شيشخط

Jumaat, 14 Disember 2007

Marah!! punca dan cara atasi


Marah adalah satu emosi manusia yang normal.Ramai diluar sana marah tetapi tak tau bagaimana utk menghadapi marah tersebut.Ada diantara diluar sana berpura-pura seperti tiada apa pun yg berlaku dan berlagak seperti menerimanya dengan tenang.Namun,jauh disudut hati kamu,penuh dengan perasaan marah atau di yg diluar sana meluahkan,mengekspresikan kemarahan dgn meluahkannya keluar,menjerit atau menyakitimereka yg berhampiran kamu.

Empat Jenis Pemarah
1)Orang yg cepat marahnya tapi lambat redanya
2) Orang ang lambat marahnya dan lambat pula marahnya
3)Orang yang cepat marahnya dan cepat pula marahnya
4)Orang yang lambat marahnya tapi cepat redanya

Situasi yang Timbulkan Kemarahan
-Apabila kamu menghadapi kesusahan dan ada yang membuat kerja kamu menjadi susah
-Ketika orang atasan tidak menghargai kerja-kerja kamu dan tidak menghormati kamu sebagai pekerjanya.
-Orang tua kamu menegur kamu atas kesalahan orang lain
-Kawan-kawan kamu menghina kamu dan memperkecilkan diri kamu
-Saat kamu berhadapan dgn pelbagai masalah dan ada yang menekan kamu dengan masalah lain

Keburukan Sifat Pemarah
-Ramai yg menjauhkan dengan diri kamu
-Hidup dalam keadaan yg murung
-Sentiasa berfikiran tidak waras
-Kamu sukar utk membuat suatu keputusan dengan baik
-Tidak mempunyai pendirian yg kukuh kerana sering diselubungi dgn perasaan yg bercampur baur

Lima cara menghadapi marah
1. Jangan terlalu ikut perasaan marah.Ambil tindakan segera utk memperbaiki situasi sekiranya kamu rasa terganggu.Contohnya,bincang baik dgn pelayan jika kamu merasakan kamu kurang senang dgn makanan kamu.Begitu juga dgn kekasih.Elakkan berkasar dan berbincang setiap masalah yg berlaku dgn tenang.
2.Jangan melepaskan kemarahan.Kamu mungkin mersa lebih baik,tetapi orang yg dimarahi,pastinya berasa kurang senang dengan kamu.Gunakan cara lain utk melepaskan kemarahan,seperti menulis didlm diari atau menulis surat marah yg tidak dirancang utk dikirimkan kpd sesiapa.Ianya hanya untuk meluahkan rasa sakit hati dan rasa marah pada dalam diri kamu.
3.PrOaktif.Jangan mengharapkan org lain membaca fikiran kamu atau mengetahui apa yg kamu inginkan.Beritahu pada diri utk belajar jujur pada diri sendiri dan orang lain apa yg kamu inginkan dan perlukamn dlm kehidupan seharian kamu.
4. Ketepikan beberapa saat utk menulis dan memikirkan tentang org lain yg mungkin menjadi mangsa kemarahan kamu.Kadangkala kamu melahirkan kemarahan ketika kamu rasa sakit hati dan tidak puas hati dgn seseorg .Oleh itu,elakka daripada mengingatinya.

Kebaikan Apabila Di Marahi
* Mengingatkan kamu kepada tanggungjawab
*Membuat satu perubahan positif dalam diri
* Melindungi diri dalam satu situasi
*Kamu sdar setiap kesalahan dan kesilapan yg kamu lakukan

(Kredit)Rujukan Majalah:
Wan Erni Liza Md.Izatzi(2005)psikologi:Marah!!punca & cara atasi(remaja),Bil452,Audit Bureau of Circulations:Karangkraf


Tiada ulasan: