شيشخط

Selasa, 18 Disember 2007

9 Struktur bangunan unik yang akan dibangunkan tak lama lagi

Secara tak sedar,teknologi pembangunan telah maju ke hadapan dengan cepat sekali dan dengan berBillion-billion duit yang telah dilaburkan oleh syarikat yang serius ingin membina bangunan yang mempunyai reka bentuk yg menarik dan menakjubkan,bangunan pencakar langit kini tidak akan kelihatan seperti bangunan yang kita lihat pada masa sekarang.

Dibawah sini,Jurnalcomot memperkenalkan 9 unik reka bentuk bangunan yg telah diluluskan untuk dibina atau didalam proses terakhir untuk diluluskan dan ada diantaranya sedang dalam proses pembinaan.

1.Aqua,USA (rujukan)Pencakar langit ini akan siap dibina didalam tahun 2009 di Chicago.Jika dilihat ianya kelihatan sangat traditional tapi jika melihat dengan lebih dekat dan lihat keatas,kita akan dapat melihat bentuknya yang berjalur dari atas hingga kebawah.

2.Chicago Spire,USA ( rujukan)Chicago spire,bangunan tersebut akan siap sepenuhnya ditahun 2010 dan akan menjadi bangunan tempat tinggal bagi penduduk disana.Ianya juga menjadi bangunan pencakar langit yang tertinggi di negara barat dengan ketinggian 609 Meter dan akan mendominasi langit di Chicago.

3. Ibu pejabat CCTV,China (Rujukan)Dengan ketinggian yang sederhana iaitu 234 meter,bangunan cctv boleh dikatakan dapat dikatakan sebagai crowdstopper kerana sesiapa yang melihatnya pasti terpukau dan adalah antara bangunan menarik selepas stadium beijing untuk sukan Olympics 2008 nanti.

4.Regatta Hotel,Jakarta Indonesia (Rujukan)Menurut pencipta,10 menara kecil melambangkan bot kapal layar manakala menara yang besar itu melambangkan 'rumah api'.Rumah api itu amat menarik perhatian dan jika ianya dengan bentuk yang sama seperti gambar dibawah,ianya akan kelihatan amat menakjubkan.

5.Antillia,India (Rujukan)Proses pembangunan telah mula di kawasan antilia dan pencakar langit ini melambangkan rak cd ikea,agak unik,dan menghjau.

,

6.Menara Russia,Russia (Rujukan)Menara Russia akan menjadi pencakar langit tertinggi di Eropah apabila iany siap dibangunkan di tahun 2012 dan 2 kali ganda lebih tinggi daripada menara Eiffel.

7.Penang Global City Centre,Malaysia (Rujukan)Siapa sangka,Malaysia kita ini juga akan mempunyai bangunan yg unik seperti negara yg lain selepas menara berkembar.Sekarang ianya didalam peringkat terakhir untuk diluluskan dan pembangunan akan dimulakan tidak lama lagi.Pembangunan tersebut akan mengambil masa selama 15 tahun dan melambangkan bandar Sains Fiksyen,dan kawasan itu akan dimahkotakan dengan 2 x 200m menara dan akan merubahkan pulau penang.

8.Ibu pejabat Gazprom,Russia (Rujukan)Bangunan gergasi ini setinggi 300meter.Dikatakan,ianya boleh menukar warna 10 kali sehari,bergantung kepada posisi matahari pada ketika itu.

9. Burj dubai,Dubai (Rujukan)Ini adalah yang terbesar dan akan siap sepenuhnya tahun hadapan,2008 dengan ketinggian 818 meter.Gambar disebelah kanan menunjukkan ianya didalam proses siap.

Tiada ulasan: