Satu Billion: 1,000,000,000
Satu Trillion: 1,000,000,000,000
Quintillion: 1,000,000,000,000,000,000
Sextillion: 1,000,000,000,000,000,000,000
Nonillion: 1,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000
Centillion: 1 diikuti oleh 303 kosong

Sabtu, 29 Disember 2007

Hollywood Generator

Ingin membuat design seperti gambar dibawah,Klik disini

10 fakta mimpi


1o)Orang yang buta boleh bermimpi
9) 90% daripada kejadian mimpi kita,kita lupakan
8)Semua orang bermimpi
7)Mimpi boleh menghindari dari Psiko
6)Kita mimpi mengenai apa yang kita ketahui sahaja
5)Tak semua bermimpi didalam warna
4)Mimpi bukan tentang dari mana mereka asal
3)Mereka yang berhenti merokok lebih kerap bermimpi
2)Keinginan kita yang tak dapat dikecapi sebelum tidur boleh terlaksana didalam mimpi
1)Anda lumpuh sedikit bila anda tidur

Babak sedih daripada The Legend of Condor Hero

Jumaat, 28 Disember 2007

Gambar kapal angkasa makhluk asing


Jarang untuk kita melihat kapal angkasa secara terang-terangan.Disini,Jurnalcomot menjumpai satu website dimana kita lihat foto kapal angkasa dengan lebih jelas dengan penjelasan berbahasa Inggeris.Klik kat sini untuk pergi ke wesite tersebut.

Ronald dari Mc Donald versi Japan

Kejar masa di Korea utara??


Gambar diatas boleh dikatakan untuk menghindari kesesakan jalan raya tapi nampaknya seperti tidak.Boleh berbuat apa shj dengan bebas.
Mungkin hujung minggu agaknya..!

Wajah diatas wang

Setiap wang yang kita lihat pasti terpampang wajah seseorang dimana ia menunujukkan seseorang yang telah memberi bakti kepada negaranya.Disini,Jurnalcomot menjumpai hasil kerja origami yang telah dibuat oleh mereka diluar sana dengan menggunakan wajah diatas wang kertas itu.

Rabu, 26 Disember 2007

Atasi rasa malu


Malu.Jangan ingat hanya perempuan sahaja yang mempunyai perasaan ini.Sebaliknya ia juga menjadi masalah kepada kaum lelaki.

Bukan setakat malu untuk memulakan perbualan dengan perempuan yang diminatinya,tetapi ada sesetengah itu malu tak bertempat sehingga menyusahkan diri sendiri.


1)Berjanjilah pada diri sendiri bahawa mulai dari sekarangkamu akan cuba menjadi lebih berani.
2)Cuba ingat atau tulis semula apakah keadaan yang memalukan kamu.
3)Jadi,apabila kamu pada situasi yang sama pada masa akan datang,kamu perlu memberi reaksi yang spontan seperti tersenyum,ajukan pertanyaan kepada orang disisi kamu,berbual dengan teman sebelah dan sebagainya,Jangan hanya berdiri kaku seolah-olah tiada apa yang boleh dilakukan.
4)Cuba sentiasa bersikap rileks dan santai.Ingat,setiap kesalahan yang dilakukan boleh dijadikan pengajaran berguna.
5)Jadilah diri sendiri dan jangan pedulikan orang disekeliling.Lakukan apa yang kamu suka dan pejamkan mata terhadap pandangan prang lain terhadap mu.
6)Jika malu untuk bercakap,kamu boleh cuba kaedah lain seperti menulis nota.
7)Ulangilah keenam-enam langkah diatas sehinggalah kamu berasa berani dan boleh berinteraksi secara spontan dengan orang disekeliling kamu.

Wikimapia - definisi seluruh Dunia

Satu website yang hampir sama fungsinya seperti Google Earth.klik kat sini untuk browse tempat anda.

Selasa, 25 Disember 2007

Kategori mudah jatuh cinta apabila.......

"Hati ku berdebar setiap kali Kita bersemuka,,Inikah yang dikatakan Cinta pandang Pertama.."

1)Mengaku dia adalah kekasih kamu meski pun baru beberapa kali keluar bersama dan tidak pernah melafazkan janji untuk ikatan yang utuh lagi.

2)Kamu memaksa diri untuk menerima huluran kasih si dia sedangkan kamu masih tidak mengenali dirinya lebih mendalam.

3)Keinginan untuk memiliki pasangan membuatkan kamu seperti terburu-buru dan terdesak mengambil sesiapa sahaja sebagai kekasih tanpa berfikir panjang.

4)Kamu mudah jatuh cinta terhadap seseorang meski pun kamu tidak mengenali siapakah si dia dan hanya sekali berjumpa.

5)Kamu sanggup 'menutup mata' terhadap semua kekurangan si dia hanya kerana kamu memang menyukai si dia.Tak kisahlah andai si dia penganggur ,pemalas dan sebagainya.Walau pun ada sikapnya yang membuatkan kamu berasa jelak,namun kamu masih mampu menghadapinya.

6)Sanggup berhabis wang ringgit untuk membelikannya hadiah walau pun baru sekali dua bertemu.Kiranya hendak membeli jiwa si dia! Jangan begitu kerana wang tidak dapat membeli cinta.

7)Terlalu cepat melafazkan kata cinta dan meminta agar diberikan peluang untuk menjadi pasangan kekasih.

8)Tidak dapat menerima hakikat cinta kamu sudah berakhir.Pastinya kamu akan segera mencari pengganti yang lebih hebat dari bekas kekasih kamu itu.

"Setiap orang punya rasa Cinta,Tapi tak semua orang dapat merasai cinta.Setiap orang pernah bercinta,Tapi tak semua mampu mengecap bahagia..."

Setarbak Malaysia dan India



Isnin, 24 Disember 2007

Potret termahal sepanjang zaman

1. Potret Adele Bloch-Bauer oleh Gustav Klimt ($135,000,000)


Rekod termahal ini dibenarkan oleh mahlamah dengan adanya arahan bahawa kerajaan Austrian untuk mengembalikan lukisan itu kepada pewarisnya dan ianya tercapai selepas Perang dunia II.

Dilukis dengan penuh mahir dan teliti pada tahun 1907 oleh Gustav Klimt dan potret itu di beli oleh Ronald S.Lauder pada tahun 2006.

2. Garçon à la Pipe oleh Pablo Picasso ($104,100,000)

Dicipta semasa musim bunga Rose.Lukisan minyak pada kertas kanves dengan berukuran 100 x 81.3 cm menonjolkan seorang budak Parsi memegang sebatang paip dengan tangan kirinya.


3. Dora Maar bersama kucing oleh Pablo Picasso ($95,200,000)


Dilukis pada tahun 1941,potret kontroversi Picasso(antara lukisan terakhir) dikatakan bekas isteri Picasso,Dora Maar yang bertahan selama 10 tahun diantara tahun 1930 dan 1940.

4. Potret Dr. Gachet oleh Vincent van Gogh ($82,500,000)


Vincent van Goghsebenarny dan potret Dr Gachet's telah dilukis dengan dua jenis potret.Anda dapat saksikan versi yang satu lagi tetapi dan dapat dilihat di Musée d'Orsay in Paris.

5. Bal Au Moulin de la Galette by Pierre-Auguste Renoir ($78,000,000)

Bal au moulin de la Galette, Montmartre dilukis oleh artis Perancis bernama Pierre-Auguste Renoir pada tahun 1876. Pada Mei 17, 1990, ianya dijual sebanyak $ 78,000,000 di Sotheby's, New York City kepada Ryoei Saito, dimana pada masa yang sama telah membeli Potret Dr Gachet (Gambar diatas).

6. Massacre of the Innocents oleh Peter Paul Rubens ($76,700,000)


Lukisan ini dihasilkan oleh Peter Paul Rubens pada 1611,ianya adalah antara lukisan yang jarang dihasilkan pada abad ke 19 dan 20.

7. Portrait de l'Artiste sans Barbe oleh Vincent van Gogh ($71,500,000)

Potret de l'artiste sans barbe ("Lukis diri sendiri tanpa jambang")antara potret lukisan sendiri oleh van Gogh.

8. Rideau, Cruchon et Compotier oleh Paul Cézanne ($60,500,000)

Dilukis oleh Paul Cézanne, 1893-1894, dan dijual pada harga $60,500,000 di Sotheby's New York pada Mei 10, 1999 kepada "The Whitneys".

9. Femme aux Bras Croisés oleh Pablo Picasso ($55,000,000)

Dilukis pada 1901, antara lukisan terbaik Picasso. Menggambarkan seorang wanita yang memeluk tubuhnya menahan sakit dan dimasa yang sama memikirkan sesuatu tanpa akhir.

10. Irises oleh Vincent Van Gogh ($53,900,000)


Vincent van Gogh melukis lukisan ini diSaint Paul-de-Mausole wilayah Saint-Rémy-de-Provence, France pada 1889,setahun sebelum kematiannya. Pada 1987, ianya menjadi lukisan termahal pada masa itu.

iiiiiiiii,Oooooiiiiii,lalalalalala....

iiiiiiiiiiii....-klik sini

ooooiiiiii- Klik sini

lalalala-Klik sini

Sebenarnya,ianya sangat selamat =P

Dibelakang tabir domain name

'Who is Hosting This?' adalah antara satu website yang anda dapat tahu siapa yang mengHost/menyokong sistem website tersebut.Mudah sahaja,dgn menaip nama domain,anda akan dapat hasilnya.Mudahkan!

Sabtu, 22 Disember 2007

Bagaimana nak lipat baju??

Who Wants To Be A Millionnaire? (Siapa Nak Jadi Jutawan?)

Ada yang telah memenangi Million dollar diluar sana..

Gaji anda didalam masa yang sebenar

Gaji anda didalam masa yang sebenar.Mcmmaner dia berfungsi??Anda isikan jumlah gaji anda sama ada didalam : perjam,mingguan,bulanan atau harian.Program tersebut akan mengira jumlah yang anda dapat pada setiap hari,jam,minit dan saat.Klik pada pautan disini.

Jumaat, 21 Disember 2007

Yahoo VS Google (1996-2005)

Askar berlindung di belakang kereta


20 askar berlindung disebelah 1 kereta apabila mereka menantikan pemberhentian rampasan kuasa di Filipina.Tak lama selepas itu,mereka mengelilingi kawasan di hotel 5 bintang.Peristiwa tersebut amat mencemaskan apabila suatu ketika dahulu,rampasan kuasa pernah terjadi pada tahun 2003. Pemberontak pada masa itu menginginkan Presiden Gloria Macapagal Arroyo utk meletak jawatan tetapi gagal melakukannya.

3 tiang Bendera dunia yang tertinggi

Nak tahu,tiang bendera mana yang tertinggi didunia masa kini.Lihat info yg ada didalam Jurnalcomot ni bersama dgn foto disediakan..

Tiang Bendera Gijeong-dong,Korea Utara
Didalam era 80an,Korea Selatan telah membina tiang bendera yg tinggi di Daeseong-dong dgn ketinggian 328 kaki dan ianya sangat-sangat dekat dengan sempadan Korea Utara.Kemudian,Korea uata juga melakukan perkara yang sama tidak jauh dari sempadan dan dikatakan lebih kurang sebatu dari sempadan pintu masuk sekitar satu kampung di dmz.Sampai sekarang,ianya masih dikenali sebagai tiang bendera yang tertinggi didunia dgn ketinggian 525 kaki.Malangnya,apabila hujan,bendera negara terpaksa di rendahkan kerana struktur tersebut tidak dpt menampung berat bendera yg basah.


Tiang bendera Aqaba,Jordan
Dengan ketinggian 430 kaki, tiang bendera dunia ini terletak di persisiran Jordan dan dapat dilihat dari Saudi Arabia,Egypt dan jugak Israel.

Tiang bendera Raghadan,Jordan
Di Jordan lagi sekali,ketinggian tiang bendera tersebut adalah 426 kaki dan ianya masih dapat dilihat dari jarak 16 batu jauhnya dan bendera tersebut berukuran 200 x 130 kaki.Paip besi karbon seberat 190'000lb dan reka bentuk dan pembinaannya mengambil masa selama 2 tahun dan ianya dpt berdiri megah walaupun angin bertiup kuat pada kelajuan 90mph.