Seorang ulama' mursyid berkata:
SIFAT ORANG - ORANG MUKMIN SEJATI
(1)MENGHORMATI KEDUA ORG TUA (ORANG-ORANG TUA)
Fikirkanlah tentang bagaimana dia melahirkan dan membesarkan kita,juga betapa besar pengorbanannya terhadap kita.
(2)MENGASIHANI KANAK-KANAK
janganlah disiksa atau didera kerana kejahatannya.Peringkat umurnya yang sebegini belum dapat membantu akalnya untuk berfikir mana yang baik dan yang buruk.
(3)BERSIMPATI KEPADA BINATANG - BINATANG
Kerana dia juga adalah makhluk Allah S.W.T ,walaupun tidak dikurniakan akal fikiran.
(4)MEMAAFKAN ORANG YANG BERSALAH
Memaafkan kesalahan orang-orang yang telah menyakiti hati kita adalah lebih baik dari kita berdendam terhadapnya.Sedangkan Nabi s.a.w dan Allah S.W.T sendiri memaafkan umatnya dan hambanya.
(5)BERTOLAK ANSUR PADA PERKARA-PERKARA YANG DIBENARKAN
Hendaklah hidup secara bersederhana,persefahaman dan bantu membantu antara satu sama lain.Perkara-perkara maksiat hendaklah dijauhi.
(6) MERENDAH DIRI DALAM PERGAULAN SEHARIAN
Ingatlah kebesaran Allah S.W.T dan kelebihan-NYA kerana kita hanya makhluk sementara ciptaan-NYA.
(Petikan daripada:Rekreasi Minda Anda!"Lanun" 1hbMac1998)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan