Malu.Jangan ingat hanya perempuan sahaja yang mempunyai perasaan ini.Sebaliknya ia juga menjadi masalah kepada kaum lelaki.
Bukan setakat malu untuk memulakan perbualan dengan perempuan yang diminatinya,tetapi ada sesetengah itu malu tak bertempat sehingga menyusahkan diri sendiri.
1)Berjanjilah pada diri sendiri bahawa mulai dari sekarangkamu akan cuba menjadi lebih berani.
2)Cuba ingat atau tulis semula apakah keadaan yang memalukan kamu.
3)Jadi,apabila kamu pada situasi yang sama pada masa akan datang,kamu perlu memberi reaksi yang spontan seperti tersenyum,ajukan pertanyaan kepada orang disisi kamu,berbual dengan teman sebelah dan sebagainya,Jangan hanya berdiri kaku seolah-olah tiada apa yang boleh dilakukan.
4)Cuba sentiasa bersikap rileks dan santai.Ingat,setiap kesalahan yang dilakukan boleh dijadikan pengajaran berguna.
5)Jadilah diri sendiri dan jangan pedulikan orang disekeliling.Lakukan apa yang kamu suka dan pejamkan mata terhadap pandangan prang lain terhadap mu.
6)Jika malu untuk bercakap,kamu boleh cuba kaedah lain seperti menulis nota.
7)Ulangilah keenam-enam langkah diatas sehinggalah kamu berasa berani dan boleh berinteraksi secara spontan dengan orang disekeliling kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan