شيشخط

Ahad, 2 Disember 2007

Fakta Berkaitan waktu dan Kesihatan

(MALAM)
9-11 malam
: Inilah waktu badan menghapuskan kimia toksik (detoksifikasi) dan bahan tidak diperlukan dari sistem antobodi (lymph nodes). Tempoh ini sepatutnya dihabiskan dengan bersantai, relaks atau mendengar muzik yang menenangkan. Bagi orang Islam, eloklah menghabiskan waktu ini dengan ibadah-ibadah ringan seperti mengaji al-Quran dan berzikir.

Jika anda merupakan surirumah masih lagi berada di dalam keadaan yang tidak relaks seperti membasuh pinggan atau memantau anak-anak menyiapkan kerja rumah, ini akan memberi impak yang negatif terhadap kesihatan.

11 malam - 1 pagi : Ini merupakan proses detoksifikasi di dalam hati yang sepatutnya berlaku ketika kita berada dalam keadaan tidur nyenyak.

(PAGI)
1-3 Pagi
: Proses detoksifikasi di dalam hempedu, juga sepatutnya berlaku semasa kita nyenyak tidur.

3-5 Pagi : Proses detoksifikasi di dalam paru-paru. Oleh itu, kadangkala pada waktu ini akan berlaku batuk yang teruk bagi anda yang menghidap batuk. Oleh kerana proses detoksifikasi telah sampai ke saluran sistem pernafasan, anda tidak perlu mengambil ubat batuk supaya tidak mengganggu proses pembuangan toksin.

5-7 Pagi : Detoksifikasi di dalam kolon (usus besar). Anda sepatutnya mengosongkan usus (buang air besar).

7-9 Pagi : Penyerapan nutrisi di dalam usus kecil. Anda sepatutnya sedang bersarapan dalam tempoh ini.
Bagi anda yang sakit sarapan sepatutnya diambil awal, sebelum 6:30 pagi.
Bersarapanlah sebelum 7:30 pagi pula bermanfaat bagi mereka yang mahu kekal sihat.

Bagaimanapun, jika sarapan pada lewat pagi hingga jam 9-10 pagi adalah lebih baik daripada tidak bersarapan langsung. Bagi anda yang sering mengabaikan sarapan, ubahlah tabiat itu!

Tiada ulasan: